Isyarat Telunjuk
Thursday, February 04, 2010 | Author: hidden_fareha


Tidak menakutkan kita akan bilangan kita yang sedikit, atau kita tiada kelengkapan, tetapi yang menakutkan ialah kita lupa diri, dengan itu kita tidak berada dalam keadaan damai dengan Allah
.


Kalau kita benar-benar beriman, kita akan menang hanya dengan isyarat telunjuk. Kita tidak mengharapkan hidup ikhlas seikhlasnya sepanjang hayat. Cukuplah jika kita benar-benar ikhlas sejenak, sekadar satu rakaat solat.


Bukan kepintaran membawa kita mencapai matlamat, tetapi tawakal, dan kita berdoa dengan berkata...


"Ya Allah, tiada yang mudah kecuali apa yang engkau jadikan mudah"


Saling membantu antara sesama mukmin adalah asas kerana dengan merekalah takdir Allah akan berlaku dalam kemenangan.


"Dialah yang memperkuatkanmu dengan pertolongannya dan (pertolongan) para mukmin"
(Al-Anfal:62)


Petikan dari: Bencana Fitnah, Muhammad Ahmad Al-Rasyid

Adil
Tuesday, February 02, 2010 | Author: hidden_fareha

Bagaimanakah yang dikatakan adil menurut pandangan kamu?


Dalam kamus manusia, adil ertinya apabila 2 pihak mendapat bahagian yang sama banyak...

Maksudnya???

Sekiranya sebiji epal dibelah dua, maka sebahagian untuk kamu, sebahagian untuk saya...




Tetapi, itu erti adil pada pandangan manusia, sedangkan bagi Allah S.W.T,



...Adil ertinya...
...Meletakkan sesuatu pada tempatnya...


Maka

Sekiranya di suatu tanah atau daerah...
kamu keseorangan....

bukan berdua.. bukan bertiga... bukan beramai...
Jangan pernah mengeluh dan resah...
Kerana Dia Maha Adil...
Dia sedang meletakkan kamu pada tempatnya...


Dan Allah Maha Mengetahui kesan dan hikmah suatu ketetapan.

Itulah adil bagiNya..




Mode: Sedang belajar dan beriman...

Allah yaseer walatu aseer..