Musim bunga pasti akan tiba...
Sunday, April 26, 2009 | Author: hidden_fareha







"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan berkata
"Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"?"

(Fussilat, 41:33)





Cerita bergambar
Thursday, April 23, 2009 | Author: hidden_fareha

Saat kita bermula... kita berlari dan berlari...





Namun, jalan ini tak pernah sunyi...ujian pasti kita tempuhi...




Dan kita melangkah dan terus melangkah...




Berhati-hati dan terus mara ke hadapan...




Satu demi satu...





Demi mengapai cita-cita agung kita...




Bersama-sama...




La tahzan,

Hakikatnya...

Kita tidak pernah sendiri...

InnaAllaha ma'ana...




..::Rindu fillah::..
..::Mengimbau kisah kita::..
..::Autumn 2009, Auckland, NZ::..



Sekejap sahaja lagi...
Tuesday, April 21, 2009 | Author: hidden_fareha

Telefon vibrate. Siapa pula telefon malam-malam begini?

*****

Setiap yang berlaku, memang bermula dengan kesukaran. Tapi yakinlah Allah sentiasa dekat. Bukannya Dia tidak tahu hati ini keliru, resah dan bersedih. Semua yang berlaku hanyalah untuk kita kembali kepadaNya. Agar kita sentiasa dekat denganNya. Dan yakinlah Dia sentiasa menjanjikan kesenangan selepas kesusahan.

Sekejap sahaja lagi...

Ibarat helaian kertas; dua helaian muka yang berbeza tapi masih pada helaian yang sama. Hanya sedikit sahaja masa...sedikit masa lagi....semuanya akan berubah.

Dan Allah akan memberi pahala kepada kita, untuk perubahan yang kita lakukan. Memberi kita peluang untuk mencipta perubahan...

Persoalannya... adakah kita mahu mengubahnya???


Ubahlah dunia, hanya dengan islam.