Ayat cinta dari Allah
Saturday, January 26, 2008 | Author: hidden_fareha

"Karena itu, hendaklah orang-orang yang menukarkan kehidupan dunia dengan kehidupan akhirat berperang di jalan Allah. Barang siapa yang berperang di jalan Allah, lalu gugur atau memperoleh kemenangan, maka kelak akan Kami berikan kepadanya pahala yang besar" (An-Nisa', 4:74)

...The ayat which touched my heart in the beginning of my kembara....


Hari yang bermakna...
Thursday, January 17, 2008 | Author: hidden_fareha
Alhamdulilah, segala puji bagi Allah yang berkuasa menghidupkan dan mematikan setiap jiwa...Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w. yang membawa obor ad-deen ini bersama para keluarga, sahabat dan pengikut jejak risalah ini sepanjang zaman...
Hari ini sungguh bermakna buat diriku.. seawal pagi, aku sudah mula bersiap untuk menuju ke Kuantan. Dihantar ke stesen Star Sungai besi oleh ukhtiku, Kak Fiza yang menuju ke tempat kerjanya... aku selamat tiba di Pudu raya dan ke destinasi ku Kuantan. Setibnya aku disana, aku disambut oleh Doktor Melor yang banyak menabur bakti sepanjang keberadaan aku di Kuantan.
Syukur pada Allah, tika saat aku tiba melihat Emmy, kakaknya dan Azie... mereka sungguh ceria. Emmy sudah mula membuka matanya seluas-luasnya. Dia tersenyum dan menyambut salamku.
Ketika kami di HDW, Emmy kelihatan berseri dan bersemangat sekali. Mungkin barakah nama Nasyitah, yang seringkali digunakannya, yang bermaksud semangat yang kuat :) Ternyata semangat, yang datang dari Allah itu menguatkan hatinya... Aku sempat menunjukkan gambar-gambar yang diambil sepanjang jaulah kami. Dan Emmy sungguh bersemangat bila bercerita saat dia bermain bersama Maryam Jamilah, anak Makcik Nur di Kerteh... Selepas itu kami bergambar bersama-sama. Sungguh comel emmy bersama senyuman yang jelas kelihatan lesung pipitnya... Tadi Emmy sangat-sangat bersemangat untuk makan dan minum. Alhamdulilah... moga hari-hari yang mendatang, Emmy semakin kuat dan tabah... du'akan Emmy selalu:)
Inilah kami
Sunday, January 13, 2008 | Author: hidden_fareha

Sifat mukmin da’ie:

1. Tiada bumi yang menyekatnya
2. Tiada penyiksaan yang menggerunkannya.


Kamilah gerombolan Allah
agamanya itulah tanah air (watan) kami
Kamilah adalah tentera Rasul yang telah dipilihNya
segala ujian terasa ringan bagi kami
Hari lahirku...
Sunday, January 13, 2008 | Author: hidden_fareha
Aku bersyukur pada Allah...Tatkala aku meraikan hari ulang tahun ku yang ke 21 pada 6 januari lepas dijalanan... Di medan perjuangan...
Sedang kami asyik bercerita tentang soal rezeki dan ajal.. kami dikejutkan dengan dentuman dan imbasan putih disebelah kanan kami... aku seolah-olah tidak percaya.. dadaku berombak kencang
"Ya Allah, biarlah sekiranya ia terjadi.. biarlah ia bukan kepada kami..."
Walaupun kedengaran seperti mementingkan diri.. perasaan itu hadir kerana kasihnya aku pada mereka... aku berlari kuat... sekuat hatiku... mujur tiada kereta yang meluru laju tika deras langkahku makin hampir di tempat kejadian...
"Ya Allah... "Ankabutkah itu??? Ankabut-kereta yang banyak menaburkan budi di medan dakwah ini menjadi begitu sukar untuk ku kenali..
Hatiku berdebar saat aku melihat sekujur tubuh layu dijalanan... mataku cuba mengecam milik siapakah tubuh dan erangan lemah itu...emmy!!!.. emmykah itu???
Sayup-sayup kedengaran bacaan kaset al-quran daripada kereta itu. Adakah aku bermimpi.. Ya Allah, tolong beritahu aku yang semua ini hanya mimpi.. Dari detik gembira bersama di tepian pantai bertukar, menjadi tangisan hiba atas lumuran darah dan kesakitan. Aku bergerak ke belakang Ankabut, kulihat kak Arifah mengerang kesakitan... Aku cuba bertenang. Hanya ketenangan dapat memandu aku untuk membantu saudaraku itu. Aku bimbang. Bimbang sekali aku mungkin tak mampu menghadapi tragedi ini. Aku lihat wajah kak Arifah menahan kesakitan dengan senyuman. Terlintas dibenakku wajah para syuhada yang kembali kepada Allah bersama secangkir senyuman.
"Ya Allah, jika Engkau mentakdirkan syahid buat mereka.. Sungguh merekalah orang-orang yang beruntung.. Sungguh akan kucemburui diri mereka... tapi Ya Allah.. aku tidak sanggup kehilangan mereka.. tidak ya Allah.. demi da'wah ini..."
Ramai mula berkumpul dan membantu. Segala barang-barang dikumpulkan agar tiada yang hilang. And i was praying hard that tiada jiwa yang akan hilang. Biarlah harta dunia pergi asalkan mereka selamat. Setelah ada yang menenangkan kak Arifah, aku bertanya siapa lagi yang cedera.
"Emmy kak...Emmy..."
"Emmy?" mindaku cuba menggambarkan wajah Emmy... perkenalan kami yang hanya baru berputik selama 3 hari menyulitkn keadaanku saat itu..
"AllahuAkbar.. Tidak!!!.. Emmy yang aku sering kusakat itu?Tidak!!!...Emmy yang kutujukan cerita hujan hidayah itu? Allahuakbar" mahu sahaja aku terduduk saat itu. Aku kembali mencarinya dikesesakan orang ramai..
"Kenapa saat pertama aku tidak perasaan Emmy sedang mengharungi waktu-waktu sukar???" Sungguh Allah mengetahui segalanya. Dia tahu aku mungkin goyah sekiranya aku tahu betapa kritikalnya Emmy saat itu.
"Emmy, ingat Allah Emmy... You are very strong dear.. you are so strong... sabar Emmy.. Allah ya Allah" lancar sahaja tutur bicaraku untuk menguatkan semangat Emmy. Jelas sekali dihadapanku Emmy menyebut kalimat Allah, mengadu kesakitan yang dilaluinya.
Ambulan mula tiba. Cahaya merah biru itu mula memberi jaminan padaku yang mereka pasti selamat dengan izinNya. Allah sahajalah sebaik-baik pelindung. Allah sahajalah sebaik-baik penolong
"Ya Allah, bantulah kami... tabahkan hati-hati kami... kuatkan lah mereka.. sesungguhnya Engkau mengasihi mereka... berilah kesabaran dan ketabahan buat mereka, sepertimana Engkau memberi kesabaran buat para RasulMu" doaku sambil mendongak kelangit, persis seperti Rasulullah saat mana bermulanya Badar alQubra....

Hujan hidayah...
Saturday, January 12, 2008 | Author: hidden_fareha
"Ok..langkah yang begini... ambil 7 step, kemudian angkat sedikit hujung kakinya.. yang sana bulih dapat???" Aku tekun mengajar step tarian poco-poco pada sisters dari Brunei yang kelihatan excited mempelajarinya. Berada di tepian pantai batu buruk itu, kami bergelak ketawa ceria sambil mengusik antara satu sama lain. Baru sekarang aku memahami perasaan kasih kerana Allah.
"Kalau susah, kita ambil step ke kanan, kemudian kita kembali pada titik asal... macam kehidupan kita, kita kena sering ingat utk kembali pada asal-pada Allah, pencipta kita.." Walaupun kami menari-seolah2 seperti ummu mukmin, Aisyah r.a. yg menari bersama muslimat meraikan kegembiraan hati, aku cuba utk menyelitkan tazkirah agar hati ini basah dengan zikrullah dan zikrulmaut...Sejurus selepas sama-sama menarikan rentak poco-poco yang diajarkan oleh uhktiku, Ummu, kami bergegas ke deretan kedai makan yang berdekatan utk bersarapan...
Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku, Kak Pija datang mendekatiku...
"Fareha, kita makan makanan semalam sahaja ek.. sisters Malaysia makan yang itu sahaja.. akak dah panaskan tadi"
Aku mengangguk setuju. Aku sedar yang kami perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Bukan semua orang yang buat da'wah ini bergaji besar. Tambahan pula student mcm kami..hmmm... Tapi aku redha.Sebab da'wah telah mengajar ku utk tidak bermanja-manja. Kite mesti susah utk belajar mengenali hidup yang sebenarnya. Tanpa teragak-agak, tanganku terus mengambil bekas polisterine yang mengandungi nasi goreng cina.
"Kite share je lah Aisyah" ujarku pada Aisyah, bimbang sahaja aku akan kalah saat waktu utk menghabiskan nasi itu.
"Biar berjemaah kalau makan pun...hee..." desus hati kecilku.
Saat itu, kelihatan Emmy dan Mimi bergegas utk turut mengambil makanan didalam polisterine, sama seperti kami.
"Eh, korang gi order makanan panas, ini utk akhawat Mesia..." Salah seorang dari kami melarang mereka kerana tetamu perlu didahulukan, mereka yang datang jauh dari Brunei perlu diberi layanan yg special, takkan nak makan makanan semalam. Aku melihat dari jauh.. dan aku melihat Mimi dan Emmy, masing-masing berkeras utk mengambil makanan itu.
"Ah, degil betul mereka itu...bagus jadi da'ie..."
Dalam hati kecilku kagum melihat mereka. Ternyata pada mereka kite sama sahaja. Tiada bezanya kami dari Mesia, dan mereka dari Brunei. Ternyata mereka mahu sama-sama susah dan senang tak kira masa.
Kedua-dua mereka mengambil tempat bersebelahan dengan mejaku. Aku ingin sekali mengajak mereka makan bersama, tapi kecewa kerana mejaku sudah diduduki oleh sisters yang lain. Aku lihat mimi dan emmy, kedua-duanya tekun memakan makanan yang diambil itu...
Tiba-tiba, hujan mula turun renyai-renyai... Lantas aku teringat saat Cik Na bercerita tentang hidayah Allah yang sama seperti hujan.
"Aisyah, kamu tahu tak yang hidayah Allah itu umpama hujan?" Kucuba menarik perhatian Aisyah, walaupun sebenarnya aku lebih menujukan kata-kataku pada Emmy dan Mimi. Dan adab dalam bersahabat, walaupun sudah berbuih mulutku bercerita sebelum itu, Aisyah tetap mendengar setiap butir bicaraku.
"Hidayah Allah itu umpama hujan... kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu. Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia... terpulang pada kita, samada utk membuka tadahan hati kita atau menutupnya... dan Aisyah, bilamana saaat kita bertanya tentang hidayah Allah, itulah permulaan hidayahNya"
Dalam hati, aku berdoa agar sepasang telinga disebelahku, milik Emmy mendengar ceritaku. Dan aku tahu dia mendengar. Dengar curi-curi. Malu pastinya...tapi mmg kepada dia yang aku tujukan cerita itu... kerana dari raut wajahnya, aku tahu dia mencari Allah... aku tahu dia dalam pencarian utk hidayahNya...
Dan pada saat ini aku hanya mampu mendoakan dan utuh disisinya... utk membawa dia bangkit semula selepas tragedi 6januari itu...Dia ada janji yang perlu dilunaskan.. Dia ada Allah.. Emmy pasti sembuh semula...Bi'iznillah...