Hujan hidayah...
Saturday, January 12, 2008 | Author: hidden_fareha
"Ok..langkah yang begini... ambil 7 step, kemudian angkat sedikit hujung kakinya.. yang sana bulih dapat???" Aku tekun mengajar step tarian poco-poco pada sisters dari Brunei yang kelihatan excited mempelajarinya. Berada di tepian pantai batu buruk itu, kami bergelak ketawa ceria sambil mengusik antara satu sama lain. Baru sekarang aku memahami perasaan kasih kerana Allah.
"Kalau susah, kita ambil step ke kanan, kemudian kita kembali pada titik asal... macam kehidupan kita, kita kena sering ingat utk kembali pada asal-pada Allah, pencipta kita.." Walaupun kami menari-seolah2 seperti ummu mukmin, Aisyah r.a. yg menari bersama muslimat meraikan kegembiraan hati, aku cuba utk menyelitkan tazkirah agar hati ini basah dengan zikrullah dan zikrulmaut...Sejurus selepas sama-sama menarikan rentak poco-poco yang diajarkan oleh uhktiku, Ummu, kami bergegas ke deretan kedai makan yang berdekatan utk bersarapan...
Sebaik sahaja aku melabuhkan punggungku, Kak Pija datang mendekatiku...
"Fareha, kita makan makanan semalam sahaja ek.. sisters Malaysia makan yang itu sahaja.. akak dah panaskan tadi"
Aku mengangguk setuju. Aku sedar yang kami perlu berhati-hati dalam perbelanjaan. Bukan semua orang yang buat da'wah ini bergaji besar. Tambahan pula student mcm kami..hmmm... Tapi aku redha.Sebab da'wah telah mengajar ku utk tidak bermanja-manja. Kite mesti susah utk belajar mengenali hidup yang sebenarnya. Tanpa teragak-agak, tanganku terus mengambil bekas polisterine yang mengandungi nasi goreng cina.
"Kite share je lah Aisyah" ujarku pada Aisyah, bimbang sahaja aku akan kalah saat waktu utk menghabiskan nasi itu.
"Biar berjemaah kalau makan pun...hee..." desus hati kecilku.
Saat itu, kelihatan Emmy dan Mimi bergegas utk turut mengambil makanan didalam polisterine, sama seperti kami.
"Eh, korang gi order makanan panas, ini utk akhawat Mesia..." Salah seorang dari kami melarang mereka kerana tetamu perlu didahulukan, mereka yang datang jauh dari Brunei perlu diberi layanan yg special, takkan nak makan makanan semalam. Aku melihat dari jauh.. dan aku melihat Mimi dan Emmy, masing-masing berkeras utk mengambil makanan itu.
"Ah, degil betul mereka itu...bagus jadi da'ie..."
Dalam hati kecilku kagum melihat mereka. Ternyata pada mereka kite sama sahaja. Tiada bezanya kami dari Mesia, dan mereka dari Brunei. Ternyata mereka mahu sama-sama susah dan senang tak kira masa.
Kedua-dua mereka mengambil tempat bersebelahan dengan mejaku. Aku ingin sekali mengajak mereka makan bersama, tapi kecewa kerana mejaku sudah diduduki oleh sisters yang lain. Aku lihat mimi dan emmy, kedua-duanya tekun memakan makanan yang diambil itu...
Tiba-tiba, hujan mula turun renyai-renyai... Lantas aku teringat saat Cik Na bercerita tentang hidayah Allah yang sama seperti hujan.
"Aisyah, kamu tahu tak yang hidayah Allah itu umpama hujan?" Kucuba menarik perhatian Aisyah, walaupun sebenarnya aku lebih menujukan kata-kataku pada Emmy dan Mimi. Dan adab dalam bersahabat, walaupun sudah berbuih mulutku bercerita sebelum itu, Aisyah tetap mendengar setiap butir bicaraku.
"Hidayah Allah itu umpama hujan... kena pada setiap tempat, penjuru dan ceruk. Allahlah yang mencampakkan hidayah itu.. setiap tempat akan kena pancaran hidayah itu. Dan tadahan bagi hujan hidayah itu adalah hati-hati manusia... terpulang pada kita, samada utk membuka tadahan hati kita atau menutupnya... dan Aisyah, bilamana saaat kita bertanya tentang hidayah Allah, itulah permulaan hidayahNya"
Dalam hati, aku berdoa agar sepasang telinga disebelahku, milik Emmy mendengar ceritaku. Dan aku tahu dia mendengar. Dengar curi-curi. Malu pastinya...tapi mmg kepada dia yang aku tujukan cerita itu... kerana dari raut wajahnya, aku tahu dia mencari Allah... aku tahu dia dalam pencarian utk hidayahNya...
Dan pada saat ini aku hanya mampu mendoakan dan utuh disisinya... utk membawa dia bangkit semula selepas tragedi 6januari itu...Dia ada janji yang perlu dilunaskan.. Dia ada Allah.. Emmy pasti sembuh semula...Bi'iznillah...

|
This entry was posted on Saturday, January 12, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: