Hari ini aku berlari dan terus berlari. Agar adik-adikku akan terus tetap berlari...
***
"Akak dekat mana sekarang??"
Aku diam terpaku. Mataku tidak berkerdip memerhatikan detik waktu yang makin berlalu. Janji yang manakah wajar ku berikan kepada adikku yang seorang ini. Bimbang sekali hatinya hampa mengenangkan kami yang jaraknya masih jauh dari balai perlepasan. Kerisauan memenuhi ruang fikiranku. Tidak putus aku berdoa agar pertemuan kami dimusim lalu bukan pertemuan terakhir kami.
"Awak tunggu yaa... kami on the way...sekejap je lagi"
Mengenangkan masa yang masih berbaki sebelum adikku terbang tinggi meninggalkan bumi bertuah ini, menuju medan yang tidak pasti bagaimana pengakhirannya, aku berdoa sepanjang perjalanan. Semuga adikku ini terus tsabat dan diberi kekuatan oleh Allah. Walau adikku merasakan dia bakal mengembara jauh seorang diri, hakikatnya, dia tidak pernah keseorangan. Kerana Allah bersama kita. Malah seluruh alam bersama-sama kita.
Kerisauanku mengenangkan waktu departure yang hampir tiba mula terubat apabila ku singkap kembali apa yang pernah kita sama-sama pernah pelajari suatu ketika dahulu, saat kita mula-mula bertatih mengenal erti hidup dalam perjuangan.
"Masa kan makhluk juga. Ia milik Allah. Jadi tak perlu kita risaukan masa yang kelihatan tidak mencukupi, kerana Dia berkuasa menganugerahkan barakah dengan masa yang kita ada".
Dan aku terus-terusan berdoa agar Allah menganugerahkan barakah atas masa yang berbaki ini. Agar aku sempat memberi lambaian yang terakhir untuknya.
Aku terkenang saat pertama kali bertemu dengan adikku ini. Rindu aku pada pertemuan kita. Makan-makan, tidur dan mengembara bersama. Adikku ini selalu benar mengajarkan aku erti menjaga hati. Dan aku berterima kasih untuk itu. Kamu yang selalu mengingatkan kakakmu ini agar segera memadamkan nota-nota jahiliah dalam kamus kita sebagai seorang daie.
Hatiku mula lega saat menara tinggi itu ternampak dibayangan mata. Kakiku mula melangkah laju menuju ke balai pelepasan.
"Ya Allah, Engkau izinkanlah pertemuan kami ini, agar kami menjadi mereka yang bertemu dan berpisah keranaMu. Agar kami menjadi mereka yang berada di bawah naunganMu tika mana tiada naungan selain dariMu di yaumul masyhar kelak"
Dalam keramaian lautan manusia yang membanjiri balai itu, aku terlihat sosok tubuhnya setia menanti kami.
"Adikkk...."
Aku memeluk erat tubuhnya. Syukur padaMu Ya Allah kerana memberi hadiah pertemuan ini. Dan aku berharap agar kelak kita bertemu lagi. Tiada yang ku sesalkan melepaskan dia pergi. Kerana ku tahu dia pergi dengan misi yang agung, dengan harapan kami yang mengunung.
"Adik, kamu harus tabah. Kita dah janjikan nak jumpa disana... atau yang lebih-lebih kita harapkan, pertemuan kita "disana". Akak pasti rindukan usikan dan tawamu. Janji kita untuk terus tsabat ya..."
Dan kini akak menghadiahkan kamu kata-kata dari seorang yang amat istimewa dihati akak. Saat waktu akak pergi mengembara berseorangan dahulu. Tahun yang sudah. Tiba masanya kata-kata ini akak berikan untuk kamu yang jua istimewa di hati ini....

Ya Allah ...
Kau berkatilah perjalanan adikku
Kau permudahkanlah urusan dia disana.
Semoga dia menjadi jundullah.
Semoga kami dipertemukan semula dalam keadaan yang paling baik
dimana hidup dan mati kami hanya untukMu ya Allah
Selamat berjuang adikku yang dikasihi.
Semoga kau jadi pejuang
Jadilah outstanding untuk Allah...
Salam sayang dari akak...

2 comments:
nak jadi adik akak la..huhu..
adik kpd seorg kakak yg strong.. sy mahu jd mus'ab plymouth..inshaallah..
saya pun nk jd akak.. doakan saya terus kuat dan thabat.. akak dh dgr cerita kami accdnt hr tu? doakan kami terus berjuang dan syahid di jalan Allah..
=) take care kak fareha..