Rindu kita...
Wednesday, April 30, 2008 | Author: hidden_fareha
Aku masih ingat saat waktu "adiyat" datang pada kita
"Beli payung, sticker P kak....pasni kita cuci keta ni...hehe..."

Aku masih ingat saat waktu kita ke syaima'... menelaah Zilal... mencurahkan rasa....
"Bila kita hidup di bawah naungan al-quran, usia kita akan meluhur, membersih, dan memberkati ...SQ..."

Aku masih ingat saat waktu kita pulang ke "kampung"... untuk mewarnai semula nilai iman yang makin luntur...
Tanya pakcik driver teksi pada kita: "nak ke mana ramai-ramai ni nak?"
Jawab kita keriangan: "kiteorang nak balik kampung... "
Tanya pakcik teksi itu lagi: " ramai2 ni semua satu kampung??"
Jawab kita : "hehe...."

Aku masih ingat saat waktu kita duduk2 dan beriman sejenak di liqo'2 petang...bersama dia yang setia menanti...
Akak: "haa.. awak kena qarar.. kena cakap..."
Adik: "alaaa.. akak... "

Aku masih ingat saat waktu kita menghulurkan wang di tabungan kita.. dengan niat hanya untuk membersihkan jiwa...
"Ape kak? sunduq? sunduquna juyubuna? juyubuna sudubuna?"

Aku masih ingat saat waktu kita menjadi "ghulam" tika ditahan oleh pak guard...
Pakcik guard: "haa... pukul bape sekarang ni?"
Kita: " maaf pakcik... kiteorang tak perasan mase tadi.. hehehe...."

Aku masih ingat saat waktu kita sujud, qiam bersama... membina kekuatan kerana kita da'ie agama ini...
Adik: "akak, bangun, jom qiam..."
Akak: "haa...pukul bape skg??"

Aku masih ingat saat waktu kita sama2 solat berjemaah... menghidupkan rasa dijiwa-jiwa kita...
Adik: "ade satu peraturan dekat umah ni, tetamu kena jadi imam..."
Akak: "oo.. pandainya awak.. akak ni masih dikire tetamu lagi ke??"

Akan ku ingat saat waktu kita bersama-sama...
Kerana cinta kita padaNya...
Cinta kita pada rasulNya...
Akan ku ingat janji kita...
Untuk terus tsabat di jalanNya...

Buat kakak dan adik...
Muga kita bertemu kelak...
Dengan keadaan yang terbaik untuk agama ini...
Hidupkan rasa kita...jadilah kita...
Muga terus-terusan tsabat...

Rindu kita,
1 Mei
2008
Auckland, NZ
Untuk mereka yang masih punya jiwa dan rasa
Monday, April 28, 2008 | Author: hidden_fareha
Bismillah walhamdulillah wallahuakbarAllahumma sholli `ala Muhammad wa `ala alihi wa sohbihi wabareek `alaih. Moga semua dalam keadaan tenang, dibawah rahmat iman dan islam.
Kalau ada yg bertanya,mengapa falastheen, mengapa tidak dieja`Palestin' atau `Palestine'? Kerana dalam lughatil`arabiyyah (bahse Arab) sebutan bg palestin disebut dengan falastheen. Jarang benar saya melaksanakan tanggungjawab menulis ttg isu ini. Mungkin kerana lambakan bahan dan info tentang isu ini, saya ambil mudah dan lebih senang meng'arah'kan pembaca dengan link2 dan artikel di laman2 web, tapi tidak menulis sendiri. Kali ini, mahu benar rasanya saya menulis sendiri, moga ada khair utk pembaca dalam penulisan yang tidak seberapa ini.
************ ********* ********* ********* *
Saya ingin mengajak anda sekalian untuk duduk sejenak, meletakkan diri anda di dalam semua situasi dibawah ini. Lebih baik jika dapat digambarkan dengan sebenar-benarnya. Tutuplah mata, gambarkan di kepala atau buatlah apa sahaja asalkan ruh anda terbawa ke dalam situasi-situasi ini:
SITUASI –SITUASI-
Bagaimana jika ayah kesayangan anda ditangkap hanya kerana mempertahankan kebun Zaitun miliknya? Dengan kebun Zaitun itu ayah anda menyara hidup sekeluarga, anda dan adik2 dapat belajar, ada makan pakai. Kini, ayah ada di penjara dan diseksa kejam Israel, kebun keluarga dirampas, dan anda terpaksa berhenti universiti utk membantu ibu mencari sesuap makan. Sedang ibu,menderita sakit kanser dan tidak dapat menerima bantuan yang wajar kerana hospital tidak dapat beroperasi akibat tiada bekalan elektrik. Ambulans2 tersadai kerana tiada petrol untuk menggerakkannya. Saudara mara anda ramai yg meninggal dunia akibat tidak dirawat dengan sepenuhnya. Hatta pembedahan juga dilakukan tanpa sedikit bius pun kerana sesetengah ubatan dan bius disekat di sempadan.- Kawan anda ada yang kudung kaki kirinya ditembus peluru sesat Zionis, ada yang hilang kedua-dua tangan, malah ada yang syahid tika berjuang melawan Yahudi laknatullah. Anda sendiri kehilangan sebelah mata akibat serpihan bom ketika operasi tanpa belas dikawasan perumahan anda. Pemuda-pemuda termasuk anda ramai yang menjadi penganggur kerana tidak dibenarkan bekerja oleh penjajah Yahudi.- Adik anda, Reem yang usianya hanya 4 tahun melumurkan patung mainannya dengan cat merah dan adik lelaki anda minta dibelikan senapang sebagai hadiah ulang tahun. Malah jiran-jiran seusia mereka juga bermain dengan peluru, darah dan senjata. Kegembiraan zaman kanak-kanak mereka telah lama dirampas. Mereka tidak kenal apa itu chess, sahibba atau computergames, tapi mereka di'sajikan' dengan darah dan air mata.- Kakak anda yang baru melahirkan dan bayinya menggigil kesejukan dalam selimut nipis. Suaminya telah lama syahid setelah diburu Zionis kerana terlibat dalam brigade al-aqsa. Tiada bekalan elektrik, tiada pemanas udara dalam pekat malam dibawah paras beku musim sejuk. Hanya lilin danbeberapa botol air bersih yang dapat anda berikan kerana anda juga sudah bertukar menjadi biru didalam dingin malam itu. Apakah rasanya saudaraku? Apakah rasanya andai itu yang berlaku padamu? Apakah rasanya hidupmu?
Dapatkah kamu merasakan?
Dapatkah?
Dapatkan?
************ ********* ********* ********* *
Menjadi suatu kebiasaan bagi Aman Palestin untuk menjemput pimpinan dan individu Palestin sendiri utk datang ke Malaysia dalam rangka usaha memberikan kesedaran, perkembangan terkini, latihan dan berkongsi idea dalam usaha memberikan bantuan kepada rakyat Palestin sekaligus menyelamatkan Al-Quds dari cengkaman yahudi laknatullah alaih. Sebagai salah seorang ahli keluarga Aman Palestin (yang kadang-kadang hidup dan kadang-kadang mati, astagfirullah), kala berkesempatan, pastiakan turut hadir dalam mana2 seminar dan ceramah yang ada. Semalam, diberi Allah peluang utk hadir sama dalam seisi TOT (trainingfor trainers) di Putrajaya. Ucapan aluan dari Abu Hisyam begitu mengesankan. Ini kali kedua bertemu empat mata dengan beliau. Raut wajahnya tenang dalam ketegasan dan penderitaan. Suaranya jelasmenggambarkan kecekalan mereka yang menjadi pelarian di Lubnan akibat kezaliman Yahudi. Ucapannya sering disambut laungan takbir oleh peserta. Itulah Abu Hisyam. Training kemudiannya disampaikan oleh Isa al-imad, pemegang PhD dlm human resource dan pakar kekeluargaan. Training berkisar ttg kekuatan,peranan dan langkah dalam membantu menyelamatkan Aqsa. Menariknya, kedua-dua mereka tidak tahu berbahasa Inggeris, namun tidak menjadi sedikitpun penghalang. Semua disampaikan dalam bahasa Arab dan diterjemahkan secara langsung beberapa ustaz (bergilir-gilir) . Amat mengesankan apabila mendengar dari mulut mereka sendiri dalam lughahal-quran(bahasa al-quran). Malah sempat divideokan kata-kata mereka,cuma sayangnya tidak dapat dikongsikan disini. Abu Hisyam dalam ucapannya membawa khabar:
"Di gaza pada masa ini, 105 orang pesakit meninggal dunia setiaphari kerana kekurangan bantuan perubatan akibat catuan dan penutupansempadan"
(Bayangkan saudaraku sekalian, tika kita sibuk merungut perkhidmatan di hospital swasta atau umum yang `tidakefficient', mereka langsung tidak punya pilihan selain terlantar menunggu ajal!)
"Serangan berterusan di kawasan awam dan perumahan. 3-10 penduduk awam meninggal setiap hari akibat serangan."
"Sempadan yang dibom tempohari telah ditutup kembali. Kita hanya mampu berdoa moga sempadan itu kembali dibuka dan dapatlah rakyat Palestin menerima bantuan dan keperluan asas"
Saya juga jadi teringat ketika Gaza ditutup dari bantuan luar, dari laman-laman web kita dapat ketahui, mereka bergelap, tiada pemanas ketika hawa musim dingin menyucuk-nyucuk, hatta bekalan air bersih sendiri pun tidak mencukupi. Mengikut data dari WHO, kebersihan bekalan air disana jauh lebih rendah dari standard minimum yang ditetapkan badan dunia itu. Innalillah, andai kita membuka mata!
"Ini adalah 3 keadaan di Quds sekarang..
1) Masjid al-Aqsa disekat sepenuhnya dari penduduk. Telah dibina tembok yang sangat tinggi yang menghalang dari orang islam utk memasuki masjid Aqsa
2) Israel telah membawa lebih banyak rakyat mereka ke kawasan Al-Qudsdan. Setakat ini telah ada 700 penempatan baru dibina Israel disekitar Al-Quds.
3) Penduduk asal yang berada disana dihalau secara paksa dan rumah-rumah-rumah orang islam telah dihapuskan."
Kalaulah kita mendengar semua ini, kemudian masih berpeluk tubuh,periksalah hati dan jiwa...benarkah mengaku sebagai orang islam? Isa al-imad pula pada awal pembentangan dengan jelas menegaskan:
"Al-Quds adalah akidah.kalau kamu beriman kpd Allah tiada adapilihan bagi kamu.Tidak sempurna iman selagi kita tidak berusahamembebaskan Aqsa!!!"
Katanya, umat islam sekarang lebih tertumpu pada kelemahan. Bila ditanya kelemahan, berjela-jela dapat dijawap. Bila ditanya kekuatan, semua tersipu-sipu malu menjawap. Mengapa harus malu? Mengapa? Mengapa tidak kita gunakan kekuatan kita??? Usir rasa malu itu, bina kekuatan danjadikannya sbg senjata!!
"Tidak boleh bekerja berseorangan untuk membantu Aqsa. Perlu bekerjasama, lebih ramai, lebih baik. Jadikan perbezaan diantara kamu sebagai satu kekuatan. Apabila semua yang memiliki keistimewaan dan anugerah yang berbeza digabungkan, maka akan wujudlah suatu kuasa yang besar dan dapat membantu menyelamatkan Aqsa"
Katanya lagi, kita perlu membuat Qarar (keputusan) dan Israr (berterusanmenyebutkan) dan akhirnya Istimrar (berterusan melakukan). Ini adalah kaedah yang penting. Lakukan setiap hari. Yakinlah janji Allah bahwa kita suatu hari pasti akan dapat menakluki kembali Aqsa, Al-Quds danPalestin keseluruhannya!
Beliau turut berkongsi, SEPULUH KUNCI dalam usaha membantu Aqsa:
1) Keinginan (Rughbah)
2) Pengetahuan (Ma'rifah)
3) Dipraktikkan (Mumarosah)
4) Optimis (Taghawul)
5) Gambarkan (Taswur)
6) Iltizam (Iltizam)
7) Disiplin (Inthibat)
8) Sabar (Sobru)
9) Bereterusan dalam usaha (Mudawamah)
10)Felxible (Murunah)
Adakah susah? Andai kita yakin dengan Qarar kita, kemudian tidak henti Israr dan istiqomah dalam Istimrar, insya Allah, pertolongan Allah amat dekat. (Maaf saya tidak dapat menghuraikan satu persatu kunci2 inidisini. Panjang nanti jadinya!)
Kata-kata terakhir yang ingin dikongsikan dari Isa al-Imad:
"Susahkah wahai saudaraku utk kamu meluangkan hanya 5 minit dalam sehari, menadah tangan, berdoa utk kesejahteraan dan dipermudahkan urusan saudara-saudara di Palestin? Banyakkah andai kamu setiap hari hanya mengeluarkan RM1 utk membantu mereka yang berjuang bermati-matian disana? Dan banyakkan masa selama 5 minit setiap hari utk kamu membicarakan soal Palestin kepada mereka-mereka yang masih belum mengetahui? Saudaraku, HANYA 10 MINIT & RM1 SETIAP HARI, adakah kamutidak mampu?"
Allahu'alam. Tepuk dada, tanyalah iman dan usaha anda!!!
Wallahu'alam
Moga ada khair dan berkah dalam setiap amal!
petikan dari: http://www.salwasaleh.blogspot.com/ (kakwa-Wardah as-Syauk)
21 Rabiul Akhir 1429H28 April 2008
Sumbangan boleh disalurkan ke Aman Palestin melalui account-account berikut:Bank Islam: 12029010047880Bank Muamalat: 12070005133717Maybank: 562263010787Aman Palestin Berhad No. 1, Jalan 3/3B, 43650, Bandar Baru BangiTel: 03-89267019Fax: 03-89259963

Kita dan alam
Saturday, April 26, 2008 | Author: hidden_fareha

Bilamana jejak-jejak langkah kami, mengharungi dan meredah hujan tadi... lantas ku teringat ttg sumber kekuatan kite, sebagai da'ie yg meneruskan risalah ini....

Kefitrahan. Dinul Islam itulah modal besar, karena sesuai dengan fitrah manusia, tidak berbenturan dengan kultur manusia, binatang, dan ekosistem. Bahkan, Allah menegaskan bahwa semua makhluk itu adalah junud (tentara) Allah. Artinya, kita harus yakin bahwa pergerakan yang bertentangan dengan fitrah manusia adalah bertentangan dengan kehendak Allah, karena semuanya bergerak dalam nuansa dan irama yang sama. Semuanya bertasbih kepada Allah. Jika perjuangan Islam kompak dengan perjuangan alam (universe), maka perjuangan itu akan berhasil. Pohon dan tetumbuhan, binatang, cuaca, gejala alam semuanya menjadi teman-teman perjuangan kita.

Berjuang tanpa fitrah alam akan gagal, karena hukum itu bersifat baku dan tetap sepanjang zaman. Ini adalah modal yang sangat besar, walaupun kita tidak merasakannya. Padahal, bantuan Allah lewat alam (nature) itu sangat banyak. Misalnya, bekerja dalam hujan, tetapi tidak masuk angin, malah hujan itu menjadi penyegar. Bahkan, semuanya itu untuk mengokohkan, jika kita berstatus juga sebagai Jundullah. Caranya, sesuaikanlah sifat kita dengan jundiyahjundiyah angin, binatang, pohon, dan lain-lain.

Rasulullah sering dibantu oleh para jundi alam ini: tumbuhan, binatang, cuaca, dan sebagainya. Bahkan, karamah para sahabat dalam perang Qadisiyah, ketika mereka menyeberang sungai sambil berkata: “Wahai air, kita sama-sama jundullah, bantulah kami karena sedang melaksanakan tugas”. Akhirnya, air yang dalam dan deras itu menjadi dangkal dan tenang untuk dilewati.

Sumber: Peranan pemuda dalam gerakan da'wah: www.dakwah.info


Hujan sudah berhenti tatkala kami pulang dari rumah akhawat itu...

Soalan lewat pulang dari ziarah:

"Kenapa rasa macam sikit je orang, tadi mase pergi rasa macam ramai.."

Jawapan dari sahabatku, yang ku kasihi kerana Allah

"Tadi kite bersama2 hujan. Sebab tu rasa ramai"

Sekiranya hati ini mampu ditunjukkan kepada mereka..pasti sinarnya menerangi semua. Syukur pada Mu, ya Allah.. atas kefahaman yang Engkau beri kepada kami. Syukur kepada Mu ya Allah, kerana memilih kami menjadi jundi-jundi untuk menegakkan agamaMu...

Dan kite akan terus bersama-sama alam.

Ya, Allah... Engkau eratkanlah hati-hati kami...


Doa.
Tuesday, April 22, 2008 | Author: hidden_fareha

Hidupkan
iman ini...
Teguhkan
semangat ini...
Bakar
jiwa ini...

Agar obor
Deen ini terus menyala... menerangi jiwa-jiwa kami...

Allah. Allah. Allah....Allahuakbar....

Aku
rindu padaMu...
Rindu aku pada RasulMu...
Cinta aku pada pertemuan denganMu...
Kasih aku pada mereka yang mengasihi keranaMu...

Bantulah kami yang sedang
berjuang...

Jangan ada yang berubah.jangan ada yang mengalah. Jangan ada yang menghindari dan menyepi.

Hidupkan hati-hati ini, yang saling mengasihi keranaMu...


Tsabit qulubana 'ala deenik.....

Kita dan logam
Saturday, April 19, 2008 | Author: hidden_fareha
“Saya tahu buat cheese kek”

“Ingat kamera, ingat saya”

“Bersajak? Bermadah? Itu kelebihan saya”

“Kalau nak kenal Ronaldo Malaysia, sayalah orangnya”

***

Betapa hebatnya kekuasaan Allah, menciptakan manusia dengan kelebihan yang berbeza-beza. Ada diantara kita yang bijak kerana dikurniakan otak yang geliga. Dan ada pula yang petah dalam berbicara. Hal ini jelas sekali sepertimana yang terakam dalam kalamNya,

“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki…”

(An-Nahl,16:71)

Namun begitu, apakah kelebihan, bakat, hikmah yang kita perolehi adalah semata-mata untuk kita meraih populariti, mengumpul harta kekayaan atau menjadi bongkak persis seperti Firaun yang mengakui dirinya tuhan kerana tidak pernah diuji dengan kesakitan?

Tentu sekali tidak. Siapalah diri kita untuk berbangga-bangga dengan sesuatu yang jelas sekali bukan milik kita. Siapalah diri kita untuk bermegah dengan kepandaian mahupun kemahiran yang ada kerana semuanya akan kembali kepada Yang Maha Esa. Siapakah kita? Kita hanyalah hamba padaNya….

Oleh itu, dengan memahami matlamat sebenar penghidupan manusia untuk menjadi abid (51:56) dan khalifah (2:30) yang memakmurkan muka bumi ini dengan cahaya islam, sudah tentu kita akan mengunakan seluruh potensi dan kelebihan yang dimiliki untuk memenuhi tujuan penghidupan kita. Sebagaimana yang tersurat dalam hadits Rasulullah

“Manusia itu umpama logam, yang terbaik (terhebat, terpilih) semasa jahiliah, terbaik (terhebat, terpilih) semasa islam, sekiranya (dengan syarat) dia faham”

(Riwayat Bukhari)

Menerusi hadits ini, Rasulullah menyifatkan manusia seumpama logam kerana ciri-ciri yang dimiliki keduanya. Manusia, seperti mana logam, boleh dibentuk dan dilentur mengikut acuannya. Besi yang mempunyai ketahanan yang kuat, contohnya, mampu dijadikan senjata bagi mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk sang penjenayah. Begitu juga manusia. Potensi diri yang dimiliki boleh digunakan untuk islam atau menyumbang kepada jahiliah. Namun begitu, Rasulullah meletakkan syarat “faham” deen untuk kita tetap menjadi terbaik, terhebat dan terpilih semasa berada dalam kejahilan atau setelah dianugerahkan sirna islam. Kefahaman yang datang dari hati pasti membuahkan amal. Bilamana kita memahami tuntutan penciptaan kita sebagai abid dan khalifah dengan hati, kita pasti akan berusaha sedaya upaya, melalui pelbagai cara dan gaya untuk membawa manusia kembali memahami tanggungjawab kita di dunia ini.

Sarana tentang logam turut dirakamkan dalam surah Al-Hadid 57:25,

“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami turunkan besi (logam) yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”

Logam (kekuatan material) di anugerahkan kepada manusia bertujuan semata-mata untuk menguji siapa di kalangan manusia yang akan menggunakannya untuk menolong agama Allah dan rasul-rasuNya.

Bukankah Allah memberi kita tilam yang empuk saat saudara kita di Palestine tidur beralaskan tanah?

Bukankah Allah menganugerahkan kita wang elaun, malah NZ dollar, saat saudara kita di Palestine menagih simpati dari seluruh umat islam kerana sekatan ekonomi kepada mereka?

Bukankah Allah memberi kita nikmat 24/7 internet (Woosh, Telecom etc), saat saudara kita di Palestine yang ditindas mencari-cari jaringan perhubungan untuk meminta bantuan dan pertolongan?

Dan dimana kita untuk menyumbang dan membantu mereka????

Oleh itu, kelebihan dan kekuatan material yang dimiliki kita bukanlah merupakan suatu yang boleh kita bangga-banggakan atau sia-siakan, malah kita perlu menyedari hakikat yang ia merupakan satu pertanggungjawaban dan amanah besar dari Allah S.W.T. Boleh jadi kelak kita merupakan seorang doktor yang hebat dalam merawat pesakit, jurutera yang sibuk membina bangunan malah guru yang berperanan besar dalam institusi masyarakat. Namun, adakah kita mampu menggunakan jawatan dan kelebihan yang ada untuk menolong agama Allah sekiranya saat ini kita masih goyah bila diminta menyumbang untuk islam? Tepuk dada tanya iman…

Bukan sahaja kita mahu menggunakan logam (kekuatan material) namun kita mahu menjadi logam-logam yang dikatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w. Kita mahu menjadi logam yang dibentuk melalui sibghah (acuan) Allah. Dibentuk dan dididik dengan tarbiyyah Quraniah. Seperti mana Abu Bakr yang mana imannya melebihi dunia dan seisinya. Seperti Abu Ubaidah Al-Jarah yang mana Rasulullah s.a.w. menyifatkan beliau sebagai kepercayaan umat. Sepertimana Khalid Al-Walid yang jihadnya kerna ia rindu untuk syahid. Sepertimana Umar Al-Khattab, al-Faruq yang tidak gentar saat hijrah ke Madinah. Dan seperti Summayah yang matinya sebagai syuhada di jalan Allah.

Dan kita mahu menjadi yang terbaik, terpilih dan terhebat untuk Deen ini.

Kita mahu menjadi logam-logam itu!

Pastikan kita menjadi logam-logam itu!

Kita lah orangnya!


Allahua’lam

Pokok getah dan kambing -some version lembu, atau kat nz, bebiri :)
Tuesday, April 01, 2008 | Author: hidden_fareha
Ada sorang pakcik nie... semua org sgt mengenali dia.. dia mmg terer pasal pokok getah.. dalam kepala dia ada semua details on pokok getah.... kalo ada apa2.. mesti orang akan jemput dia untuk cite pasal pokok getah. suatu hari, ada jemputan utk satu talk nie.. tapi pakcik tue disuruh utk cite pasal kambing @ lembu @bebiri... sebagai seorang yg sangat memahami pokok getah, pakcik ni terima jemputan tue... dia mule start cite psl kambing@lembu@bebiri... cite la pasal kambing@lembu@bebiri nie daging sedap, etc.. tapi tak berapa lama kemudian.. pakcik nie pun cite pasal kambing@lembu@bebiri ni berkait dgn pokok getah...eg. kambing@lembu@bebiri termasuk ladang getah etc... dan pakcik pun terus-terus cite psl pokok getah (expertise die)... yg pokok getah nie best, pokok getah ni bekualiti.. etc.. hbs2an dipromotenya pokok getah tue.. sehingga orang terlupa yang mereka datang utk mendengar talk psl kambing@lembu@bebiri...

The moral of the story...

Sebagai orang yang memahami seni memimpin umat ini atau dalam erti kata yang lain-da'wah... kite kena sentiasa bawa mad'u kita memahami tanggungjawab n matlamat kita sbg muslim.... bilamana kita ditanya.. disuruh utk bercerita ttg perkara2 furu'( cabang) atau hukum2 dlm islam etc, kita bercerita.. tapi lepas tue kita kena sentiasa balikkan mereka semula kpd matlamat asal penghidupan manusia di muka bumi ini which is to bring others back to Allah (2:30)... sebab ramai yang faham kita adalah abid, tapi hanya sedikit yg benar2 memahami yang kita adalah khalifah yang melasso org ke dalam kandang ibadah...

Pengalaman menarik disini... bila mana saya diminta bercerita ttg "cinta Allah"- dalam kepala berfikir, camne lah nk jadi pakcik pokok getah nie...then, dgn izin Allah, mase dok belek2 quran, saya terjumpa ayat Ali-Imran, 3:31
"Katakanlah, "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, " Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".
from that ayat, cinta Allah itu pasti kita akan perolehi bilamana kita mengikut Rasulullah s.a.w... dan apakah sunnah, kehidupan Rasulullah... tentu sekali da'wah.. He devoted his entire life doing da'wah, mengetuk pintu rumah Abu Jahal sebanyak 70 kali (some riwayat, 100kali), 24/7 menyeru kaumnya utk memahami islam hingga tiada seinci pun tanah di Makkah yang tiada kesan tapak kaki Rasulullah... Baginda bertahan bilamana dicaci, diletakkan fetus unta di leher tika Baginda sujud utk Rabbnya, dilontar batu oleh anak-anak kecil Taif, menyeru kabilah2 yang datang saat musim hajj tiba... dan byk lg... bilamana Baginda mendapat islam, baginda trus2an berda'wah....


Dan kite???


Kite kate kite mencari, mengharap, mendamba cinta Allah.. tapi, sunnaah terbesar Rasulullah tidak kita lakukan... sedangkan terang sekali Baginda mengatakan, cinta Allah hanya dgn mengikuti jejak Baginda...

Dan bagaimana hidup kita seharian??? Sudahkah kite melakukan sepertimana yang Rasulullah lakukan?? sudahkah kite menerima rintangan da'wah seperti mana yang dihadapi oleh Baginda???

Bagaimana mungkin kite memperoleh cinta Allah... kalo kite masih bersenang lenang... saban hari ke kuliah, kelas utk mengejar degree? bagaimana mungkin kita mengikuti Rasulullah sekiranya da'wah kita hanya saat2 dihujung minggu atau diprogram2 shj? bagaimana mungkin kita mengata diri adalah daie sekiranya kita masih berfikir ttg mslh diri melebihi masalah manusia yang tidak meletakkan Allah sebagai Ilah dan Rab?

Adakah kite, para duat yang mengimpikan jannah dan bertemu dgn Allah mempunyai rasa izzah dgn islam dan menyeru manusia sepertimana Rab'ie bin Amir saat berhadapan dgn Rustam, seorang panglima Parsi???

"Dan kami datang utk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan semata-mata kepada Allah....
utk menukarkan kezaliman kepada keadilan islam dan
utk menceritakan ttg keluasan akhirat berbanding kesempitan dunia..."

Syahadahtul-Haq.Syahadahtul-Haq.Syahadahtul-Haq.

Dan....

Kitelah gerombolan Allah

AgamaNya itulah watan (tanah air) kite
Kitelah tentera Allah yang dipilihNya
Segala ujian terasa ringan bagi kite....


Muga terus melangkah...mengikuti jejak Rasul utk cinta Allah....