Pagi yang penuh kedamaian
Friday, November 16, 2007 | Author: hidden_fareha

Alhamdulilah... praise to ALLAH S.W.T for this beautiful islam, eeman and uhkwah... selawat and salaam for prophet Muhammad s.a.w, his family, and sahabat, whose effort has lightened this world with the nur of Deen..

Pagi yang penuh kedamaian...tambahan pula dengan kehadiran akhawat-akhawat yang memekarkan semula rasa tanggungjawab terhadap Deen ini :)

Setelah dua minggu bekerja 'part time' (yup, bcoz i'm a full-time muslim) aku belajar untuk mempratikkan nilai-nilai tarbiyah yang aku pelajari selama ini... berada dalam suatu suasana dimana islam itu ghuraba (asing), aku belajar bagaimana untuk mengadaptasikan diri... sering kali hati ini teringat pesan guru kimia yang sentiasa aku hormati di zaman persekolahan dahulu, malah sehingga sekarang....

Jadilah kamu seperti ikan, walau berada dalam lautan yang masin, isinya tetap tawar...

Berada dalam suasana yang masih digelumangi nilai-nilai jahiliyah, iman dan ihsan sewajarnya memagari diri. Disana, aku menghadapi pelbagai jenis karenah dan ragam manusia...untuk da'wah ini, aku belajar untuk mengenali jiwa-jiwa itu.
Betapa aku sekarang memahami firman ALLAH dalam surah al-Hujurat, 49:13

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Dan aku sedar betapa hausnya iman mereka, seperti mana diriku yang dahulu. Betapa aku sedar yang jiwa-jiwa ini sedang lena tidur, dan betapa besarnya tanggungjawabku untuk mengejutkan mereka dari lena dibuai mimpi. Aku perlu mencari dititik mana aku perlu bermula...seni berda'wah perlu aku kuasai. Kerana di lapangan ini, manusia datang dan pergi. Di medan ini, masa cukup mencemburui...

Ya ALLAH, bantulah diri ini, agar obor agamaMU sentiasa menyala dihati ini...


Tolong beritahu aku Ya ALLAH...
Thursday, November 15, 2007 | Author: hidden_fareha
Hati ku sering bertanya...adakah keputusan yang aku lakukan tepat?adakah apa yang aku kerjakan ini mendapat redhaNYA? adakah hatiku ikhlas menyemai baja iman dan taqwa? tolong beritahu diri ini Ya ALLAH... kerana sesungguhnya Engkaulah yang menguasai hati-hati kami...

Dan ketahuilah sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya
(Al-Anfal, 8:24)

Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan selain DIA. Hanya kepadaNYA aku bertawakal, dan DIA adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung
(At-Tawbah, 9: 129)




Monday, November 12, 2007 | Author: hidden_fareha
Syukur.... aku berjaya melalui hari terakhir latihan pada hari ini... terlalu banyak rencah kehidupan yang pasti akanku lalui. Hanya kepada ALLAH sahajalah tempat ku memohon perlindungan... Begitu banyak perkara yang terjadi pada hari ini...daripada kecuaianku meletakkan kad 'Touch n go' hinggalah saat suasana latihan diselubungi jahiliyah...
Secebis untaian rasa hati...
Saturday, November 10, 2007 | Author: hidden_fareha
Selautan syukur aku panjatkan kepadaNYA atas tarbiyah hati yang sentiasa menyalakan lilin iman dalam diri ini. Tika waktu aku diberi peluang untuk melihat saujana pemandangan Kuala Lumpur menerusi tetingkap aras 41 disalah sebuah syarikat yang terkenal bukan sahaja di Malaysia, malah serata pelosok dunia, aku melihat segala yang berada dibawah ibarat permainan anak-anak kecil. Terlintas dibenakku firman ALLAH dalam surah Muhammad, 47:36

Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, ALLAH akan memberikan pahala kepadamu dan DIA tidak akan meminta harta-hartamu

Sedar atau tidak, sudah masuk hari keempat aku menjalani latihan di syarikat tersebut. Alhamdulilah, segala puji hanya pada ALLAH yang mempermudahkan hari-hari yang sukar bagi diri ini. Serasa sedih, pilu dan bimbang mengenangkan hari-hari mendatang...bimbang kesibukan duniawi akan menghalang aku dari mengejar kebahagiaan Darul Akhirah...nauzubillah...Aku mula bertanya pada diri, adakah pilihan aku untuk bekerja adalah pilihan yang terbaik buat agamaku, dunia dan akhiratku? Aku berdoa agar ia menjadi ibadah agar redhaNya sentiasa terus-menerus menemani diri ini.... Aku berharap agar pilihanku ini menjadi medan perjuangan untuk mentarbiyahkan diri ini dan juga sebagai lapangan buatku menghidupkan cahaya iman saudara seaqeedahku yang lain. Hatiku yakin bahwa sesungguhnya ALLAH telah menentukan segala-galanya, seperti yang tertulis dalam kalam agungnya...

Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (Qadar) 54:49

Disana, aku turut melihat manusia sibuk mengejar urusan masing-masing. Terasa sukar sekali untuk mengenali jiwa-jiwa yang berada dibawah sewaktu di jambatan langit itu. Hatta seorang Perdana Menteri mahupun penyapu sampah, mereka kelihatan sama sahaja. Tiada bezanya. Aku tidak melihat apa-apa perbezaan sama sekali antara kereta-kereta berjenama yang dibanggakan di jalanan dengan kereta buruk yang usianya mungkin melebihi umurku. Manusia di sana sini sibuk mengejar kebahagian dan material dunia tanpa melandaskan kehidupan mereka mengikut acuan islam. Benarlah kata Syed Qutb, minat dan cita-cita penduduk-penduduk dimuka bumi ini amat kecil dan kerdil bak permainan anak-anak kecil...jahiliyah berkecamuk dimuka bumi. Mereka hidup tanpa naungan Al-Quran, persis hidup di dalam paya yang busuk, rendah dan gelap gelita.
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh sapaan lembut kenalan baru yang sama-sama menjalani latihan di syarikat itu. Aku cukup sekali menyenang kehadirannya. Walaupun dia tidak mengenakan hijab untuk melindungi mahkota seorang wanita, aku dapat merasai kejernihan hatinya. Aku berharap agar ALLAH menganugerahkan hidayah kepada jiwa itu. Dan aku berharap agar aku dapat menjadi penunjuk cahaya buat dirinya, bi'izniLLAH...

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal yang saleh dan berkata "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri? 41:33

Aku berdoa agar redha Ilahi sentiasa mengiringi... dan doaku jua buat mereka yang meninggalkan jejak dihati ini; akak yang berada di seberang lautan, akak-akak yang bakal berjihad di medan peperiksaan, sahabat-sahabat yang nyalaan iman tetap dijiwa dan adek-adekku yang sama-sama menelusuri jalan ini :) Semoga ALLAH mempereratkan ukhwah yang dibina atas dasar iman dan taqwa...

Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 8:63

Allahu'alam

Waktu itu
Saturday, November 10, 2007 | Author: hidden_fareha

Aku bersendiri lagi. Walaupun begitu, hati kecilku sentiasa mengingatkan diri bahawa ALLAH sentiasa berada disisi. Alunan nyanyian lagu SyurgaMU oleh band indonesia, Ungu menjadi suatu tazkirah indah untuk hati ini berzikir mengingatiNYA. Bait-bait dan irama lagu itu mengilhamkan padaku saat bilamana lontaran hidayahtuLLAH memberi sinar indah dalam hati ini....



Segala yang ada dalam hidupku
Ku sadari semua milikMu
Ku hanya hambaMu yang berlumur dosa
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai syurgaMu
Terangi ku dalam setiap langkah hidupku
Kerana ku tahu.. hanya Kau Tuhanku...
Allahu Akbar...Allah Maha Besar
Ku memuja Mu setiap waktu
Hanyalah padaMu,tempat ku berteduh
Ku mohon reda dan ampunanMu
Tunjukkan aku jalan lurusMu
Untuk menggapai syurgaMu
Terangi ku dalam setiap langkah hidupku
Kerana ku tahu..hanya Kau Tuhanku...

Linangan air mata mula membasahi pipi. Aku memanjatkan rasa penuh kesyukuran atas rahmat dan kasih sayangNYA yang membuatkan aku kembali mengetahui matlamat penghidupanku di atas muka bumi ini. Aku menadah tangan dan berdoa agar sentiasa memperolehi pengampunan atas dosa-dosa dan kejahilan serta kejahiliyahan masa silamku. Moga hati ini sentiasa tsabat dan tegar dalam mengapai redhaNYA. Moga ranjau dan liku yang dilalui menjadi syahadah untuk aku bertemu dengaNYA...