Aku dan Ini Sejarah Kita [part II]
"Nanti datang tau, akak tu suruh ajak semua datang. Bulih sharing2 experience masa dia belajar di oversea dulu"
Aku hanya mengangguk sambil memandang wajah sahabatku yang beriya-iya mengajakku untuk bertemu dengan kakak yang dikatakan itu. Terasa hati berbelah bagi. Tidak tahu apakah keputusan yang terbaik yang wajar aku ambil pada saat itu.
"Alaa, nanti aku pergi jua oversea tu.. nak pergi atau tak...hmmm..." bisik hati kecilku, mencuba untuk berdalih.
"Errr...senior kita, Kak Lina ada tak nanti?" tanyaku kepada sahabatku itu.Masih berkira-kira untuk memenuhi jemputan itu ataupun tidak.
"Ada2.. haa.. macam tu jomlah.. Kak Lina pun ada nanti" balas sahabatku sambil tersenyum lebar.
Mengenangkan Kak Lina, senior yang aku hormati akan turut sama hadir, aku bersetuju untuk menerima ajakan sahabatku. Langkah ku atur kemas menuju ke lokasi pertemuan sharing session itu. Dari jauh ku lihat susuk tubuh kecil setia menanti kedatangan kami.
"Apa khabar adik-adik yang comel..." katanya memulakan bicara.
Disini, segalanya bermula...
________________________________________________________________________________________________________________
Segala puji hanya bagi Allah S.W.T, rabb sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia, Rasulullah s.a.w., ahlul-bait baginda, para sahabat dan mereka yang membawa obor deen ini sehingga ke hari kiamat.
Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.
Dalam mengharungi kehidupan ini, kita sentiasa diberi pilihan. Life is about choosing and making decision. Islam itu jua satu pilihan, kerana kita dikurniakan hati dan akal untuk memilih antara islam atau jahiliyyah. Memilih antara al-haq dan batil. Malah dalam Al-quran sekalipun, Allah merakamkan perihal jiwa yang sentiasa diberi dua pilihan, sama ada untuk memilih jalan ketakwaan atau jalan kefasikan (91:8). Kita diberi pilihan untuk meniti jalan para nabi dan solihin atau jalan para taghut (apa sahaja yang membawa kita kepada selain dari Allah S.W.T.). Maka, sekiranya kehidupan kita diberi peluang untuk membuat pilihan, apatah lagi dalam da'wah yang kita laung-laungkan sebagai hayah (kehidupan) kita.
Apakah yang dikatakan sebagai pilihan dalam da'wah??
Dalam kita menyeru manusia untuk kembali mengenali hakikat sebenar ubudiyah dan khalifah, kita diberi peluang untuk memilih gagasan untuk mara menjadi proaktif atau sebaliknya, menjadi reaktif. Dalam erti kata yang lain, setelah melihat jatuh bangkitnya ummat ini, adakah kita menjadi mereka yang hanya melaungkan kemarahan atas hakikat jahiliyyah yang berleluasa atau menjadi mereka yang mula mengorak langkah untuk memberi sumbangan kepada ummat. Sekadar amarah, omong kosong, tangisan demi tangisan, tanpa sebarang tindakan tidak akan mampu mengubah dunia. Seperti matahari yang terbit dan terbenam mengikut aturan yang ditetapkan, begitu juga dengan agama ini. Agama ini tertegak mengikut sunahtullahnya.
"Maka sekali-kali kamu tidak akan mendapat penggantian bagi sunah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunah Allah itu" (35:43)
Sunah agama ini ditegakkan melalui usaha manusia. Masakan tidak, nyata sekali Allah mengutuskan para Rasul untuk mengajarkan manusia hakikat rabbani. Secara fitrahnya, manusia punya perasaan bertuhan dan naluri kehambaan, tetapi mereka perlu diajar kepada siapakah fitrah itu perlu disalurkan. Maka, rasul diutuskan, dan kita sebagai pewaris para nabi, turut memikul tanggungjawab ini. Mengajar mereka yang terdinding dari kebenaran islam. Kerana, kadar kepedulian kita terhadap nasib agama ini berkait rapat dengan persoalan keimanan. Iman yang lemah tidak akan mampu untuk memikul beban menyembuhkan ummat yang semakin tenat, ummat yang dihina dan diinjak-injak sewenang-wenangnya oleh kuffar terlaknat.
Mengetahui hakikat hilangnya ketuanan islam diatas muka bumi ini, adakah kita, yang bersaksi Allah sebagai ilah dan rabb, adakah kita, yang membenarkan risalah Rasulullah s.a.w. hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri? Atau dengan enakknya mengatakan,
"Alaa.. aku tak mampu berbuat apa-apa. Itukan dah nasib mereka"
"Mereka yang berperang, bukan kita. Tak payahlah nak memandai-mandai."
"Saya tak bulih...kemampuan saya terbatas, tiada siapa yang menyokong saya"
Sekiranya inilah bahasa dan reaksi kita, maka kita tergolong dikalangan mereka yang memilih untuk bersikap reaktif dalam da'wah, dalam mempertahankan islam. Mereka yang hanya mampu duduk memerhati dan menunggu keajiban datang dengan sendirinya. Seperti majoriti penduduk jazeerah Arab yang berbondong-bondong menerima islam hanya saat islam mendapat kemenangan dan kekuatan di waktu Fathul Makkah, tetapi tidak saat risalah Rasulullah s.a.w dicemuh dan dikeji, diwaktu baginda dipulaukan oleh kaum Quraisyh. Mereka yang bersikap sedemikian, saya kira, begitu mudah dipengaruhi oleh suasana. Kadar iman mengikut suasana. Saat kesempitan, mereka menghindar, atau malang sekali menundingkan jari menyalahkan keadaan sekeliling. Berputus asa dan mudah dikuasai oleh emosi dan perasaan. Bersikap sebegini pasti tidak mampu membawa kita mengemban beban syahadah yang berat ini.
Oleh itu, sebagai mereka yang bercita-cita untuk menyembuhkan penyakit ummat ini, jadilah kita seorang yang proaktif dalam menyeru manusia mengenali Tuhannya. Menjadi proaktif, ialah menjadi menjadi mereka yang mencari dan mencipta peluang dan ruang. Mereka yang berjiwa besar, dimana kemahuan mengatasi segalanya. Mereka itu memahami bahwa seluruh alam akan turut bersama-sama mereka walaupun manusia menolak seruan mereka. Mereka yang hidup berorentasikan Allah, dimana Allah motivasi tertinggi mereka. Biarlah manusia menghindar dan menyakiti mereka, kerana seluruh tumpuan kehidupan mereka hanyalah untuk memenangkan agama ini.
Seperti mana Rasulullah saat baginda diamanahkan untuk menyampaikan seruan islam. Baginda memikul beban da'wah yang berat kerana Allah menjanjikan islam sebagai rahmatan 'alamin ( 21:107) .Namun begitu, baginda tidak putus asa dalam menyeru kaumnya walaupun melihat kefasadan ummat ketika itu. Baginda mencipta peluang untuk manusia mengenali Allah sebagai satu-satunya ilah walaupun mereka dikelililingi berhala Latta dan Uzza. Sikap assobiyyah kaum Quraisyh pada saat itu tidak pernah mematahkan kemahuan Rasulullah untuk menyampaikan kalimah Allah. Sekiranya baginda tidak bersikap proakif dalam menyeru manusia kembali kepada Allah, niscaya cahaya islam tidak akan pernah sampai kepada kita.
Dan lihat sahaja saat Siti Hajar ditinggalkan keseorangan bersama Nabi Ismail yang masih dalam kendongan. Berada di tanah tandus yang tidak punya apa-apa tidak pernah menjadi persoalan besar buat Siti Hajar lantaran sikap proaktif yang dimilikinya. Beliau menghindari sikap reaktif yang hanya menyalahkan orang lain atau suasana sekelilingnya. Beliau terus berusaha dan bersabar, berlari-lari dari Bukit Safa ke Marwah tatkala mendengar tangisan anaknya. Dek kerana usaha dan kesabarannya, bumi barakah Makkah menjadi subur dan terpilih menjadi tanah kelahiran khatimul anbiya, penutup para nabi.
Mereka yang proaktif juga berjiwa kuat. Bercita-cita besar dalam rangka menyampaikan seruan islam. Utbah bin Nafiq, misalnya, sanggup mengharungi lautan semata-mata untuk menyampaikan kalimah al-haq, sehinggakan air di lautan berada di paras leher kuda beliau.
"Sekiranya ada manusia di tanah di seberang sana, niscaya akan ku sampai ke sana. Demi syahadah ini"
Dan juga Mus'ab bin Umair. Duta yang dihantar ke Madinah untuk mengajar tentang islam kepada penduduk disana. Bersikap proaktif, tidak pernah ada suatu pintu pun di kota Madinah yang terlepas dari menerima kunjungan Mus'ab untuk mereka mendengar ajaran agama ini.
Kita bulih memilih samada untuk menjadi proaktif atau reaktif dalam da'wah. Menjadi mereka yang mencetuskan sesuatu (the initiator) atau hanya memerhati (the observor). Pilihan terletak ditangan kita. Tepuk dada, tanyalah iman. Kerana iman kita berkadar langsung dengan da'wah kita. Iman yang utuh dan mantap pada Allah pastinya akan memacukan langkah kita lebih laju dalam medan da'wah. Semuga kita sentiasa tergolong dari kalangan mereka yang proaktif, mencari dan mencipta peluang dan ruang, agar manusia kembali mengenali hakikat sebenar deen ini.
Dan saya selalu memuhasabah diri, sekiranya mereka yang terdahulu dari saya tidak bersikap proaktif, maka saya akan terus-terusan kekal dalam jahiliyyah dan tidak mengenali hakikat islam yang sebenar. Maka, adilkah saya untuk menidakkan sikap proaktif, lantas menutup peluang bagi generasi hadapan untuk memahami deen ini?? Tentu sekali tidak adil. Maka, bersikap proaktiflah dalam da'wah, agar kita mampu menyuluhkan cahaya buat generasi akan datang.
"Sungguh Allah telah memberi karunia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutuskan di antara mereka seorang rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan pada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka al-Kitab dan al-Hikmah. Dan sesungguhnya sebelum itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata" (3:164)

4 comments:
Fareha...elaborate a little bit about 'mencipta peluang dan ruang'..maceh:-)
to nana dearest...
mencipta peluang dan ruang...
contohnya macam cerita di atas. hehe
bulih ke?
*wink*
owh..itu maksud awk..ok..:-)
Salam Kak Fariha. Article akak dalam blog ni best.Pasal ISK pun ada. Ia mnjadi panduan kpd Yana utk mentarbiyah diri sendiri..
-YANA MRSMPC