Full time atau part time?
Wednesday, August 20, 2008 | Author: hidden_fareha
Duduk di negara orang, pastinya membuatkan ramai berkeinginan utk bekerja... Maklumlah.. berkerja sebagai seorang 'cleaner' pun mampu memberikan pulangan yang cukup lumayan bagi seorang pelajar... dan kebanyakannya akan cuba-cuba untuk bekerja, tak kiralah full time ataupun part time...

Bercerita tentang full time dan part time, saya terpanggil untk menyingkap kembali erti sebenar menjadi seorang full time muslim.. bayangkan.. dengan bekerja full time, pastinya anda akan memperoleh pulangan yang lebih lumayan berbanding bekerja sekejap2... begitu juga dengan menjadi seorang muslim.. pastinya mereka yang memilih untuk menjadi full time muslim memperoleh lebih berbanding mereka yang sekejap islam, sekejap bukan (eh... macam chips more pule... )

Bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan full time muslim? adakah mereka yang 24/7 duduk di tikar sejadah? atau mereka yang saban tahun mengerjakan haji?

Terlalu sempit konteks hidup seorang muslim sekiranya diukur sedemikan rupa... islam itu sendiri bermaksud "tunduk dan patuh" atau "submission" (2:131). sebagaimana para rasul tunduk dan patuh pada perintah Allah.. sebegitulah kita sepatutnya. bilamana kita mengaku kita seorang muslim, sudah tentu perkara yang utama yang perlu kita laksanakan ialah menyerahkan keseluruhan diri kita, total submission kepada Allah.. tunduk dan patuh atas segala perintahnya...

Analoginya mudah sahaja...
Apa bezanya...

"Saya makan" dan "Saya Makan"

Saya makan (dengan 'm' kecil) menunjukkan perbuatan.. perbuatan yang menunjukkan seseorang sedang makan...

Manakala....

Saya Makan (dengan 'M' besar) hanya menandakan nama sahaja Makan, tanpa jelas perbuatan sedang makan... (kira menipu lah.. sebab kata saya Makan, tapi tak makan pun sebenarnya)

Lalu... bagaimanapula dengan menjadi seorang islam??

Adakah islam kita 'i' kecil atau 'I' besar???

Adakah islam pada perbuatan atau hanya pada nama (mahupun kad pengenalan)???

Sepatutnya perbuatan kita mensahihkan keislaman kita... boleh jadi seseorang yang bernama Abdullah tidak islam disisi Allah kerana perbuatannya tidak islami (apa yang Allah suruh, dia tak mahu buat). islam begini biasanya islam warisan... berbeza pula dengan seseorang yang mungkin bernama John, tetapi dek kerana seluruh hidupnya hanya semata-mata untuk Allah.. untuk menegakkan kalimah Allah...dia islam dipandangan Allah, bukan disisi manusia...

Being a muslim, it is about one's action, not necessarily about the name...

Pastinya... islam itu bukan hanya terletak pada nama...

(Masih keliru???)

Begini....

Bilamana seseorang itu tidak jelas menunjukkan perbuatan sebagai seorang muslim, be it memakai hijab, solat, puasa, da'wah dsb... tentu sahaja islamnya hanya pada nama... kerana islam itu sendiri sepatutnya tertasdik (terterjemah) melalui diri dan perbuatan kita... dan tentu sekali full-time muslim meletakkan dirinya 24/7 dalam keadaan tunduk dan patuh pada Allah.. bukan hanya pada waktu2 atau hari2 tertentu, islam itu bukan hanya pada waktu solat, waktu antara maghrib dan isyak atau waktu solat jumaat , kerana keperluan beragama adalah setiap saat, setiap waktu... dan islam jua bukan juga hanya pada hari2 perayaan atau hari maulud rasul, tetapi setiap hari kita adalah muslim...

Banyak lagi yang perlu kita hitung dan muhasabah... adakah aku sudah menjadi islam sepenuhnya???

Terpanggil saya untuk menulis tentang hal ini setelah melihat bermacam-macam gaya, telatah dan gelagat muslim disini... baik dari kalangan pelajar malaysia mahupun local people...



Ada yang mengatakan mereka muslim, tapi pakaiannya tidak melambangkan begitu
Ada yang mengatakan mereka muslim, tapi pergaulannya tidak melambangkan begitu
Ada yang mengatakan mereka muslim, tapi solatnya tidak melambangkan begitu
Ada yang mengatakan mereka muslim, tapi perihal makanannya tidak melambangkan begitu

Sekiranya hal2 begini menjadi persoalan mereka yang jua muslim, apatah lagi buat mereka, European, Maori, Samoan, Chinese yang langsung tidak pernah mengenali hakikat deen ini sejak lahir lagi...pasti mereka mencari2 erti islam yang sebenarnya...malang sekali mereka yang bergelar muslim, tidak menunjukkan hakikat sebenar agama ini... ada yang takut bergelar muslim (bimbang dilabel sebagai terrorist, extremist, geng da'wah), ada yang menukar nama dari Salmah kepada Sally (contoh semata2)...dan ada pula yang mengorbankan hijab mereka atas alasan darurat tinggal di negara yang pemerintahnya bukan muslim (apekah???)...

Dan saya semakin hari semakin keliru... inikah yang dikatakan 'fitnah' kepada agama?

"Dan perangilah mereka supaya jangan ada fitnah dan supaya agama itu semata-mata untuk Allah" 8:39

Syurga itu terlalu mahal...sekadar menjadi part-time muslim tak mampu membayar mahar sebuah syurga...

|
This entry was posted on Wednesday, August 20, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: