mereka itu (orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah) adalah orang-orang yang bertaubat, beribadat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah... Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (At-Tawbah, 9:112)
Kesabaran yang elok ialah kesabaran yang tenang tenteram, kesabaran yang tidak disertai perasaan marah-marah dan gelisah dan tidak pula disertai rasa ragu-ragu terhadap kebenaran janji Allah. Kesabaran orang yang yakin terhadap akibat-akibat, kesabaran orang yang rela dengan takdir Allah, kesabaran orang yang menyedari hikmat disebalik ujian Allah dan kesabaran orang yang sentiasa berhubung dengan Allah dan mencari pahala disisiNya dari apa sahaja kesusahan yang menimpa dirinya.
Inilah warna kesabaran yang wajar dipunyai penda'wah, kerana da'wah ini adalah da'wah Allah dan kepada Allah. Dia tidak mempunyai sesuatu habuan dalam da'wah itu dan tidak mempunyai apa tujuan peribadi dari da'wah itu. Segala kesusahan yang ditempuhi dalam perjuangan da'wah itu adalah untuk sabilullah dan segala yang berlaku kepadanya dalam perjuangan da'wah adalah dari urusan Allah. Oleh itu, kesabaran yang tenang adalah sesuai dengan hakikat ini dan sesuai dengan kesedaran yang dirasakan dalam hati nurani.
Syed Qutb, Fi Zilal Quran
***
"Fasbir sabran jameela" "Oleh itu, sabarlah dengan kesabaran yang elok"
Seorang lelaki datang kepada 'Ubadah Ibn as-Samit dan berkata...
"Jawab soalan aku ini, apakah pendapat kamu mengenai lelaki yang bersolat dengan tujuan semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji, dia bersedekah semata-mata kerana Alah tetapi dia suka dipuji dan dia mengerjakan haji semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji?"
Jawab 'Ubadah, "Dia tidak mendapat apa-apa". Allah berfirman dalam hadith Qudsi,
"Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi. Sesiapa yang mempunyai ahli kongsi bersama-sama Aku, maka semuanya itu adalah untuknya dan Aku tidak berhajat padanya apa-apa pun"
***
"Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa. Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya"
(Al-Kahfi:110)
***
Gejala pertama keciciran dalam jalan da'wah:
Kepentingan diri mengatasi kepentingan Ilahi...
(Rujukan: Golongan yang tercicir disepanjang jalan da'wah, Fathy Yakan)