Berakhir sudah???
Sunday, February 10, 2008 | Author: hidden_fareha
Soalan : Apa sebenarnya matlamat awak ke sana??

Jawapan : Emm... as a da'ie, mestilah utk da'wah... tapi kak, saya tak tahu mcm mana.. saya tak
sure program disana.. saya tak tahu kepada siapa saya kena ty...hmmmm... (._.)

Soalan : So.. apa matlamat awak kesana???

Jawapan : Emm.. mestilah yang utama kerana Allah.. tapi saya tak tahu visi2 yang perlu
dilaksanakan...

Soalan : Ha.. kan senang tu.. kenapa awak nak susah2 cipta alasan... bagitahu sajalah awak ke
sana untuk jumpa kawan kerana Allah.... apa yang sukarnya?

Hatiku bersinar kembali. Setelah bertubi-tubi soalan diberikan padaku, kini aku tenang kerana ukhtiku yang kusayangi kerana Allah telah memperjelaskan nawaituku untuk ke sana, menyeberangi laut china selatan itu. Aku bersyukur pada Allah kerana Dia sering memperingatkan aku tika aku sendiri tidak pasti apa sebenarnya yang perlu aku lakukan. Kita seringkali bimbang pada masa hadapan, walhal semuanya itu sudah berada dalam perancangannya. Kita acapkali risau dengan masa hadapan yang tidak pasti sehingga melupakan tugas kita pada saat ini.
Alhamdulilah, aku sedar kembali yang diri ini perlu mencari dan membina iman. Walau berseorangan, walau berdua, kita perlu mencari kebenaran (Saba: 34:46) Syukur padaMu ya Allah kerana memberi aku peluang untuk menginfakkan diri dan hartaku ke jalanMu...Semuga hari-hari yang mendatang, aku tetap tsabat dijalanMu...
Dengan niat untuk bertemu dengan sahabat-sahabatku di Brunei, atas dasar eeman, aqidah dan matlamat yang sama-untuk mencari redhaNya, aku mengembara pada 6 februari yang lepas. Saat berada di atas awanan yang menggebu, tersentuh hatiku melihat kebesaranNya.Sedang enak aku membelek buku Taujih Ruhiyah, terlintas dibenakku, hari ini genap sebulan selepas tragedi di Kuantan. Syukur kerana segala-galanya dalam pemeliharaanNya yang Maha Kaya...
Di Brunei, banyak yang ku pelajari... kemesraan sisters disana terasa di hati. Sepertinya, kami sudah kenal lama walau hakikatnya tidak. Sungguh Allah mempersatukan hati-hati kami... aku menziarahi mereka, tidur bersama dan saling mengasihi kerana Allah. Alhamdulilah, Allah memberiku kesempatan untuk belajar dan menyaksikan sendiri suasana da'wah di Brunei. Terlalu banyak yang ku pelajari dari mereka. Jazakumullahukhairan khateera...Semuga kita sentiasa menjadi penolong-penolong agama Allah, walau di tanah mana kita berada...
Buat Nasyitah, semuga terus tsabat... semuga terus didalam hidayahNya... (^_^)

|
This entry was posted on Sunday, February 10, 2008 and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

1 comments:

On February 16, 2008 at 12:47 AM , LAnGKaHBeRMuLA said...

syukran atas peringatan yg dikongsi bersama moga semakin hari akak akan semakin bersemangat...ada 1 ayat tu kata:: stelah membuat sesuatu keputusan itu maka nekadlah...(moga zie wud oso be salah seorang yg mampu tekad setelah membuat keputusan..i'Allah)

akak...hari2 yg belalu di institut semakin menguji diri terasa sangat2 bahang....ditambah lagi dgn diri yg semakin hari merindui sentiasa... moga Allah beri kekuatan...jazakillah utk smua perkara...uhibbuki fillah...smpaikan salam akhwat brunei pd smua....assalamualaikum *hugs*