Menahan kiamat dengan tangan
Friday, October 09, 2009 | Author: hidden_fareha
Holland


Bahagian barat dan utara Holland merupakan tanah yang berada di bawah paras laut. Oleh itu, tanah ini dikelilingi tembok dan kekincir angin untuk menghalang air laut dari melimpah ke daratan.

***

Suatu hari, sedang enak seorang anak muda menyelusuri jalan di balik tembok yang memisahkan antara daratan dengan lautan, berlakulah sesuatu yang menakutkan. Dia ternampak air mula mengalir di celah-celah tembok besar yang berdiri kukuh itu. Sedikit demi sedikit kelihatan tembok tersebut mula merekah, membenarkan air mengalir tanpa henti-henti. Tanpa berlengah, anak muda itu terus menahan air tersebut. Bimbang-bimbang laluan air yang kecil itu mula membesar lantas menenggelamkan bandar Amsterdam yang penuh dengan tinggalan sejarah dan lautan manusia.

Mereka yang melihat gelagat anak muda itu mula kehairanan. Melihat perbuatan anak muda itu sebagai suatu yang sia-sia dan bersifat sementara. Ada yang tidak yakin dan percaya bahawa anak muda itu mampu untuk menghalang arus air dari terus mengalir. Ada yang tertawa kecil menidakkan kebolehan anak muda itu. Ada pula yang hanya mampu melihat dan berdiam diri semata-mata.

Dan anak muda itu terus bertahan. Menahan dengan kedua tangannya. Hanya semata-mata untuk menyelamatkan apa yang dia percaya.

***

Umat ini tidak mengetahui hakikat bahawa mereka mampu menahan kiamat dengan tangan-tangan mereka. Umat ini tidak meyakini hakikat bahawa yang hak itu hak, yang batil tetap batil. Umat ini tidak menyedari bahawa merekalah yang rugi andai kata mereka tidak termasuk di kalangan mereka yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w sebagai mereka yang berpegang pada kebenaran sehinggalah datang urusan Allah, suatu hari nanti (Hari Kiamat).

***

Maka

Tahanlah kiamat dengan tangan


Berpeganglah kepada sebuah kebenaran

***

"Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku, yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehinggalah datang hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka"
Hadith Sahih Muslim






|
This entry was posted on Friday, October 09, 2009 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: