mereka itu (orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah) adalah orang-orang yang bertaubat, beribadat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah... Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (At-Tawbah, 9:112)
Thursday, February 04, 2010
| Author:
hidden_fareha
Tidak menakutkan kita akan bilangan kita yang sedikit, atau kita tiada kelengkapan, tetapi yang menakutkan ialah kita lupa diri, dengan itu kita tidak berada dalam keadaan damai dengan Allah.
Kalau kita benar-benar beriman, kita akan menang hanya dengan isyarat telunjuk. Kita tidak mengharapkan hidup ikhlas seikhlasnya sepanjang hayat. Cukuplah jika kita benar-benar ikhlas sejenak, sekadar satu rakaat solat.
Bukan kepintaran membawa kita mencapai matlamat, tetapi tawakal, dan kita berdoa dengan berkata...
"Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang engkau jadikan mudah"
Saling membantu antara sesama mukmin adalah asas kerana dengan merekalah takdir Allah akan berlaku dalam kemenangan.
"Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongannya dan (pertolongan) para mukmin"
(Al-Anfal:62)
Petikan dari: Bencana Fitnah, Muhammad Ahmad Al-Rasyid
Tuesday, February 02, 2010
| Author:
hidden_fareha
Bagaimanakah yang dikatakan adil menurut pandangan kamu?
Dalam kamus manusia, adil ertinya apabila 2 pihak mendapat bahagian yang sama banyak...
Maksudnya???
Sekiranya sebiji epal dibelah dua, maka sebahagian untuk kamu, sebahagian untuk saya...
Tetapi, itu erti adil pada pandangan manusia, sedangkan bagi Allah S.W.T,
...Adil ertinya... ...Meletakkan sesuatu pada tempatnya...
Maka
Sekiranya di suatu tanah atau daerah... kamu keseorangan....
bukan berdua.. bukan bertiga... bukan beramai... Jangan pernah mengeluh dan resah... Kerana Dia Maha Adil... Dia sedang meletakkan kamu pada tempatnya...
Dan Allah Maha Mengetahui kesan dan hikmah suatu ketetapan.
Thursday, January 28, 2010
| Author:
hidden_fareha
"Semakin dalam, semakin besar batu-batu yang akan dijumpai di dalam dasar tanah..."
"Butir-butir pasir yang halus yang akan berada di permukaan tanah manakala batu-batu besar pula hanya akan didapati jauh ke dasar tanah..."
***
Terbuktilah... Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berhabis-habisan demi sebuah perjuangan... (saat ketika berlakunya Perang Ahzab a.k.a Perang Khandaq)
***
Al Barra berkata:
" Semasa hari menggali parit, kami telah terhalang oleh seketul batu besar yg tidak dapat dipecahkan oleh cangkul. Lalu kami mengadu ke Rasulullah.
Baginda pun datang lalu memegang sebatang cangkul seraya berkata: "Bismillah", kemudian dipukulnya dgn satu pukulan lantas berkata:
"Allahuakbar, aku telah dikurniakan kunci-kunci Negara Syam, demi Allah aku benar-benar dapat melihat istana-istana merahnya di saat ini."
Kemudian baginda memukul kali kedua seraya berkata:
"Allahuakbar, aku telah dianugerahkan Parsi, demi Allah aku sedang melihat istana-istana al-Mada'in yg berwarna putih itu sekarang."
Kemudian baginda memukul kali ketiga, sambil membaca "Bismillah" sehingga menyebabkan pecah saki baki batu itu serentak itu juga baginda berkata:
"Allahuakbar, aku telah dianugerahkan kunci-kunci Negeri Yaman, demi Allah sekarang ini aku sedang melihat pintu-pintu gerbang San'a dari tempatku ini."
Dari Sirah Nabawiyyah Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri.
Syam, kini Syria Parsi, kini Iran Yaman, kini Yemen
3 arah berbeza Utara Timur Selatan
Dan sinar cahaya islam mula menerpa....
(Credits for my best friend fillah for this excerpt) Memori Pantai bermisi, Auckland 2009 Suatu kenyataan....biiznillah
Wednesday, January 13, 2010
| Author:
hidden_fareha
...Menyusun sebuah kehidupan...
...Kerna ia sebuah percaturan...
***
"Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui ”
Wednesday, December 30, 2009
| Author:
hidden_fareha
Hujan turun lagi. Pasti dek kerna bumi nan kering ini, langsung sekali Allah mengirimkan tenteranya ini. Menurunkan hujan sebagai sumber kekuatan persis seperti saat bermulanya Perang Badar al-Kubra. Disebalik rintik hujan yang turun, riak-riak wajah mula kelihatan; ada yang bimbang, ada yang kecewa, ada pula yang memendam rasa.
Hujan. Tarbiyyah langsung dari Allah. Mengajar kita lantas untuk sentiasa bersangka baik padaNya. Dalam keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan (pada pandangan seorang doktor), aku terus dengan iltizamku untuk meneruskan kembara tarbiyyah ini. Diri ini wajar dididik dengan kesusahan. Bermanja-manja bukanlah sifat dan peribadi yang dimiliki seorang daie.
***
Aku mengamatinya dari jauh. Teringin sekali untuk menegurnya, bertanya khabar berita. Tetapi, hatiku rasa malu. Teringat aku akan pertemuan kami setahun yang lalu. Bagaimana agaknya dia? Masih ingatkah dia tentang janji yang di ukir bersama? Terkadang mata bertemu, tetapi bibir sukar meluahkan rasa.
***
Aku berdoa yang amat sangat kepada Allah. Sekiranya bicaraku ini bisa mendekatkan dia kepadaMu, lantas izinkan hati ini berkongsi apa yang dirasa. Sekiranya kehadiranku bisa membajai nilai iman dihati, izinkan aku menaburinya. Dan tanpa kusangka, Allah mengatur cantik sebuah pertemuan, yang kukira amat berharga.
***
...Sebuah Cerita...
...Hujan dan Payung...
***
"Dan Dia-lah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran"