Menjadi proaktif atau reaktif dalam da'wah
Thursday, November 13, 2008 | Author: hidden_fareha

Aku dan Ini Sejarah Kita [part II]


"Nanti datang tau, akak tu suruh ajak semua datang. Bulih sharing2 experience masa dia belajar di oversea dulu"

Aku hanya mengangguk sambil memandang wajah sahabatku yang beriya-iya mengajakku untuk bertemu dengan kakak yang dikatakan itu. Terasa hati berbelah bagi. Tidak tahu apakah keputusan yang terbaik yang wajar aku ambil pada saat itu.

"Alaa, nanti aku pergi jua oversea tu.. nak pergi atau tak...hmmm..." bisik hati kecilku, mencuba untuk berdalih.

"Errr...senior kita, Kak Lina ada tak nanti?" tanyaku kepada sahabatku itu.Masih berkira-kira untuk memenuhi jemputan itu ataupun tidak.

"Ada2.. haa.. macam tu jomlah.. Kak Lina pun ada nanti" balas sahabatku sambil tersenyum lebar.

Mengenangkan Kak Lina, senior yang aku hormati akan turut sama hadir, aku bersetuju untuk menerima ajakan sahabatku. Langkah ku atur kemas menuju ke lokasi pertemuan sharing session itu. Dari jauh ku lihat susuk tubuh kecil setia menanti kedatangan kami.

"Apa khabar adik-adik yang comel..." katanya memulakan bicara.


Disini, segalanya bermula...

________________________________________________________________________________________________________________


Segala puji hanya bagi Allah S.W.T, rabb sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w., ahlul-bait baginda, para sahabat dan mereka yang membawa obor deen ini sehingga ke hari kiamat.

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.

Dalam mengharungi kehidupan ini, kita sentiasa diberi pilihan. Life is about choosing and making decision. Islam itu jua satu pilihan, kerana kita dikurniakan hati dan akal untuk memilih antara islam atau jahiliyyah. Memilih antara al-haq dan batil. Malah dalam Al-quran sekalipun, Allah merakamkan perihal jiwa yang sentiasa diberi dua pilihan, sama ada untuk memilih jalan ketakwaan atau jalan kefasikan (91:8). Kita diberi pilihan untuk meniti jalan para nabi dan solihin atau jalan para taghut (apa sahaja yang membawa kita kepada selain dari Allah S.W.T.). Maka, sekiranya kehidupan kita diberi peluang untuk membuat pilihan, apatah lagi dalam da'wah yang kita laung-laungkan sebagai hayah (kehidupan) kita.

Apakah yang dikatakan sebagai pilihan dalam da'wah??

Dalam kita menyeru manusia untuk kembali mengenali hakikat sebenar ubudiyah dan khalifah, kita diberi peluang untuk memilih gagasan untuk mara menjadi proaktif atau sebaliknya, menjadi reaktif. Dalam erti kata yang lain, setelah melihat jatuh bangkitnya ummat ini, adakah kita menjadi mereka yang hanya melaungkan kemarahan atas hakikat jahiliyyah yang berleluasa atau menjadi mereka yang mula mengorak langkah untuk memberi sumbangan kepada ummat. Sekadar amarah, omong kosong, tangisan demi tangisan, tanpa sebarang tindakan tidak akan mampu mengubah dunia. Seperti matahari yang terbit dan terbenam mengikut aturan yang ditetapkan, begitu juga dengan agama ini. Agama ini tertegak mengikut sunahtullahnya.

"Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunah Allah itu" (35:43)

Sunah agama ini ditegakkan melalui usaha manusia. Masakan tidak, nyata sekali Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajarkan manusia hakikat rabbani. Secara fitrahnya, manusia punya perasaan bertuhan dan naluri kehambaan, tetapi mereka perlu diajar kepada siapakah fitrah itu perlu disalurkan. Maka, rasul diutuskan, dan kita sebagai pewaris para nabi, turut memikul tanggungjawab ini. Mengajar mereka yang terdinding dari kebenaran islam. Kerana, kadar kepedulian kita terhadap nasib agama ini berkait rapat dengan persoalan keimanan. Iman yang lemah tidak akan mampu untuk memikul beban menyembuhkan ummat yang semakin tenat, ummat yang dihina dan diinjak-injak sewenang-wenangnya oleh kuffar terlaknat.

Mengetahui hakikat hilangnya ketuanan islam diatas muka bumi ini, adakah kita, yang bersaksi Allah sebagai ilah dan rabb, adakah kita, yang membenarkan risalah Rasulullah s.a.w. hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri? Atau dengan enakknya mengatakan,

"Alaa.. aku tak mampu berbuat apa-apa. Itukan dah nasib mereka"

"Mereka yang berperang, bukan kita. Tak payahlah nak memandai-mandai."

"Saya tak bulih...kemampuan saya terbatas, tiada siapa yang menyokong saya"

Sekiranya inilah bahasa dan reaksi kita, maka kita tergolong dikalangan mereka yang memilih untuk bersikap reaktif dalam da'wah, dalam mempertahankan islam. Mereka yang hanya mampu duduk memerhati dan menunggu keajiban datang dengan sendirinya. Seperti majoriti penduduk jazeerah Arab yang berbondong-bondong menerima islam hanya saat islam mendapat kemenangan dan kekuatan di waktu Fathul Makkah, tetapi tidak saat risalah Rasulullah s.a.w dicemuh dan dikeji, diwaktu baginda dipulaukan oleh kaum Quraisyh. Mereka yang bersikap sedemikian, saya kira, begitu mudah dipengaruhi oleh suasana. Kadar iman mengikut suasana. Saat kesempitan, mereka menghindar, atau malang sekali menundingkan jari menyalahkan keadaan sekeliling. Berputus asa dan mudah dikuasai oleh emosi dan perasaan. Bersikap sebegini pasti tidak mampu membawa kita mengemban beban syahadah yang berat ini.

Oleh itu, sebagai mereka yang bercita-cita untuk menyembuhkan penyakit ummat ini, jadilah kita seorang yang proaktif dalam menyeru manusia mengenali Tuhannya. Menjadi proaktif, ialah menjadi menjadi mereka yang mencari dan mencipta peluang dan ruang. Mereka yang berjiwa besar, dimana kemahuan mengatasi segalanya. Mereka itu memahami bahwa seluruh alam akan turut bersama-sama mereka walaupun manusia menolak seruan mereka. Mereka yang hidup berorentasikan Allah, dimana Allah motivasi tertinggi mereka. Biarlah manusia menghindar dan menyakiti mereka, kerana seluruh tumpuan kehidupan mereka hanyalah untuk memenangkan agama ini.

Seperti mana Rasulullah saat baginda diamanahkan untuk menyampaikan seruan islam. Baginda memikul beban da'wah yang berat kerana Allah menjanjikan islam sebagai rahmatan 'alamin ( 21:107) .Namun begitu, baginda tidak putus asa dalam menyeru kaumnya walaupun melihat kefasadan ummat ketika itu. Baginda mencipta peluang untuk manusia mengenali Allah sebagai satu-satunya ilah walaupun mereka dikelililingi berhala Latta dan Uzza. Sikap assobiyyah kaum Quraisyh pada saat itu tidak pernah mematahkan kemahuan Rasulullah untuk menyampaikan kalimah Allah. Sekiranya baginda tidak bersikap proakif dalam menyeru manusia kembali kepada Allah, niscaya cahaya islam tidak akan pernah sampai kepada kita.

Dan lihat sahaja saat Siti Hajar ditinggalkan keseorangan bersama Nabi Ismail yang masih dalam kendongan. Berada di tanah tandus yang tidak punya apa-apa tidak pernah menjadi persoalan besar buat Siti Hajar lantaran sikap proaktif yang dimilikinya. Beliau menghindari sikap reaktif yang hanya menyalahkan orang lain atau suasana sekelilingnya. Beliau terus berusaha dan bersabar, berlari-lari dari Bukit Safa ke Marwah tatkala mendengar tangisan anaknya. Dek kerana usaha dan kesabarannya, bumi barakah Makkah menjadi subur dan terpilih menjadi tanah kelahiran khatimul anbiya, penutup para nabi.

Mereka yang proaktif juga berjiwa kuat. Bercita-cita besar dalam rangka menyampaikan seruan islam. Utbah bin Nafiq, misalnya, sanggup mengharungi lautan semata-mata untuk menyampaikan kalimah al-haq, sehinggakan air di lautan berada di paras leher kuda beliau.

"Sekiranya ada manusia di tanah di seberang sana, niscaya akan ku sampai ke sana. Demi syahadah ini"

Dan juga Mus'ab bin Umair. Duta yang dihantar ke Madinah untuk mengajar
tentang islam kepada penduduk disana. Bersikap proaktif, tidak pernah ada suatu pintu pun di kota Madinah yang terlepas dari menerima kunjungan Mus'ab untuk mereka mendengar ajaran agama ini.

Kita bulih memilih samada untuk menjadi proaktif atau reaktif dalam da'wah. Menjadi mereka yang mencetuskan sesuatu (the initiator) atau hanya memerhati (the observor). Pilihan terletak ditangan kita. Tepuk dada, tanyalah iman. Kerana iman kita berkadar langsung dengan da'wah kita. Iman yang utuh dan mantap pada Allah pastinya akan memacukan langkah kita lebih laju dalam medan da'wah. Semuga kita sentiasa tergolong dari kalangan mereka yang proaktif, mencari dan mencipta peluang dan ruang, agar manusia kembali mengenali hakikat sebenar deen ini.

Dan saya selalu memuhasabah diri, sekiranya mereka yang terdahulu dari saya tidak bersikap proaktif, maka saya akan terus-terusan kekal dalam jahiliyyah dan tidak mengenali hakikat islam yang sebenar. Maka, adilkah saya untuk menidakkan sikap proaktif, lantas menutup peluang bagi generasi hadapan untuk memahami deen ini?? Tentu sekali tidak adil. Maka, bersikap proaktiflah dalam da'wah, agar kita mampu menyuluhkan cahaya buat generasi akan datang.

"Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutuskan di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan pada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata" (3:164)

ISK oh ISK
Monday, November 10, 2008 | Author: hidden_fareha
Assalamualaikum wbt

Segala puji bagi Allah S.W.T, selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w., ahli keluarga baginda, para sahabat dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga ke hari kiamat.

Demi Dzat yg jiwaku digenggamanNya. .

Aku berlindung dari bisikan syaitan yang direjam...
______________________________________________________________________________________________________________

"Sharing experience with overseas students"

Poster hitam putih itu menarik perhatianku. Walaupun jelas tertera pelajar2 yg terlibat kebanyakkanya datang dari bumi peti sejuk, UK, aku merasakan itulah suatu peluang yang terbaik utk mendapat serba sedikit gambaran ttg kehidupan dan pembelajaran di luar negara. Maklumlah, hanya tinggal lebih kurang setahun aku bakal menjejakkan kaki ke bumi kiwi.

"Esok ke??, ada latihan drama pule, takpelah. Singgah kejap, ok kot..."

Sejurus sahaja aku menjejakkan langkah ke surau itu, ku lihat lautan manusia asyik menumpukan perhatian.

"Apa beza islam huruf besar dan Islam huruf kecil??" tanya pembentang yang kukira salah seorang dari pelajar lepasan luarnegara. Soalan itu mula mengetuk pintu hatiku. Perbezaan yang bagaimana. Aku cuba memandang dari sudut bahasa.

"Hmm.... beza huruf lah kot" bisik hati kecilku.

"Islam huruf kecik adalah kata kerja. Manakala huruf besar kata nama. Kalau kita mengaku kita melaksanakan apa shj yang Allah perintahkan, kita islam huruf kecik lah. Kalau tidak, hanya pada nama. Cuba lihat Al-Baqarah 2:131, perkataan "aslama" asal perkataan islam, maksudnya tunduk dan patuh dari segi bahasa arab, ia kata kerja. Bermaksud islam itu bukan sekadar nama, tapi mesti terlihat pada perbuatan, tingkah laku dan kerja seharian kita." panjang lebar pembentang dihadapan menjelaskan maksud perkataan islam kepada kami.

Hatiku mula tertarik. Setiap butir penjelasan itu masuk akal. Malah merujuk sendiri kepada Al-quran. Maksud islam itu tunduk dan patuh. Nabi Ibrahim mengatakan beliau tunduk dan patuh pada Rabbul 'alamin. Begitu juga dengan keturunan selepasnya. Bagaimana pula dengan aku???

Disebabkan aku terlibat dengan sebuah pementasan (saat jahiliah yg lampau), aku tidak dapat mendengar habis pembentangan dari pelajar luar negara itu. Oh ya, tajuk pembentangan itu ISK, Ini Sejarah kita.

Bermulalah sebuah cerita. Aku dan Ini Sejarah Kita....
____________________________________________________________________________________________________________

Itulah permulaan bagaimana saya dikenalkan dengan ISK. Ini Sejarah Kita. Dan saya kira setiap dari kita pasti segar dalam ingatan bagaimanakah pintu hidayah diketuk dengan memahami sejarah kita, sejarah umat islam. Bukan itu sahaja, secara jujurnya, saya melihat dengan lebih jelas lagi bagaimanakah hubungan saya dengan Allah yang sepatutnya. Solely to be His abid (51:56) and caliph (2:30). Apakah tujuan hidup kita di dunia ini, sebagai umat islam dan seorang manusia. Bagaimanakah islam itu sampai kepada kita hari ini dan bagaimanakah pengorbanan mereka yang terdahulu dari kita.

Respon saya kepada thread forum itu?? Mengenai ISK yang diperkatakan. ...

Bersabarlah.. Bersabarlah... Bersabarlah...

Rasulullah dahulu pun dihina, dicaci, difitnah sebagai penyair dan ahli sihir. Zaman ini zaman fitnah. Islam akan sentiasa menjadi dagang. Bahkan berkata tentang islam itu turut menjadi dagang. Maka tidak perlulah kita bersedih atau benci pada mereka yang melemparkan pelbagai tuduhan. Dan saya kira akhawat sekalian tentu jelas apakah tujuan kita mengISKkan org. Tujuan kita bukanlah untuk mengkayakan ilmu pengetahuan sejarah mereka. Bukan juga untuk kelihatan hebat. Dan tentu sekali bukan sebagai one form of medan ilmu, dimana kita memperdebatkan kesahihan fakta2 sejarah. Kita hanya mahu mereka lihat dengan jelas tentang tanggungjwab mereka as a muslim. Memberi ruh kepada mereka. Dan kesedaran itu yang perlu kita suntik dan bina. Kita mahu membina kembali iman kita dan iman mereka. Dan saya kira orang yang melihat ISK dari sudut ilmu atau fakta2 sejarah, tentu sekali akan lacking dari sudut ini. Iaitu untuk melihat dengan mata hati. Pernah sekali saya memperkatakan ttg ISK dalam usrah saya disini, dan salah seorang ank usrah sy memberitahu ttg pandangan kwnnya berkenaan ISK. (ini benar terjadi)

"Tapi kita bulih lihat sejarah melalui pelbagai sudut. Dari sudut org yg berkaitan ataupun org luar. Dan sejarah tadi hanyalah melihat dari sudut diri sahaja, which perhaps...might be biased"

Dan jawapan saya....

"Benar.. tapi lihat dahulu siapa diri kita?? If we see ourselves as a muslim, kita akan merasa hak kita atas sejarah yang diperkatakan. Melihat sejarah itu sebagai sebahagian dari kita. Tapi bila mana ia tidak berlaku, tanyalah iman kita. Sejauh manakah sensitiviti kita as a muslim???? Adakah sirah Rasulullah itu bukan sebahagian dari kita?? Bukankah Abu Bakr, Umar, dan Bilal itu saudara kita???"

Akhawat Fillah,

Kita akan terus diuji. Diuji dengan apa yang kita imani. Itu janji Allah yang termaktub dalam kalamNya yang agung (29:2). Maka, anggaplah perkara ini sebagai sebahagian dari ujian keimanan. Untuk Allah membersihkan saf-saf orang mukmin dan juga membersihkan hati kita. Sebagai mereka yang mengakui diri sebagai da'ie, adakah kita akan jadi cepat melatah? Adakah kita akan menjadi orang yang ragu-ragu? Adakah kita mula mempersoalkan itu dan ini. Dan apakah yang sebenarnya kita pertahankan? ?? Bimbang-bimbang sekali, kita terpedaya dan merasa gah dengan ISK kita (nauzubillah) . Dan yang utama sekali, tanyalah diri kita. Tanyalah iman kita.

Ingatkah kalian tentang peristiwa Isra' dan Mikraj? Peristiwa di mana Allah memisahkan mukmin dan munafiq. Peristiwa dimana Baginda diangkat ke sidratulmuntaha, dari Masjidilharam melalui Masjidil Aqsa. Suatu perkara yang tidak masuk dek akal. Impossible. Tapi siapakah yang utuh imannya bila dikhabarkan berita tentang peristiwa Rasulullah itu. Abu Bakar...Tidak bergoncang sedikit pun iman beliau.

"Sekiranya Muhammad mengatakan sebegitu, aku percaya. Dan aku membenarkannya" .

Jangan pula kita tergolong di kalangan mereka yang tidak mengakui kebenaran. Merasa ragu-ragu. Bergoncang keimanan apabila mendengar suatu perkhabaran...lantas menjadi mereka yang tertapis (nauzubillah) ...

Bagaimana pula dengan iman kita? Baru sedikit kita dikejutkan dengan salah faham tentang ISK, timbul keraguan. Belum lagi soal akidah dan sebagainya. Sama-samalah kita berdoa agar Allah menetapkan hati kita dalam agamaNya. Muga kita terus teguh dengan apa yang kita percaya.

Jadilah kita seperti Abu Dzar...bila mendapat islam, beliau terus mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan orang-orang kafir Quraisy. Keberanian Abu Dzar ini selayaknya menjadi contoh kepada kita. Walau ditindas, kekejaman dan penganiyaan itu tidak akan melemahkan semangat beliau untuk terus mengucapkan dua kalimah syahadah.

Bagaimana pula dengan kita???

Walau dituduh sebegitu rupa, doa kita agar ia tidak akan melemahkan hamasah kita utk terus tetap dengan apa yang kita imani, da'wah ini....

Berada diluar negara, banyak lagi "sok sek" yang saya kira bulih sedikit demi sedikit memudarkan kita dari cinta kita kepada da'wah ini. Tentang ISK, tentang usrah dsb. Pernah sekali saya mendengar sendiri dari kwn sy (yg belajar di nz), ttg salah faham mereka ttg ISK. ISK diibaratkan mereka sebagai suatu company, pertubuhan atau syarikat barangkali. Dinaungi oleh engineer utk pelajar2 luar negara. Bila saya menanyakan ttg apa kandungan ISK, jelas sekali yang beliau tidak tahu apa2 pun mengenainya. Malah tidak pernah pun attend any program yang related dengan 'ISK company' ni..Saya bertanya pada diri sendiri, mengapa hal sedemikian terjadi. Bersikap untuk bersangka baik, saya kira ada pihak yang mungkin cuba menglamerkan ISK... Allahualam.. .

Akhawat Fillah,

Peristiwa ini juga pastinya salah satu proses pembersihan hati kita selama berada di jalan ini. Bukanlah ISK yg sepatutnya dipertahankan, kerana ia hanya sebuah tajuk.. Tapi yang kita pertahankan adalah islam kita. Iman kita pada da'wah ini. Berbaliklah pada niat asal kita :) InsyaAllah.. . (peringatan untuk diri saya sendiri, yang membaca tidaklah lebih dekat dari yang menulis sendiri)

Sekiranya saya tersalah dalam berbicara, maka tegurlah saya... muga memberi manfaat pada ummat... :)

Muga peristiwa ini menjadikan kita lebih matang dalam meniti jalan ini.. matang dalam da'wah ilahi..

Sayang antunna kerana Allah...

Muga kita dipertemukan kelak dalam keadaan yang terbaik untuk agama ini...Biiznillah. ..

Salam sayang,

Fareha, yang masih berusaha...

"Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap harta dan dirimu. Dan juga kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak dan menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan" 3:186