Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, ALLAH akan memberikan pahala kepadamu dan DIA tidak akan meminta harta-hartamu
Sedar atau tidak, sudah masuk hari keempat aku menjalani latihan di syarikat tersebut. Alhamdulilah, segala puji hanya pada ALLAH yang mempermudahkan hari-hari yang sukar bagi diri ini. Serasa sedih, pilu dan bimbang mengenangkan hari-hari mendatang...bimbang kesibukan duniawi akan menghalang aku dari mengejar kebahagiaan Darul Akhirah...nauzubillah...Aku mula bertanya pada diri, adakah pilihan aku untuk bekerja adalah pilihan yang terbaik buat agamaku, dunia dan akhiratku? Aku berdoa agar ia menjadi ibadah agar redhaNya sentiasa terus-menerus menemani diri ini.... Aku berharap agar pilihanku ini menjadi medan perjuangan untuk mentarbiyahkan diri ini dan juga sebagai lapangan buatku menghidupkan cahaya iman saudara seaqeedahku yang lain. Hatiku yakin bahwa sesungguhnya ALLAH telah menentukan segala-galanya, seperti yang tertulis dalam kalam agungnya...Sesungguhnya Kami menciptakan segala sesuatu menurut ukuran (Qadar) 54:49
Disana, aku turut melihat manusia sibuk mengejar urusan masing-masing. Terasa sukar sekali untuk mengenali jiwa-jiwa yang berada dibawah sewaktu di jambatan langit itu. Hatta seorang Perdana Menteri mahupun penyapu sampah, mereka kelihatan sama sahaja. Tiada bezanya. Aku tidak melihat apa-apa perbezaan sama sekali antara kereta-kereta berjenama yang dibanggakan di jalanan dengan kereta buruk yang usianya mungkin melebihi umurku. Manusia di sana sini sibuk mengejar kebahagian dan material dunia tanpa melandaskan kehidupan mereka mengikut acuan islam. Benarlah kata Syed Qutb, minat dan cita-cita penduduk-penduduk dimuka bumi ini amat kecil dan kerdil bak permainan anak-anak kecil...jahiliyah berkecamuk dimuka bumi. Mereka hidup tanpa naungan Al-Quran, persis hidup di dalam paya yang busuk, rendah dan gelap gelita.
Tiba-tiba aku dikejutkan oleh sapaan lembut kenalan baru yang sama-sama menjalani latihan di syarikat itu. Aku cukup sekali menyenang kehadirannya. Walaupun dia tidak mengenakan hijab untuk melindungi mahkota seorang wanita, aku dapat merasai kejernihan hatinya. Aku berharap agar ALLAH menganugerahkan hidayah kepada jiwa itu. Dan aku berharap agar aku dapat menjadi penunjuk cahaya buat dirinya, bi'izniLLAH...
Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada ALLAH, mengerjakan amal yang saleh dan berkata "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri? 41:33
Aku berdoa agar redha Ilahi sentiasa mengiringi... dan doaku jua buat mereka yang meninggalkan jejak dihati ini; akak yang berada di seberang lautan, akak-akak yang bakal berjihad di medan peperiksaan, sahabat-sahabat yang nyalaan iman tetap dijiwa dan adek-adekku yang sama-sama menelusuri jalan ini :) Semoga ALLAH mempereratkan ukhwah yang dibina atas dasar iman dan taqwa...
Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi ALLAH telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 8:63
Allahu'alam
Allahu'alam
0 comments: