Sebuah Kota
Thursday, August 19, 2010 | Author: hidden_fareha

Kata mereka : Kamu dah tua. Tak perlu bersusah payah. Biar kami sahaja yang menguasai kota itu.


Kata dia :Tidakkah kamu pernah mendengar perintah ini?

Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui"
(Tawbah, 9:41)

***

Dia tidak pernah tertinggal daripada menyertai mana-mana peperangan sejak zaman Rasulullah s.a.w hinggalah ke zaman pemerintahan Mu'awiah. Melainkan beliau dipertanggungjawabkan dengan tugas lain.

***

Beliau telah tua dan umurnya menjangkau senja. Namun ini tidak pernah menghalang beliau untuk menempuh kepayahan mengharungi samudera demi berperang di jalan Allah.

Beliau rindu mendengarkan derapan kuda pemimpin yang di sebut-sebut oleh Baginda...

Beliau rindu melihat cahaya islam menyinari Kota Constatinopel...

Dan akhirnya, beliau syahid di atas kuda perang dan disemadi di balik tiang-tiang kota gergasi itu...

***

Abu Ayubb Al-Ansari meluru laju dicelah2 kesibukan kota Constatinopel

***

"Bila mana jiwa dapat mengalahkan uzur"




|
This entry was posted on Thursday, August 19, 2010 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On August 19, 2010 at 8:27 PM , Anonymous said...

sebab tu lah nama JGE4405 tu Abu Ayyub Al-Ansari.:D

meski tua, tetapi tetap mahu berjuang

pemuda, patut rasa malu kepadanya jika banyak sangat beralasan terhadap panggilan ke medan amal

:(