“Ingat kamera, ingat saya”
“Bersajak? Bermadah? Itu kelebihan saya”
“Kalau nak kenal Ronaldo
***
Betapa hebatnya kekuasaan Allah, menciptakan manusia dengan kelebihan yang berbeza-beza.
“Dan Allah melebihkan sebahagian kamu dari sebahagian yang lain dalam hal rezeki…”
(An-Nahl,16:71)
Namun begitu, apakah kelebihan, bakat, hikmah yang kita perolehi adalah semata-mata untuk kita meraih populariti, mengumpul harta kekayaan atau menjadi bongkak persis seperti Firaun yang mengakui dirinya tuhan kerana tidak pernah diuji dengan kesakitan?
Tentu sekali tidak. Siapalah diri kita untuk berbangga-bangga dengan sesuatu yang jelas sekali bukan milik kita. Siapalah diri kita untuk bermegah dengan kepandaian mahupun kemahiran yang ada kerana semuanya akan kembali kepada Yang Maha Esa. Siapakah kita? Kita hanyalah hamba padaNya….
Oleh itu, dengan memahami matlamat sebenar penghidupan manusia untuk menjadi abid (51:56) dan khalifah (2:30) yang memakmurkan muka bumi ini dengan cahaya islam, sudah tentu kita akan mengunakan seluruh potensi dan kelebihan yang dimiliki untuk memenuhi tujuan penghidupan kita. Sebagaimana yang tersurat dalam hadits Rasulullah
“Manusia itu umpama logam, yang terbaik (terhebat, terpilih) semasa jahiliah, terbaik (terhebat, terpilih) semasa islam, sekiranya (dengan syarat) dia faham”
(Riwayat Bukhari)
Menerusi hadits ini, Rasulullah menyifatkan manusia seumpama logam kerana ciri-ciri yang dimiliki keduanya. Manusia, seperti mana logam, boleh dibentuk dan dilentur mengikut acuannya. Besi yang mempunyai ketahanan yang kuat, contohnya, mampu dijadikan senjata bagi mempertahankan diri atau digunakan sebagai senjata untuk sang penjenayah. Begitu juga manusia. Potensi diri yang dimiliki boleh digunakan untuk islam atau menyumbang kepada jahiliah. Namun begitu, Rasulullah meletakkan syarat “faham” deen untuk kita tetap menjadi terbaik, terhebat dan terpilih semasa berada dalam kejahilan atau setelah dianugerahkan sirna islam. Kefahaman yang datang dari hati pasti membuahkan amal. Bilamana kita memahami tuntutan penciptaan kita sebagai abid dan khalifah dengan hati, kita pasti akan berusaha sedaya upaya, melalui pelbagai cara dan
“Sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah Kami turunkan bersama mereka al-Kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan Kami turunkan besi (logam) yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, (supaya mereka mempergunakan besi itu) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama) Nya dan rasul-rasulnya padahal Allah tidak dilihatnya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”
Logam (kekuatan material) di anugerahkan kepada manusia bertujuan semata-mata untuk menguji siapa di kalangan manusia yang akan menggunakannya untuk menolong agama Allah dan rasul-rasuNya.
Bukankah Allah memberi kita tilam yang empuk saat saudara kita di
Bukankah Allah menganugerahkan kita wang elaun, malah NZ dollar, saat saudara kita di
Bukankah Allah memberi kita nikmat 24/7 internet (Woosh, Telecom etc), saat saudara kita di
Dan dimana kita untuk menyumbang dan membantu mereka????
Oleh itu, kelebihan dan kekuatan material yang dimiliki kita bukanlah merupakan suatu yang boleh kita bangga-banggakan atau sia-siakan, malah kita perlu menyedari hakikat yang ia merupakan satu pertanggungjawaban dan amanah besar dari Allah S.W.T. Boleh jadi kelak kita merupakan seorang doktor yang hebat dalam merawat pesakit, jurutera yang sibuk membina bangunan malah guru yang berperanan besar dalam institusi masyarakat. Namun, adakah kita mampu menggunakan jawatan dan kelebihan yang ada untuk menolong agama Allah sekiranya saat ini kita masih goyah bila diminta menyumbang untuk islam? Tepuk dada tanya iman…
Bukan sahaja kita mahu menggunakan logam (kekuatan material) namun kita mahu menjadi logam-logam yang dikatakan dalam sabda Rasulullah s.a.w. Kita mahu menjadi logam yang dibentuk melalui sibghah (acuan) Allah. Dibentuk dan dididik dengan tarbiyyah Quraniah. Seperti mana Abu Bakr yang mana imannya melebihi dunia dan seisinya. Seperti Abu Ubaidah Al-Jarah yang mana Rasulullah s.a.w. menyifatkan beliau sebagai kepercayaan umat. Sepertimana Khalid Al-Walid yang jihadnya kerna ia rindu untuk syahid. Sepertimana Umar Al-Khattab, al-Faruq yang tidak gentar saat hijrah ke Madinah. Dan seperti Summayah yang matinya sebagai syuhada di jalan Allah.
Dan kita mahu menjadi yang terbaik, terpilih dan terhebat untuk Deen ini.
Kita mahu menjadi logam-logam itu!
Pastikan kita menjadi logam-logam itu!
Kita lah orangnya!
Allahua’lam
0 comments: