mereka itu (orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah) adalah orang-orang yang bertaubat, beribadat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah... Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (At-Tawbah, 9:112)
Ada atau tiadanya dia... tanda sebuah kejayaan atau kegagalan
***
Dia memandang wajah-wajah panglima Islam yang berada di hadapannya satu persatu. Mungkin juga dia menginginkan buah pendapat mengenai siapa yang layak dijadikan ketua. "Khalifah Abu Bakar berpandangan jauh. Bagi mengelakkan terjadinya perebutan jawatan sesama kita, Amirul Mukmin sudah mengutus surat pelantikan jawatan ketua tentera. Beliau melantik panglima Khalid bin Walid sebagai ketua. Oleh itu, saya serahkan tugas ini kepadanya," beritahu Abu Ubaidah bin Jarah.
"Saya terima tanggungjawab ini kerana Tuhan." Khalid bin Walid merendah diri. "Pangkat yang diberikan itu bukan bertujuan untuk dimegah-megahkan, tetapi ia adalah tanggungjawab yang mesti ditunaikan. Sesiapa yang dikurniakan pangkat tanpa menjalankan tanggungjawab, dia pasti disoal di dunia dan akhirat".
Barangkali dia cuba mengingatkan dirinya sendiri. Jawatan bukan kemegahan, namun amanah berat yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.
***
"Khalifah Abu Bakar meninggal dunia pada 23 Jamadilakhir bersamaan 13 Hijrah. Jenazahnya selamat dikebumikan bersebelahan dengan makam Nabi Muhammad."
"Umar bin Khatab dilantik menjadi khalifah islam yang kedua dengan dipersetujui oleh semua penduduk Islam di Makkah dan Madinah," beritahu utusan itu.
"Alhamdulilah," ucap Khalid bin Walid. "Saya yakin Umar bin Khatab dapat menjalankan tugasnya dengan baik. Dia mampu meneruskan dasar pemerintahan yang diterapkan oleh Khalifah Abu Bakar."
Utusan itu menatap muka Khalid lalu berkata, "Saya harap tuan tidak terkejut dengan berita yang mahu saya sampaikan ini. Saya yakin tuan kuat semangat dan berhati cekal, baik semasa susah mahupun senang."
"Katakan sahaja kerana saya sedia mendengarnya," balas Khalid
"Umar bin Khatab selaku khilafah Islam, memecat tuan daripada jawatan ketua panglima tentera Islam. Tempat tuan bakal digantikan oleh panglima Abu Ubaidah bin Jarah. Ini surat perintah daripada khalifah dan saya diamanahkan menyampaikannya kepada tuan."
Khalid bin Walid membuka surat itu dengan tenang lalu membacanya. Wajahnya langsung tidak menampakkan apa-apa perubahan.
"Apa sahaja yang kita miliki di dunia ini hanya bersifat sementara. Kita mesti redha dengan semua yang terjadi adalah dengan izin Tuhan. Disebabkan itulah hati saya tidak marah ataupun sedih dengan keputusan Khalifah Umar. Tambahan pula, dia adalah salah seorang sahabat nabi yang sudah dijamin masuk syurga," kata Khalid bin Walid dengan tenang.
"Alhamdulilah", ucap utusan itu dengan perasaan lega. "Tuhan mengurniakan tahap kesabaran yang tinggi kepada tuan."
***
Berjuang kerana Tuhan Khalid, Memburu Syahid (Abdul Latip Talib, 2007)
Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., baginda bersabda:
"Bahawasanya ada seorang lelaki berziarah kepada seorang saudaranya di suatu desa lain, kemudian Allah memerintah seorang malaikat untuk melindunginya di sepanjang jalan - yang dilaluinya. Setelah orang itu melalui jalan itu, berkatalah malaikat kepadanya:
"Ke mana kamu hendak pergi?"
Orang itu menjawab:
"Saya hendak ke tempat seorang saudaraku di desa ini."
Malaikat bertanya lagi: "Adakah suatu kenikmatan yang hendak kamu peroleh dari saudaramu itu?"
Ia menjawab: "Tidak, hanya saja saya mencintainya kerana Allah."
Malaikat lalu berkata:
"Sesungguhnya saya ini adalah utusan Allah untuk menyampaikan kepadamu bahawa sesungguhnya Allah mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu itu keranaAllah."
(Riwayat Muslim)
*** Terima kasih Allah atas tazkirah ini Terima kasih awak atas perkongsian ini
Satu demi satu akan dicabut rasa itu sehingga tidak akan ada yang lain selain daripada mengharapkan redhaNya semata-mata
*** Mampukah kita menolak? Walau terkadang terjatuh, terluka dan teresak? Mampukah kita mencari alasan untuk dipersembah ketika hisab dihadapanNya kelak?
*** Tepuk dada, tanya iman
*** "Dan siapkanlah apa sahaja untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi" (Al-Anfal, 8: 60)