Malam semakin menjelang. Rasulullah s.a.w merenung tepat kepada tentera-tentera muslimin yang ada bersama baginda. Baginda bersabda,
"Esok, panji ini akan kuserahkan kepada seseorang yang mencintai Allah dan RasulNya, dan Allah dan RasulNya turut mencintai dirinya..."
***
Keesokan hari, dalam penantian, mereka mengerumuni baginda. Berharap dengan amat sangat, agar mereka terpilih untuk menerima bendera tersebut. Masakan tidak, siapa sahaja yang bisa menolak untuk menjadi mereka yang diberi recognition sebagai seorang yang mencintai Allah dan rasulNya dan turut dicintai oleh Allah dan RasulNya.
Dan Rasulullah s.a.w memulakan bicara...
"Dimanakah Ali bin Abu Talib?"
"Wahai Rasulullah, kedua matanya sakit" jawab para sahabat sambil mencari-cari kehadiran sepupu Rasulullah s.a.w tersebut.
Baginda bertemu dengan Ali, lalu diludahi kedua mata tersebut dan baginda berdoa kepada Allah S.W.T. Sejurus selepas itu, kedua mata Ali bin Abu Talib sembuh, seolah-olah ia sama sekali tidak pernah merasakan kesakitan seperti sebelum ini. Setelah itu, baginda menyerahkan panji kepadanya.
"Wahai Rasulullah, aku akan memerangi mereka sehingga mereka sama seperti kita" laung Ali dengan penuh iltizam yang tinggi.
"Jangan terburu-buru. Turunlah di pelantaran mereka, kemudian serulah mereka untuk masuk islam. Beritahukan kepada mereka apa-apa yang harus mereka lakukan dari hak Allah. Demi Allah, tiada yang lebih baik dari Allah memberikan petunjuk kepada seseorang lewat dirimu, daripada engkau memiliki himmar (keldai) yang paling elok" sabda baginda, penuh hikmah.
Dan kemudian, runtuhlah benteng-benteng Khaibar. Satu demi satu. Dan cahaya islam menyinari seluruh alam...

"Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah tetap menyempurnakan cahayaNya meskipun orang-orang kafir membencinya. Dialah yang mengutuskan RasulNya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segala agama meskipun orang-orang musyrik membencinya"

(As-Saff, 61: 8-9)
0 comments: