Puzzle-puzzle islam
Monday, June 29, 2009 | Author: hidden_fareha

“Kenapa puzzle ni tak cukup?” tanya Huzaifah kehairanan.

Mukmin memandang tepat wajah sahabatnya itu. Cebisan puzzle itu memberi ilham kepadanya untuk menceritakan hakikat islam yang sebenar.

“Awak tahu Huzaifah, islam di zaman ini persis seperti puzzle-puzzle yang tidak lengkap ini...” sahut Mukmin sambil memandang tepat cebisan-cebisan puzzle itu. Huzaifah terdiam memikirkan apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu. Timbul seribu satu pertanyaan di kotak pemikiran Huzaifah.

“Saat ini, gambaran terhadap islam terlalu sempit. Islam hanya disinonimkan dengan ibadat-ibadat ritual; syahadah, solat, puasa, zakat, haji.. itu sahaja.. Konteks islam menjadi terlalu sempit, Islam hanya terletak pada nama, hanya di masjid-masjid, atau pada hari-hari dan tempat-tempat tertentu” sambung Mukmin.

“Tapi... bukankah itu yang kita pelajari selama ini?? Apa maksud awak Mukmin? Adakah kalimah syahadah, solat, puasa, zakat dan haji bukan sebahagian dari islam???” tanya Huzaifah yang mula kebingungan.

Mukmin mengambil puzzle tersebut lantas mencantumkannya satu persatu sehingga jelas kelihatan gambaran puzzle tersebut.

“Bukan begitu, cuba awak perhatikan hadith Rasulullah s.a.w, “Terbinanya islam diatas lima pillar; Syahadah, Solat, Puasa, Zakat dan Haji.. cuba awk perhatikan hadith tersebut, islam itu bukanlah kelima-lima perkara tersebut. Tetapi, Rasulullah menggunakan perkataan “bunyya” yang bermaksud binaan, maksudnya islam di bina di atas lima asas ini. Maka, islam ini lebih daripada kelima-lima perkara itu. Islam ini adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan negara ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupun kasih sayang dan keadilan. Ia adalah peradaban dan undang-undang ataupun keilmuan dan hukum-hukum. Ia juga adalah material dan harta benda ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Begitu juga ia adalah akidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibarannya di sisi kita” terang Mukmin dengan panjang lebar.

“Ibaratnya, islam ini seperti rumah atau bangunan. Lima perkara asas itu hanyalah tiang-tiang yang menjadi asas kepada hakikat islam yang sebenar. Tetapi ramai orang lupa, malah jahil tentang hakikat ini. Semuanya disebabkan ‘false impression’ yang di indoktrin oleh musuh-musuh islam. Hakikat islam adalah Deen (cara hidup) di padam dari kamus seorang muslim. Jadilah mereka yang mengambil islam ini separuh-separuh ” sambung Mukmin dengan bersungguh.

Huzaifah merenung panjang. Jelas tampak wajahnya yang mula memahami sedikit-demi sedikit. Sinar wajahnya itu jelas terpancar mendengarkan kata-kata Mukmin.

“Begitu rupanya. Bertepatan dengan Al-Quran, Allah ada menyebut tentang hakikat memasuki islam secara keseluruhan, secara “kaffah”, awak pernah dengar ayat itu??”

“Ayat 208, dalam Surah Al-Baqarah bermaksud,

“Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam secara keseluruhannya dan janganlah kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu” balas Mukmin kepada persoalan Huzaifah.

“Sebab itulah kita perlu ada iltizam dan kemahuan yang tinggi untuk mengambil islam ini secara keseluruhan. Kerana hakikat islam ini adalah syumul, meliputi semua aspek kehidupan” sambung Mukmin lagi.

“Sekarang barulah saya faham erti menjadi full-time muslim. Untuk masuk ke dalam nikmat islam ini dengan sebenar-benarnya dan berusaha untuk mengembalikan kefahaman bahawa islam adalah sistem hidup yang di gariskan oleh Allah S.W.T. Hmmmm.....Nampaknya kerja kita banyak lagi. Takkan ada masa berehat buat kita selagi umat ini belum memahami kepentingan sistem Ilahi” kata Huzaifah sambil memuhasabah diri.

Kedua-dua sahabat itu merenung tepat ke arah puzzle yang bakal membentuk satu gambaran yang indah. Jauh di sudut hati mereka menginginkan bercantumnya cebisan-cebisan islam untuk menggambarkan hakikat sebenar deen ini. Agar tiada fitnah ke atas islam dan agama ini hanyalah semata-mata untuk Allah.


Pencari kebenaran
Friday, June 05, 2009 | Author: hidden_fareha


Dia bukan dari kalangan kami.

Seorang yang mencari dan mencari.

Pencari kebenaran.

Lantas mengingatkan aku kepada Salman al-Farisi.


***


Sedang enak Izzah menghabiskan tugasan university untuk minggu itu, kakaknya bergegas masuk ke bilik. Dicapainya selembar tudung agar kemas menutupi mahkota miliknya itu. Dalam hati, Izzah tertanya-tanya...perihal apa yang berlaku sehingga menyebabkan kakaknya itu tidak senang duduk.

"Kenapa kak?" soal Izzah kehairanan. Kerisauan kakaknya itu menimbulkan tanda tanya kepada dirinya. Izzah yakin, Baitul Rahmah milik mereka itu tidak akan pernah dicerobohi oleh mereka yang berlainan jantina.

"Oh, Jessica datang. Sebab itu akak lekas2 masuk ke bilik...kena cover.." jawab kakaknya sambil tersenyum.

Izzah mengiyakan kata-kata kakaknya itu. Benar sekali. Di bumi dagang ini, setiap batas syariat yang perlu dijaga. Memegang islam disini, ibaratnya memegang bara api. Perlu setiap saat berhati-hati agar baranya itu tidak pernah akan terpadam. Dan Izzah melihat sendiri betapa berhati-hatinya kakaknya itu dalam menjaga islam dalam diri. Walaupun Jessica tetap seorang wanita, batas akidah dan syariat tetap memisahkan mereka. Hijab masih perlu dijaga. Seumpamanya seolah-olah seperti berada dikalangan lelaki ajnabi.


***


Petang itu, aku dan Jessica berbicara panjang. Dari soal pelajaran kepada pengertian sebuah kehidupan. Aku lihat betapa bersungguhnya dia untuk memahami islam. Aku pasti benar soalan-soalan yang terzahir dari bicaranya bukan untuk mematahkan hujah, tetapi hanya semata-mata untuk mencari jawapan kepada seribu persoalan. Aku kira dia sedang dalam pencarian, pencarian kepada sebuah kebenaran.


***


"Jessica... Assalam... eyh, dia bukan muslim... kenapa seakan-akan aku merasai dirinya seperti muslim??? lantas hingga membuatkan hati ini ingin memberi salam kepadanya.." bisik hati kecilku.

Terlintas di hatiku, mungkinkah Jessica ibarat Maryam Jameela? Persis seperti wanita bukan islam yang sudah punya keperibadian muslim, walau dirinya belum mengungkapkan syahadah mengakui kebenaran Islam. Walau tidak terjemah melalui kata mahupun perbuatan, wanita yang dikatakan oleh Syeikh Abu Ala Al-Maududi itu seakan-akan punya cara fikir seperti diri ulama besar itu. Aku mengukir sekuntum senyuman buat Jessica. Jauh disudut hati ku, menginginkan dia merasai kemanisan iman dan islam.


***


Bagaimana harus ku sampaikan kalimah al-haq ini buat dirinya. Bagaimanakah selayaknya aku menunaikan tanggungjawab syahadah al-haq ini ke atas dirinya... Aku berdoa agar Allah membuka hatinya untuk menerima cahaya islam, menyingkap tabir yang mendinding dirinya dari kebenaran. Aku berdoa agar kelak kami sama-sama dapat merasai keindahan hidup di bawah bayangan Al-Quran...


Dan aku melihat dia dari kejauhan...














"Ya Allah, Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat" (1:6-7)

Nak terus berlari dan terbang tinggi
Friday, June 05, 2009 | Author: hidden_fareha




Terus berlari

Walau susah... walau di halang... walau ditentang... walau... (nama kan apa sahaja)

Perjuangan tetap di teruskan...

Kerna...

Kita tak ikut musim...

Kerna...

Kita adalah muslim

(tunduk dan patuh hanya pada Allah)




"Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu suatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu adalah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), dan orang-orang yang meminta-minta; dan memerdekakan hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janjinya apabila ia berjanji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan, dan dalam peperangan.
Mereka itulah orang-orang yang benar (imannya) dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa"
(Al-Baqarah, 2:177)


***


Semoga terus berlari. Nak ikut terbang tinggi???



Musim dingin,
Auckland, NZ, 2009