syirrah vs fatrah
Wednesday, July 23, 2008 | Author: hidden_fareha

Beberapa hari telah berlalu tetapi Fateh masih merasakan dirinya lemah. Lemah semangat dan lemah iman. Mungkin kerana penat mujahadah yang berterusan. Serasa bimbang sekali. Fateh merasakan tanda-tanda iman yang mula luntur dan perasaan untuk futur. Tapi hatinya seringkali membisikkan...

"Apa yang aku buat ni, tak seberapa pun... Kenapa nak rasa lemah? Kenapa nak rasa futur?"

Tapi Fateh tidak mampu untuk menipu dirinya lagi. Bilamana dia bangkit dari tidur, perasaan untuk terus tidur dan tidak mahu berhadapan dengan dunia menguasai dirinya. Fateh sedar apa yang dilakukannya itu salah. Tidak langsung melambangkan ciri-ciri keberanian yang wajar dimiliki oleh seorang da'ie. Terngiang-ngiang ditelinganya firman Allah dalam surah Muddatssir...

"Ya ayyuhai muddatssir... Qum faanzirr...."

("Wahai orang yang berselimut... Bangunlah, dan berilah peringatan")

Pada saat ini Fateh teringat tazkiyatun nafs yang pernah disampaikan oleh murabbinya dahulu, di suatu ketika, saat dia mula mengenali da'wah dan tarbiyyah...

"Setiap amal mempunyai masa semangat (syirrah) dan setiap masa semangat terdapat pula masa turun semangat (fatrah). Barangsiapa yang masa lemah semangatnya masih berada pada sunnahku, maka ia telah mendapat petunjuk" (Hadith)

Fateh teringat kata-kata yang iman itu punya nilai naik dan turun... dan tanda-tanda lemahnya iman atau kefuturan (kelesuan, rasa penat) ialah apabila seorang da'ie itu merasa malas untuk beribadah dan memilih untuk duduk berseorangan. Bilamana seorang da'ie itu terlampau sensitive dan beremosi, itu jua adalah indikator terbaik menunjukkan seorang da'ie itu sedang futur. Fateh merenung kembali dirinya. Serasa dia memiliki ciri-ciri tersebut. Dia bimbang sekali. Bimbang ia berlarutan. Pasti akan memberi kesan pada perjalanan da'wah dan tarbiyyahnya, dan tentu sekali kepada anak-anak didiknya.

Fateh berdoa dan berharap dengan amat sangat, agar Allah memberinya kekuatan untuk menelusuri jalan para Nabi dan syuhada ini dengan tabah. Seperti mana yang dirasai dahulu. Dia turut berdoa, agar Allah memberi kekuatan yang sama malah lebih baik lagi, kepada sahabat seperjuangannya. Agar mereka sama-sama tsabat dan tabah. Agar mereka memperoleh kesabaran. Semata-mata untuk menegakkan deen ini...

"ubati rasa futur dengan mengubat hati....membaca quran dan tadabur makna, solat malam, puasa, zikir berpanjangan dan duduk bersama orang-orang soleh..." pesan sang murabbi... yg berjuang di selatan tanah air tercinta...(muga dia juga kuat dan tabah)
|
This entry was posted on Wednesday, July 23, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: