Suatu permainan?
Sunday, September 12, 2010 | Author: hidden_fareha


Wahai orang yang beribadat di dua tanah haram
Jika kamu melihat kami
Nescaya kamu mengetahui bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadah
Orang yang membasahi pipinya dengan air mata
Sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah
Dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia
Sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

Kamu berbau harum dengan minyak wangi
Sedangkan minyak wangi adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan perang
Telah datang kepada kami sabda Nabi kita
Kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:
"Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala
kitab Allah ini menyebut di hadapan kita bahawa
"orang yang mati syahid itu tidak mati", bukan suatu dusta.

***

Peringatan yang terbaik kan?


***

Sukarnya berhadapan dengan kepelbagaian manusia,

Tapi...

Sukar lagi bila bertemu dengan Allah dalam keadaan kita bermain-main dengan tanggungjawab

yang diamanahkanNya...


***

...Ighfirli ya Allah...

***

"Seorang muslim apabila dalam pergaulan dia disakiti lalu dia sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh manusia, lebih baik daripada seorang muslim yang tidak bergaul dengan manusia dan dia tidak sabar dengan perbuatan yang disakiti oleh mereka.”
(Riwayat Imam Tarmizi)





|
This entry was posted on Sunday, September 12, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: