Kesabaran yang elok ialah kesabaran yang tenang tenteram, kesabaran yang tidak disertai perasaan marah-marah dan gelisah dan tidak pula disertai rasa ragu-ragu terhadap kebenaran janji Allah. Kesabaran orang yang yakin terhadap akibat-akibat, kesabaran orang yang rela dengan takdir Allah, kesabaran orang yang menyedari hikmat disebalik ujian Allah dan kesabaran orang yang sentiasa berhubung dengan Allah dan mencari pahala disisiNya dari apa sahaja kesusahan yang menimpa dirinya.
Inilah warna kesabaran yang wajar dipunyai penda'wah, kerana da'wah ini adalah da'wah Allah dan kepada Allah. Dia tidak mempunyai sesuatu habuan dalam da'wah itu dan tidak mempunyai apa tujuan peribadi dari da'wah itu. Segala kesusahan yang ditempuhi dalam perjuangan da'wah itu adalah untuk sabilullah dan segala yang berlaku kepadanya dalam perjuangan da'wah adalah dari urusan Allah. Oleh itu, kesabaran yang tenang adalah sesuai dengan hakikat ini dan sesuai dengan kesedaran yang dirasakan dalam hati nurani.
Syed Qutb, Fi Zilal Quran
***
"Fasbir sabran jameela"
"Oleh itu, sabarlah dengan kesabaran yang elok"
(Al-Ma'aarij, 70:5)
2 comments:
salam..wah. sy sy terkesan dgn post ni!
moge ALLAH terus mengurniakan kita kesabaran dlm menegakkan kalimahNya..
insyaALLAH..
=)
keep sharing sis!
"sobrun jameela"...
panjang discussion kami ttg phrase ni haritu. Memang sukar nak applikasi..