pernahkah kamu terasa seperti kehilangan sesuatu
dan kamu mencari, mencari dan mencari...
suatu kenyataan yang hampir sahaja tidak kamu fahami...
******
Ateh tidak mengerti. Padanya tidak mengerti itu bererti tidak fahamlah. Dan dia teringat kepada kata2 yang berulang kali didengarinya. Kata-kata dari Allah, tentang kefahaman itu datangnya dari hati...dan kamu mencari, mencari dan mencari...
suatu kenyataan yang hampir sahaja tidak kamu fahami...
******
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka mempunyai mata tetapi tidak dipergunakannya untuk melihat tanda-tanda kekuasaan Allah, dan mereka mempunyai telinga tetapi tidak dipergunakannya untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai" (7:179)
pada Ateh,
untuk faham= perlukan hati...
tak faham=tak guna hati...
tak guna hati= ada masalah dengan hati...
ada masalah dengan hati= ada masalah pada hubungan dengan Allah
Ateh merenung jauh ke celah-celah bangunan menerusi tetingkap biliknya. Adakah hatinya bermasalah, atau lebih teruk lagi, menjadi beku?? Dia tidak mahu menjadi seperti yang dicela Allah dan diibaratkan seperti binatang ternak. Mereka itu tidak memahami ayat-ayat Allah dengan hati, malah hidup dibumi sebagai manusia yang lalai.
Ateh bersoal sendiri, tertanya-tanya asbab hatinya itu merasa mula sukar untuk memahami. Bukan sahaja dari sudut akademik, malah bila adanya tazkirah ataupun tausiyah dari sahabat-sahabat seperjuangannya. Dia merasai resistance yang hebat. Seolah-olah ada hijab baginya dalam memahami isi pengisian mahupun mempraktikannya. Dan kini, jarang sekali dia dapat merasai nikmatnya berbicara dengan Allah, ataupun merasai Allah berbicara dengannya menerusi kalam agungNya, al-Quran. Dia rindu perasaan itu, merasai seolah-olah Allah berbicara dengan dirinya. Kosong. Dingin. Itulah hakikat yang dirasainya kini.
Ateh rasa rindu pada perasaan yang dahulu. Saat dia mula-mula mengenali islam yang hakiki. Saat dia mula-mula dikenalkan dengan nilai ukhuwah sejati. Saat dia mula-mula merasai hidup dibawah naungan Al-quran. Dia rasa rindu. Rindu pada kehangatan air mata kerana takutkan dosa. Takutkan akan murkaNya. Dia merindui rasa berharap hanya kepadaNya. Merasai Allah itu segala-galanya. Semua itu sukar sekali dirasainya sekarang. Pasti ada noda-noda hitam yang mula menitik mewarnai merah hati miliknya itu. Ateh mengerti hakikat yang dia jauh dari suasana yang mampu membentuk keperibadiannya sebagai individu muslim, sebagai jundullah. Dia mengerti rasa berjauhan itu,
tapi...
itu bukanlah satu alasan.
Daie itu merubah suasana. Merubah realiti yang ada disekelilingnya. Sekiranya seorang daie itu merasai suasana yang tidak islamik, dialah orang pertama yang sewajarnya memberi nilai islam pada suasana itu. Dia lah orang pertama yang mahukan perubahan dari jahililah kepada islam. Kerana islam itu sifatnya inqilabiah, merubah. Lihat sahaja pada Umar al-Khattab, dan contoh dekat seperti Syed Qutb, hidup mereka berubah 180 darjah saat mengenali islam yang hakiki. Islam merubah mereka dan kemudian, mereka merubah dunia dengan islam.
Ateh cepat-cepat beristighfar, memohon keampunan atas segala khilafnya. Dia mengerti saat merasai kedinginan antara hubungan Pencipta dan makhluknya, ada sesuatu yang perlu dilakukan. Kerna imannya mengatakan Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum, selagi mereka tidak mengubah apa yang ada pada mereka sendiri (13:11). Walaupun seringkali Ateh mendengar ayat ini dikaitkan dengan usaha=kejayaan akademik (lebih2 lagi saat menduduki peperiksaan, hmm..seperti yang dialaminya disekolah dahulu), Ateh lebih percaya tentang perubahan yang yang perlu dilakukan oleh manusia itu melibatkan ketaqwaan yang ada dalam diri. Maka, pada Ateh, jika mahukan perubahan, ubahlah rasa taqwa kepada Allah sebagai al-khaliq, Maha Pencipta.
Allah ubah keadaan manusia= bila manusia ubah apa yang ada dalam diri
dalam diri manusia=ada taqwa
bila ubah taqwa (makin bertaqwa)=Allah akan uruskan segalanya
Ateh beriltizam untuk memulakan revolusi pada dirinya. Mendidik rasa taqwa dalam dirinya. Dan Ateh melafazkan selautan kesyukuran. Selain adanya Allah buat dirinya, dia masih ada mereka yang bersama-samanya dalam perjuangan menegakkan deen ini, mereka yang setia menghulurkan bantuan dan seribu satu nasihat. Mereka yang Ateh kira, Ansarullah, penolong-penolong Allah yang setia menerima diri Ateh seadanya. Mereka itu satu anugerah yang tidak ternilai, syifa' saat Ateh merasa hatinya sakit dan luka... Muga Allah memberkati mereka...
1 comments:
rindu itu anugerah drNya.
moga rindu itu mengukuhkah ukhuwah yg terbina, dan menyemarakkan rasa dakwah tak kira berada di mana.
biar berjauhan jasad, asal langkah kita tak terkebelakang dr mereka.
kita muslim bukan hanya di sisi mereka.
hargai rindu yang ada.