Satu demi satu
akan dicabut rasa itu
sehingga tidak akan ada yang lain
selain daripada
mengharapkan redhaNya
semata-mata
***
Mampukah kita menolak?
Walau terkadang terjatuh,
terluka dan teresak?
Mampukah kita mencari alasan
untuk dipersembah
ketika hisab dihadapanNya kelak?
***
Tepuk dada, tanya iman
***
"Dan siapkanlah apa sahaja untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi"
(Al-Anfal, 8: 60)
0 comments: