Summer oh Summer
Saturday, October 17, 2009 | Author: hidden_fareha
Janganlah kamu memandang enteng perkara-perkara yang kecil.
Sesungguhnya gunung itu terbina dari batu-batu halus...

***

Jom... best jadi musafir ni, mana tahu...untung-untung Allah kurniakan syahid... cuma saya kurang pasti.. ada ke orang yg sudi berjaulah sebegitu... saya bimbang tiada siapa yang nak ikut serta sebab susah dan perlu banyak tadhiyah (pengorbanan) dan mujahadah (kesungguhan)...

Besarnya thumuhat... betul ke nak teruskan perjalanan tu??

Mesti lah..cita2 kita kan besar.. kata nak gapai Ustaziatul Alam... pernah dengar kata-kata Sir Iqbal?

"Jangan biarkan perkara yang kecil menghalang cita-citamu yang besar"

Menarik. Tapi saya tak sure orang bulih commited atau tidak... sebab plan ni sangat mencabar...

Hanya Allah kita sandarkan segalanya.. Dan kekuatan itu pun darinya, bukankah begitu?? Serasa seperti Perang Tabuk. Masa inilah akan diuji total komitmen seseorang pada perjuangan ini.

Kenapa?

Pernah dengar kisah Perang Tabuk?? Sewaktu peperangan itulah Allah menilai iman seseorang. Untuk lihat kesanggupan berkorban dan berusaha berjuang untuk agama...

Ceritalah....

Peperangan ini merupakan peperangan terakhir yg disertai oleh Rasulullah s.a.w..pada 9 Hijrah. Cuba bayangkan..sewaktu itu, berapakah umur Rasulullah s.a.w.? Saat awal menerima wahyu, baginda berumur 40 tahun, da'wah di Makkah 13 tahun dan di Madinah ketika itu, 9tahun...

Lebih kurang 62 tahun....

Dan dalam umur sebegitu.. Rasulullah s.a.w. masih pergi berperang..sedangkan kita?? 22 tahun?? 23 tahun??? nak pergi daurah pun masih melekat ke tanah...

Hmmm...

Perang ini berlaku di sebuah tempat yang bernama Tabuk dimana org islam ketika itu terpaksa berhadapan dengan tentera Rom yang punya kelengkapan ketenteraan yang sangat hebat dan bilangan yang sangat ramai..

Dan bayangkan.. ketika Perang Tabuk berlaku, waktu itu musim panas, musim menuai kurma yang sedang masak dan perjalanan ke Tabuk sangat-sangat jauh dari kota Madinah. Perjalanan ke sana pergi dan balik sahaja mengambil masa 30 hari. Keseluruhan peperangan 50 hari dan ia bermula dari Rajab hinggalah ke Ramadhan...

Sebab itulah jua Rasulullah s.a.w mempersiapkan tentera-tentera muslimin dengan mengkhabarkan terlebih awal tentang peperangan ini berbanding peperangan-peperangan sebelum ini. Being a very wise leader, Rasulullah s.a.w has mentally prepared his companians so that there won't be any excuse to withdraw from the battle...

Pasukan tentera sewaktu peperangan ini di gelar Jaisyul-Usrah (pasukan yang keadaannya sulit) kerana jumlah pasukan yang sangat besar (30 ribu prajurit), tetapi persiapan dan bekalan ketenteraan tidak mencukupi. Walaupun Abu Bakar r.a menginfaqkan keseluruhan hartanya, Umar al-Khattab menginfaq sebahagian hartanya, tidak terkecuali Abdurrahman bin Auf, Al-Abbas, Talhah, Sa'ad bun Ubadah, Muhammad bin Maslamah, Ashim bin Ady dan juga para wanita yang menyerahkan harta perhiasan milik mereka, masih tidak mampu menampung jumlah tentera yang berangkat ke Tabuk. Ada para sahabat yang ingin turut serta tetapi tidak mempunyai apa-apa untuk di infaqkan. Mereka berjumpa Rasulullah s.a.w dengan air mata yang bercucuran.

"Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu supaya kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata, "Aku tidak memperoleh kenderaan untuk membawamu", lalu mereka bercucuran air mata kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka nafkahkan"
(At-Tawbah, 9:92)

Betapa susahnya keadaan sewaktu Perang Tabuk sehinggakan tentera islam terpaksa makan dedaunan untuk membasahkan bibir dan berkongsi jatah satu ekor unta seramai 18 orang. Lihatlah kesungguhan mereka yang benar imannya... Mereka tidak akan pernah rasa ragu-ragu bila seruan jihad di laungkan. Dan pada yang tidak dapat ikut serta, mereka merasakan kerugian dan sedih yang teramat.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar"
(Al-Hujurat, 49:12)

Sepertimana Ali r.a. saat bilamana Rasulullah s.a.w. menyuruhnya untuk tinggal di Madinah untuk menjaga perihal keluarga yang berada di kota itu dan juga untuk memerhatikan tingkah laku orang-orang munafik. Tetapi dek kerana keinginan yang kuat untuk ikut berperang, Ali menyusul mengikut tentera-tentera muslimin. Sehingga Rasulullah s.a.w. menyuruhnya kembali untuk kembali ke Madinah, sambil bersabda,

"Apakah kamu tidak ridha jika kamu disisiku seperti kedudukan Harun di sisi Musa? Hanya sahaja tidak ada nabi sesudahku"

Kemudian, tentera islam pun menuju ke Tabuk. Tinggallah 80 orang munafik yang tiada iman di hati di Kota Madinah, bersama-sama 3 orang sahabat yang hebat tetapi ditakdirkan Allah ketika itu futur, agar menjadi pengajaran buat kita pada hari ini. Siapa sahabat itu??

Hmm...oh, Kaab bin Malik..

Lagi?

Erm...Hilal bin Umayyah dan Mararah bin Rabi...

Betul...Tepat sekali. Perang Tabuk ini tidak jadi berlaku pun sebenarnya. Tetapi Allah S.W.T mentakdirkan sedemikian untuk menguji iman hamba-hambaNya. Agar tampak siapa
yang tidak ragu-ragu berjihad di jalanNya.. berkorban dan bersabar..Dan tak melekat pada dunia...

"Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu, Berangkatlah pada jalan Allah. Kamu merasa berat dan ingin tinggal di tempatmu? Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan di akhirat) hanyalah sedikit"
(At-Tawbah, 9:38)

Berlakulah penapisan iman. Peristiwa ini mengajar kita bagaimanakah saat berhadapan dengan kondisi iman yang lemah dan futur, yang bertangguh untuk jihad fi sabillilah. Seperti Kaab bin Malik. Agar ia menjadi ibrah buat kita yang masih bertatih meniti jalan da'wah ini.

Walaupun berkemampuan, Kaab bin Malik menangguh-nangguhkan untuk menyahut semboyan jihad. Sehinggalah angkatan Rasulullah s.a.w telah berangkat dan Kaab terlepas dari mengikut peperangan terakhir itu. Sedangkan Kaab merupakan salah seorang yang ada ketika Baiah Aqabah. Sejurus selepas kepulangan Rasulullah s.a.w., Kaab terus berjumpa baginda. Orang-orang munafik mencipta pelbagai alasan, tetapi Kaab berterus terang dengan baginda walaupun beliau mampu untuk berdusta untuk mengelakkan kemarahan Rasulullah s.a.w.

"Sesungguhnya wahai Rasulullah, demi Allah jika aku duduk menghadap ahli-ahli dunia nescaya engkau dapati aku mampu menghilangkan kemarahannya dan aku dimaafkan. Aku diberi kemampuan untuk berhujah. Tetapi demi Allah, sesungguhnya aku ketahui bahawa jika aku bercerita dusta kepada engkau di hari ini dengan tujuan mendapat keredhaan engkau, aku bimbang akan kemurkaan Allah. Dan jika aku menceritakan kepada engkau dengan cerita sebenar maka aku mengharapkan darinya akan balasan Allah tentang itu. Demi Allah, sesungguhnya aku tidak mempunyai keuzuran apa-apa. Aku sihat (kuat) dan mempunyai kemampuan (kemudahan) di ketika itu"

Jelas Kaab mengharapkan keampunan dari Allah dan RasulNya.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Memang benar kata-katamu, bangunlah sehingga Allah menghukumkan perkara kamu ini"

Kaab bin Malik dan 2 orang sahabat yang berterus terang kepada Rasulullah s.a.w menerima hukuman pemulauan daripada orang-orang muslim. Allah memerintahkan agar tidak seorang pun bercakap dengan mereka selama mana wahyu tidak turun mengampunkan dosa mereka yang tidak pergi berjihad di jalanNya. Pemulauan tersebut berlaku selama 50 hari. Pada hari ke empat puluh, turun perintah mengasingkan diri dengan isteri-isteri mereka. Kaab kemudiannya, menerima surat tawaran dari orang musyrik, Raja Ghassan untuk berpaling tadah dari islam tetapi Kaab dengan tegas menolaknya lantas membakar surat tersebut. Pemulauan ini berpanjangan sehinggakan keadan bumi menjadi sempit bagi ketiga-tiga sahabat ini. Tetapi dengan iman yang utuh, mereka menerima dengan redha setiap ketentuanNya. Dan dasar iman inilah, Allah W.T mengampunkan dosa mereka meninggalkan jihad.

"Dan terhadap tiga orang yang ditangguhkan (penerimaan taubat) mereka, hingga apabila bumi telah menjadi sempit bagi mereka, padahal bumi itu luas dan jiwa mereka pun telah sempit (pula terasa) oleh mereka, serta mereka telah mengetahui bahwa tidak ada tempat lari dari (siksa) Allah, melainkan kepadaNya sahaja. Kemudian Allah menerima taubat mereka agar mereka tetap dalam taubatnya. Sesungguhnya Allah-lah yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang"
(At-Tawbah, 9:118)

***

Terkadang kita ambil mudah pabila ada seruan-seruan yang membawa kita kepada jalan Allah. Seruan yang mampu menghidupkan hati kita dan menghidupkan hati orang lain. Ambillah ibrah dari kisah Kaab bin Malik dan Perang Tabuk ini. Agar kita sentiasa tsabat dalam perjuangan menegakkan agama ini.

Semoga musim summer ini menjadi musim yang mencambahkan nilai kita disisiNya... dan kita tak terlepas mana-mana seruan fi sabililah seperti mana yang terakam dalam kisah Perang Tabuk ini =)


InsyaAllah...


This entry was posted on Saturday, October 17, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: