Usrah?
Tuesday, May 27, 2008 | Author: hidden_fareha
"Apa tu???"

"Ala... itu zaman sekolah.. wat apa nak sibuk2 sekarang ni dgn usrah2 tu.."

"Em.. tak moh laa... budak usrah alim2.. saye tak.. segan arr..."

Seringkali dialog2 di atas bermain di bibir kita (mungkin jua orang
lain) saat pertama kali perkataan usrah di utarakan kepada kita...Ada yang menganggap usrah sebagai satu sejarah silam, ada pula yang melihat ia sebahagian dari kehidupan dan malang sekali ada langsung yang tidak pernah ambil kisah. Tidak pasti kenapa dia perlu kepada usrah dan kenapa dia perlu mengusrahkan orang lain...

Dan ibu saya (sebagai rakyat umum yang belum lagi mengenali da'wah dan tarbiyyah) pernah sahaja menukar perkataan "usrah" dengan "uzlah"...

"Haa... kawan2 seuzlah Baya ke tu?"

(Alamak.. apa ibu ni, bukan uzlah tapi usrah laa...)

Membuatkan hati saya tertawa kecil...

Dan apa yang menariknya tentang usrah? Kenapa kita kena ada usrah? Apa itu usrah? Kenapa kita buat usrah?

Persoalan-persoalan ini pasti pernah tersimpan di benak pemikiran kita... untuk bertanya, malu!!! nanti ramai yang memandang. nanti ramai yang mempersoalkan tarbiyyah kita.. dan lebih menakutkan lagi, mereka akan tertanya-tanya siapa naqibah atau murabbi kita...

Tidak salah bertanya... kerna itu sebahagian daripada tuntutan ilmu. dan saya tertarik untuk memperkatakan tentang usrah kerana mendapat tag usrah dari kak farah...muga ada khairnya :) jazakillahukhair akak...

Usrah yang lazat & lemak berkrim!

[1*] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Alhamdulilah... sejak saya di ipba... saya sendiri tak berapa pasti bilakah waktu yang tepat...bermula dengan usrah budak sekolah...usrah membaca al-quran dan belajar bahasa Arab... dan kemudian Allah memberi kefahaman tentang deen ini... memahamkan saya tentang matlamat sebenar usrah (atau liqo' atau circle, namakan ia apa sahaja) iaitu untuk menegakkan deen ini.. membina kefahaman, jiwa dan amal sebagai individu muslim, menjadi daie utk deen ini...

[2*] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Lucu mengenangkan peristiwa ini.. bermula dengan saya yg skema suka ke surau.. (haha).. seorang sahabat menawarkan saya usrah bersama seorang kakak ni... (saya tak kesah.. bulih jadi peringatan weekly)... kemudian saya difahamkan tentang isk.. baru sedar kepentingan usrah yg sebenar... usrah bukanlah sekadar untuk menjadi baik sorang-sorang tapi untuk menyampaikan pada orang lain :)

[3*] Kenapa anda menyertai usrah?

Nak dapat pahala ikut sunnah. nak da'wah. nak hidup dalam perjuangan, dan utama sekali nak dapat cinta Allah dan rasulNya

[4*] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

i-Bersyukur
ii-Bersyukur
iii- Buat masa ini saya sangat sedih (maafkan saya....)

"Ya Allah,tuangkan kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir" 2:250

[5*] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

Jalan menuju redha Allah, ukhuwah yang indah, kesabaran, perjuangan, didikan hati...

Saya dapat nikmat islam dan iman... yang saya sangat hargai setiap detik hidup ini... saya dapat keluar dari kegelapan jahiliyah... kepada cahaya islam... saya dapat 'keluarga'... ikatan akidah yang didasari atas cinta pada Allah dan Rasulnya... bukan kepentingan dunia semata...saya dapat perasaan yang sukar digambarkan. HHnya mereka yang mengecapinya sahaja memahami perasaan itu...

Peraturan Tag:
1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain


Saya nk tag: kak sopi, kak pija, kak kima, kak ai, kak yana lotfi, kak intan um, kak ain, kd, aisyah, ummu, nad, azie brunei...dan siapa sahaja yg membaca (aseef, tak mention nama) hee :) sayang kamu semua!!!


|
This entry was posted on Tuesday, May 27, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 comments:

On May 30, 2008 at 1:28 AM , Anonymous said...

alhamdulillah..
menarik point 'kita bukan nak baik sorang2..
and tidak beruzlah...

 
On May 30, 2008 at 2:47 AM , Anonymous said...

di balik perkataan 'usrah', masing2 ada kenangan tersendiri.

kenapa sangat sedih bila berusrah? ( maafkan akak, curious nak tahu)

 
On June 2, 2008 at 3:26 AM , Anonymous said...

cik baya sayang,
akak minta ampun maaf banyak2, ada problem dgn internet... baru buleh buka email, dan xbuleh YM... insyaAllah bila dan ke Borneo harapnya dapat online ngn awak lagi ok? apa2 just email me...

 
On June 14, 2008 at 2:55 AM , zahratulhilal said...

salam fareha.. ni fatin. ingt lagi? :) jazakillah sbb sanggup jumpe sy kat epot aritu + omiyage(cenderahati) yg saaangat baanyaaak dr awak. even kte jumpe dlm 3jam, rs cam da kenal lama! *hugs* gambate! illalliqa' inshaAllah :):)

 
On June 26, 2008 at 4:22 AM , Anonymous said...

Assalamualaikum...
ana hanya melompat2 dari blog ke blog, and tersinggah di blog enti...(Allah yang menakdirkan sebenarnya, tiada kebetulan dalam hidup kita kan..^__^)

hehe.. sekarang ni, ana try2 menyampaikan kepada ibu bapa sendiri. Alhamdulillah, mereka memang mendengar dgn baik. Umi ana kata kat abi (yang pelik melihatkan kami berdiskusi)" Ni tengah usrah ni.."

Apakah usrah itu sebenarnya? ana tak pernah cerita sangat pun pada umi and abi..^__^