Usrah?
Tuesday, May 27, 2008 | Author: hidden_fareha
"Apa tu???"

"Ala... itu zaman sekolah.. wat apa nak sibuk2 sekarang ni dgn usrah2 tu.."

"Em.. tak moh laa... budak usrah alim2.. saye tak.. segan arr..."

Seringkali dialog2 di atas bermain di bibir kita (mungkin jua orang
lain) saat pertama kali perkataan usrah di utarakan kepada kita...Ada yang menganggap usrah sebagai satu sejarah silam, ada pula yang melihat ia sebahagian dari kehidupan dan malang sekali ada langsung yang tidak pernah ambil kisah. Tidak pasti kenapa dia perlu kepada usrah dan kenapa dia perlu mengusrahkan orang lain...

Dan ibu saya (sebagai rakyat umum yang belum lagi mengenali da'wah dan tarbiyyah) pernah sahaja menukar perkataan "usrah" dengan "uzlah"...

"Haa... kawan2 seuzlah Baya ke tu?"

(Alamak.. apa ibu ni, bukan uzlah tapi usrah laa...)

Membuatkan hati saya tertawa kecil...

Dan apa yang menariknya tentang usrah? Kenapa kita kena ada usrah? Apa itu usrah? Kenapa kita buat usrah?

Persoalan-persoalan ini pasti pernah tersimpan di benak pemikiran kita... untuk bertanya, malu!!! nanti ramai yang memandang. nanti ramai yang mempersoalkan tarbiyyah kita.. dan lebih menakutkan lagi, mereka akan tertanya-tanya siapa naqibah atau murabbi kita...

Tidak salah bertanya... kerna itu sebahagian daripada tuntutan ilmu. dan saya tertarik untuk memperkatakan tentang usrah kerana mendapat tag usrah dari kak farah...muga ada khairnya :) jazakillahukhair akak...

Usrah yang lazat & lemak berkrim!

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Alhamdulilah... sejak saya di ipba... saya sendiri tak berapa pasti bilakah waktu yang tepat...bermula dengan usrah budak sekolah...usrah membaca al-quran dan belajar bahasa Arab... dan kemudian Allah memberi kefahaman tentang deen ini... memahamkan saya tentang matlamat sebenar usrah (atau liqo' atau circle, namakan ia apa sahaja) iaitu untuk menegakkan deen ini.. membina kefahaman, jiwa dan amal sebagai individu muslim, menjadi daie utk deen ini...

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Lucu mengenangkan peristiwa ini.. bermula dengan saya yg skema suka ke surau.. (haha).. seorang sahabat menawarkan saya usrah bersama seorang kakak ni... (saya tak kesah.. bulih jadi peringatan weekly)... kemudian saya difahamkan tentang isk.. baru sedar kepentingan usrah yg sebenar... usrah bukanlah sekadar untuk menjadi baik sorang-sorang tapi untuk menyampaikan pada orang lain :)

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Nak dapat pahala ikut sunnah. nak da'wah. nak hidup dalam perjuangan, dan utama sekali nak dapat cinta Allah dan rasulNya

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

i-Bersyukur
ii-Bersyukur
iii- Buat masa ini saya sangat sedih (maafkan saya....)

"Ya Allah,tuangkan kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir" 2:250

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Jalan menuju redha Allah, ukhuwah yang indah, kesabaran, perjuangan, didikan hati...

Saya dapat nikmat islam dan iman... yang saya sangat hargai setiap detik hidup ini... saya dapat keluar dari kegelapan jahiliyah... kepada cahaya islam... saya dapat 'keluarga'... ikatan akidah yang didasari atas cinta pada Allah dan Rasulnya... bukan kepentingan dunia semata...saya dapat perasaan yang sukar digambarkan. HHnya mereka yang mengecapinya sahaja memahami perasaan itu...

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain


Saya nk tag: kak sopi, kak pija, kak kima, kak ai, kak yana lotfi, kak intan um, kak ain, kd, aisyah, ummu, nad, azie brunei...dan siapa sahaja yg membaca (aseef, tak mention nama) hee :) sayang kamu semua!!!


Kita dan exam
Thursday, May 22, 2008 | Author: hidden_fareha
“Kenapa susah sangat ni…”

Aku memandang helaian kertas-kertas dan skrin komputer yang setia menanti. Nota-nota kuliah bertaburan di meja usangku. Aku cuba menatapi semula soalan tugasan yang diberikan, malah berulang-ulang kali. Hati ku hampa. Timbul rasa sesalku kerana mengambil jurusan kejuruteraan di universiti terkemuka di Auckland ini. Cepat-cepat aku beristighfar kerana cuba mempersoalkan takdir, mempersoalkan ketentuan Allah. Aku sedar diri ini tidak layak sedikit pun menentukan nasib diri, kerana aku hanyalah hamba kepadaNya…

“Allahuakbar. Bersepahnya bilik kamu ni, Harith. Apa dah jadi ni? Angin di Auckland ni dah mule mengganas ke?" seloroh Tariq memecah kebuntuanku.

Tariq. Sahabat yang kukenali sepanjang pengajianku disini. Dialah sahabat yang sama-sama makan sedulang, yang sama-sama meniti jalan-jalan ke kuliah dan yang utama sekali, sahabat seperjuanganku. Dalam perjuangan kami menegakkankan deen di bumi Auckland ini.

Wajah Tariq yang sentiasa tenang seringkali mencetuskan rasa cemburu dalam hatiku. Bukan aku tidak tahu timbunan assignmentnya yang banyak. Bukan aku tidak tahu masanya dihabiskan untuk menziarah dan menawan hati-hati mad’u. Bukan aku tidak tahu sisa malamnya yang dihabiskan untuk bertemu dan merindu Rabbnya. Mengapa dirinya sentiasa tenang, sedangkan tuntutan dan keperluan duniawi dan ukhrawinya lebih jika hendak dibandingkan dengan diriku?

“Aku rasa tak cukup masa. Dateline untuk assignment dah dekat. Exam pule lagi berapa minggu. Takut result teruk sebab kurang preparation. Banyak benda lain pula kena cater…program, usrah, kelab. risaulah…mana nak cari masa ni???” aku mula merungut, cuba meraih simpati seorang sahabat.

Tariq memandangku dengan penuh tanda tanya. Seolah-olah tidak percaya kata-kata sebegitu terbit dari mulutku.

"Kan masa tu Allah yang bagi. Semua orang dikurniakan 24jam. Tapi apa yang kita manfaatkan dari masa yang ada itu membezakan kita. Percayalah dengan barakah masa yang ada. Kadang-kadang kita ada masa yang amat sedikit, tetapi Allah berkati masa yang sedikit itu… dan ia menjadi seolah-olah sangat-sangat panjang dan mencukupi untuk kita…”ujar Tariq membina imanku kembali.

“Dan apalah yang nak dirisaukan dengan peperiksaan itu… kan Allah dah takdirkan rezeki kite. Dari saat kita di alam ruh lagi. Ingat tak hadith ke4 yang kita kupas dahulu? Ajal, rezeki, baik buruk dan amalan kita semua dah ditentukan oleh Allah. Sekarang ni, rezeki kita, lulus atau tak, semua itu dah tertulis… dan kita berusaha ni pun sebab Allah suruh kita berusaha. Kalau kita mengimani hadith tu, tak perlulah risau tentang result kita. Bulih jadikan kita berusaha sangat banyak tapi kalau Allah tak izinkan kita menjawab dengan baik, kita masih tak dapat result yang cemerlang jua…” ujar Tariq dalam hikmah, namun terasa ketegasannya dalam berbicara.

“Dan kite belajar ni pun, kalau kite benar-benar jelas matlamat kita, semata-mata untuk redha Allah, kita tak patut rasa terbeban. Kalau seorang yang kita cinta, suruh kita lakukan sesuatu, walaupun kita tak suka, kita akan tetap buat kan?” soal Tariq menduga hatiku.

Soalan itu benar-benar menusuk hatiku. Menyedarkan aku kembali tentang matlamat sebenar aku belajar pada saat ini. Terasa diri diliputi rasa bersalah. Seringkali aku berbicara tentang redha Allah, tetapi kali ini diriku seolah-olah tidak redha dengan segala ketentuan dan ujian dariNya. Lantas aku teringat kata-kata mua’limku saat waktu persekolahan dahulu,

“Mereka yang dikurniakan Allah syurga yang mengalir sungai-sungai dibawahnya, ialah mereka, yang Allah redha kepada mereka, dan mereka redha kepada Allah…”(At-Tawbah, 9:100)

Serasa diriku tidak layak mengimpikan jannah yang serba indah itu kerana aku tidak mampu untuk redha dibebani ujian sekecil assignment dan peperiksaan. Aku cuba mengingati kembali saat waktu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat berjuang berhabis-habisan untuk menyampaikan cahaya islam dan membenarkan kesaksian mereka kepada Allah SWT. Berbanding diriku dengan mereka, nyata sekali ujian yang dihadapi mereka jauh lebih besar dan hebat.

Aku teringat saat waktu Rasulullah dihina, dicaci, dibaling batu oleh anak-anak kecil di Thaif sehingga kaki baginda berlumuran darah…

Aku teringat saat waktu Bilal diseksa, dihempap batu ketika beliau melafazkan lafaz suci akidah “Ahad..Ahad dan Ahad”…

Aku teringat saat waktu Khabab bin A’Arat dipanggang sehingga api terpadam lantaran peluhnya…

Aku masih ingat saat waktu mereka yang terdahulu diboikot, dipersenda dan dianggap gila kerana akidah mereka…

Sedangkan aku???

Aku tidak diuji seperti mereka. Mereka tabah dan tsabat demi menegakkan agamaNya. Aku pula masih berkira-kira, masih kecewa dan putus asa dengan ujian yang tidak seberapa. Aku mula memuhasabah diri, menghisab diri… akur dengan kelemahan diri. Betapa banyaknya pengorbanan mereka yang terdahulu berbanding dengan pengorbananku yang kecil ini…

Pandanganku mula beralih kepada wajah jernih milik sahabatku yang setia menanti. Secangkir senyumanku hadiahkan kepadanya. Syukur pada Allah kerana mengurniakan dia sebagai asbab untuk mengingatkan aku kembali padaNya tatkala aku mula lupa. Aku mula membina tekad dan mengatur langkah. Agar diri ini tidak mudah goyah dan menyerah kalah. Aku ada Allah dan aku ada sahabat yang luhur menyokongku dari segenap sudut.

“Berusahalah demi redha dan agamaNya!!” tekadku, membuang perasaan jemu dan ragu-ragu. Tiada yang perlu ku bimbang kiranya keyakinan pada Allah itu wujud.

Dari Ukhti Pijja
Wednesday, May 14, 2008 | Author: hidden_fareha
Sajak dari akak utk awak,
Fareha,
Semua ini adalah tarbiah
Supaya matamu memandang di segala ufuk,
ke arah cita2 yg tinggi...
Lalu awak hidup di dunia ini hanya utk akhirat
Di sanalah awak hidup kekal dan tidak fana
Fareha
Dunia ini tiada limitnya bagi
Di mana saja daratan yang diselubungi langit tuhan
Itulah medan mu
Dan para malaikat itu menjadi saksi
Bahawa kau telah cuba menegakkan akidah muslim
yg sepatutnya membuatkan muslim itu bahagia
Kamu Fareha, yg memikul tugas ini....
sambil berpekik kepada semua
"Saya Fareha, adalah org yg paling bahagia!!!!"
Dari Ukhti Sofi...
Saturday, May 10, 2008 | Author: hidden_fareha
Terfikir sendiri, semua yang berlaku dalam kita bukanlah dipinta atau kita yang mengaturnya. Tiada apa yang mampu mengubah perancangan Allah, walau kita mampu merancang perancangan kita. Walau apapun yang kita rancangkan, perancangan Allah pasti yang lebih aula. Jadi, haruslah perbetul niyat, mengapa ada di sini. Sentiasa perlu ada tekad untuk melaksanakan tugas sebagai 'abid dan khalifah Allah. Walau di mana jua anda berada. =)

Perkara kecil, jika dibuat kerana niyat yang besar, akan jadi besar. Begitulah sebaliknya, perkara besar, jika dibuat dengan niyat yang kecil, pasti akan jadi kecil pada pandangan Allah. Jadi, ingatan buat diri; jangan kamu lupa mengapa kamu di sini. Keberadaan ini bukan suatu kebetulan, tetapi kamu ini salah satu dari mata rantai yang panjang! Melengkapkan plot-plot yang disusun Allah buat kamu.

I am positive about the good things waiting around the corner. Kate seorang adik; hikmah memang kita tak nampak, sebab dia berada di selekoh. Sebelum bertemu hikmah, perlu mujahadah melepasi selekoh berbahaya dulu.

Apapun, kepada yang setia menyokong dari kejauhan, jazakumullah khair. Kita akan bersama menempuh segalanya, walau medan kita kini berbeza. =) Sahabat seperti kamu yang diperlukan, saat terasa macam orang buangan. Stepping into unfamiliarity...

Kata hati: Muga ia menjadi kekuatan buat saya...