"Tuan.. kenapa tuan bakar kapal-kapal kita??"
"Bagaimana kita mahu pulang??"
Pasukan tentera islam yang menyertai misi penaklukan Kota Andalus itu tertanya-tanya antara satu sama lain. Tindakan ketua mereka, Tariq bin Ziyad benar-benar mengejutkan mereka. Pelbagai persoalan timbul tatkala melihat api marak menyaluti kapal-kapal besar yang membawa mereka dari benua Afrika.
Sambil mengukuhkan posisinya di dataran yang kemudiannya dikenali sebagai Jabal al-Tariq (Gibraltar), Tariq meniupkan api semangat kepada pasukan tenteranya.
"Kita sudah tidak ada jalan pulang. Hidup mulia atau mati sebagai syuhada. Antara kemenangan islam atau kita syahid di jalanNya!!!"
"Allahuakbar!!!!" laung Tariq disambuti oleh pasukan-pasukan tenteranya.
Dan mereka mula menakluk kota itu. Ibarat ahlul Badr tatkala pertama kali mereka bersua dengan kaum musyrikin. Kekufuran diperangi. Dengan megah mereka membawa panji-panji Ilahi. Memberi ruh baru pada kehidupan. Mengeluarkan manusia dari zulmat (kegelapan) kepada nur (cahaya) islam.
"Dan kami adalah kaum yang mencintai kematian sebagaimana kalian mencintai kehidupan" laung Tariq saat bertemu pasukan lawan.
Tiada jalan pulang. Perjuangan perlu diteruskan. Kerana islam akan terus bergerak. Dan kita diberi pilihan untuk turut bergerak bersama al-haq atau bergerak menyokong kebatilan.
Jadilah sebahagian daripada perancangan Allah, bukan sebahagian dari perancangan para pendokong jahiliah.
"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya. Dan Aku pun membuat rencana dengan sebenar-benarnya" At-Tariq, 86:15-16

2 comments:
Fareha, selalu jadi silent visitor jek di blog ni. Hehe. Hmm, we didn't really had the chance to know each other kan dulu? Nanti awak balik Malaysia lah! ;)
hehehe, sebenarnya Arifah tak puas hati sebab nama dia tak der dalam poskad yang awak kirim (gurau je cik arifah =P )
fateh dah banyak penghuni tetap baru, so sila2 la berkenalan lagi yer cik fareha