Seorang lelaki datang kepada 'Ubadah Ibn as-Samit dan berkata...
"Jawab soalan aku ini, apakah pendapat kamu mengenai lelaki yang bersolat dengan tujuan semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji, dia bersedekah semata-mata kerana Alah tetapi dia suka dipuji dan dia mengerjakan haji semata-mata kerana Allah tetapi dia suka dipuji?"
Jawab 'Ubadah, "Dia tidak mendapat apa-apa". Allah berfirman dalam hadith Qudsi,
"Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi. Sesiapa yang mempunyai ahli kongsi bersama-sama Aku, maka semuanya itu adalah untuknya dan Aku tidak berhajat padanya apa-apa pun"
***
"Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa. Barangsiapa mengharapkan perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya"

(Al-Kahfi:110)
***Gejala pertama keciciran dalam jalan da'wah:
Kepentingan diri mengatasi kepentingan Ilahi...
(Rujukan: Golongan yang tercicir disepanjang jalan da'wah, Fathy Yakan)
1 comments:
Good entry..
Ringkas, tapi sudah cukup untuk mentarbiyah hati yg kadangkala semakin goyah menentang arus tipuan dunia..
Teruskan perkongsian ilmu.. InsyaAllah, memberi manfaat pada semua..
Semoga dilindungi Allah selalu.. :)