Sebuah kejutan yang tidak pernah ku sangka-sangka.
Seakan tidak percaya.
Tetapi, selepas pertemuan yang tak diduga, terungkai semua prasangka.
Terima kasih Allah =)
***
Kakak: Tak dapat lah kita duduk macam dulu-dulu lagi... pasti akan rindu saat begitu. Adik: Saya faham sahaja kak, bermulanya fasa baru ni, pasti kita seakan-akan merasa sebuah kehilangan.
Kakak: Kenapa kata begitu? Ikatan yang menyatukan dua hati semata-mata kerana Allah itu bukanlah asbab kehilangan seorang ukhti dalam perjuangan. Tapi, akan bertambahlah bilangan duat. Bertambahlah kekuatan. Bertambahnya mujahid dan mujahidah...
***
Dia yang sentiasa setia mendengar saat diriku tidak henti berbicara.
Dia yang tidak pernah lupa untuk meraikan hari kelahiranku.
Dia yang yang selalu merakamkan sejuta kenangan saat bertatih kita pada jalan ini.
Dia yang menulis coretan hati, dan diriku yang gemar membacanya.
Dia yang menghadiahkan kekuatan saat bermulanya sebuah perjuangan. Acap kali ku tatapi wajah-wajah yang sentiasa di hati.
Dia yang akan aku sentiasa kasihi kerana Allah semata-mata.

Buat ukhti yang dicintai kerana Allah S.W.T...
Buat ukhti yang dicintai kerana Allah S.W.T...
Semuga tangga yang dibina sentiasa dalam redhaNya
Semuga sentiasa dalam pemeliharaanNya
"Barakallahulakuma wa barak alaikum wa jam'a bainakuma filkhair "
Semuga sentiasa dalam pemeliharaanNya
"Barakallahulakuma wa barak alaikum wa jam'a bainakuma filkhair "
3 comments:
saya ingat akak yang naik tangga tadi..
salam sayang kak fareha
k.fa..
moga tangga yg baru membuka lembaran pada sy dan kami semua..
doakan kami semua terus thabat & kuat di jln nih..
this is cute kak, kalaulah sama org yg sy fkr dgn yg akk mksdkan itu :) love you kak. fasa pun apa kita, moga sntiasa tsabat iAllah.