mereka itu (orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah) adalah orang-orang yang bertaubat, beribadat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah... Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (At-Tawbah, 9:112)
Tuesday, September 28, 2010
| Author:
hidden_fareha
"Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa, "Susuilah dia, dan apabila kamu khawatir terhadapnya maka jatuhkanlah dia ke sungai (Nil). Dan janganlah kamu khawatir dan janganlah kamu bersedih hati, kerana sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan menjadikannya salah seorang dari para rasul"
(Al-Qasas, 28:7)
*** Pernah tak kita terfikir kenapa peristiwa ini sangat signifikasi? Siapa sahaja yang mampu melepaskan orang yang dicintainya pergi?
*** Tapi, itulah tarbiyyah 'hati' dari Allah..
*** Perpisahan dan kejauhan itulah yang menerbitkan rasa hati dan menguatkan diri
***
Sekembalinya Musa, dahulu seorang bayi... Kelak, menjadi rasul dan juga nabi...
Thursday, September 23, 2010
| Author:
hidden_fareha
Serasa seperti waktu dulu-dulu, saat kita merasa bimbang akan bermulanya fasa baru yang mengundang sebuah perubahan. Sebuah kejutan yang tidak pernah ku sangka-sangka. Seakan tidak percaya. Tetapi, selepas pertemuan yang tak diduga, terungkai semua prasangka. Terima kasih Allah =)
***
Kakak: Tak dapat lah kita duduk macam dulu-dulu lagi... pasti akan rindu saat begitu. Adik: Saya faham sahaja kak, bermulanya fasa baru ni, pasti kita seakan-akan merasa sebuah kehilangan. Kakak: Kenapa kata begitu? Ikatan yang menyatukan dua hati semata-mata kerana Allah itu bukanlah asbab kehilangan seorang ukhti dalam perjuangan. Tapi, akan bertambahlah bilangan duat. Bertambahlah kekuatan. Bertambahnya mujahid dan mujahidah...
***
Dia yang sentiasa setia mendengar saat diriku tidak henti berbicara. Dia yang tidak pernah lupa untuk meraikan hari kelahiranku. Dia yang yang selalu merakamkan sejuta kenangan saat bertatih kita pada jalan ini. Dia yang menulis coretan hati, dan diriku yang gemar membacanya. Dia yang menghadiahkan kekuatan saat bermulanya sebuah perjuangan. Acap kali ku tatapi wajah-wajah yang sentiasa di hati. Dia yang akan aku sentiasa kasihi kerana Allah semata-mata.
*** Buat ukhti yang dicintai kerana Allah S.W.T...
Semuga tangga yang dibina sentiasa dalam redhaNya
Semuga sentiasa dalam pemeliharaanNya
"Barakallahulakuma wa barak alaikum wa jam'a bainakuma filkhair "
This is specially dedicated to you my dearest adik =)
Sunday, September 12, 2010
| Author:
hidden_fareha
Wahai orang yang beribadat di dua tanah haram Jika kamu melihat kami Nescaya kamu mengetahui bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadah Orang yang membasahi pipinya dengan air mata Sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia Sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan
Kamu berbau harum dengan minyak wangi Sedangkan minyak wangi adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan perang Telah datang kepada kami sabda Nabi kita Kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta: "Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala kitab Allah ini menyebut di hadapan kita bahawa "orang yang mati syahid itu tidak mati", bukan suatu dusta.
***
Peringatan yang terbaik kan?
***
Sukarnya berhadapan dengan kepelbagaian manusia,
Tapi...
Sukar lagi bila bertemu dengan Allah dalam keadaan kita bermain-main dengan tanggungjawab
yang diamanahkanNya...
***
...Ighfirli ya Allah...
***
"Seorang muslim apabila dalam pergaulan dia disakiti lalu dia sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh manusia, lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan dia tidak sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh mereka.” (Riwayat Imam Tarmizi)