Tidak menakutkan kita akan bilangan kita yang sedikit, atau kita tiada kelengkapan, tetapi yang menakutkan ialah kita lupa diri, dengan itu kita tidak berada dalam keadaan damai dengan Allah.
Kalau kita benar-benar beriman, kita akan menang hanya dengan isyarat telunjuk. Kita tidak mengharapkan hidup ikhlas seikhlasnya sepanjang hayat. Cukuplah jika kita benar-benar ikhlas sejenak, sekadar satu rakaat solat.
Bukan kepintaran membawa kita mencapai matlamat, tetapi tawakal, dan kita berdoa dengan berkata...
"Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang engkau jadikan mudah"
Saling membantu antara sesama mukmin adalah asas kerana dengan merekalah takdir Allah akan berlaku dalam kemenangan.
"Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongannya dan (pertolongan) para mukmin"
(Al-Anfal:62)
Petikan dari: Bencana Fitnah, Muhammad Ahmad Al-Rasyid
Petikan dari: Bencana Fitnah, Muhammad Ahmad Al-Rasyid
1 comments:
Lets sama-sama membantu deh [~_~]
[Maryam:96]