Ridha
Tuesday, October 26, 2010 | Author: hidden_fareha


Bagaimana kita mengaku serba kekurangan, sementara pada masa yang sama, kita memiliki akal yang andaikata ditukar dengan emas dan perak sebesar gunung, kita pasti enggan menerimanya...

Bagaimana kita mengaku serba kekurangan kerna kita memiliki sepasang mata sekiranya dibayar dengan permata sebesar gunung Uhud, kita pasti tidak rela...

***

Sepotong roti kering, kau makan di pojok
Secangkir air dingin, kau minum dari telaga jernih
Mushaf yang kau baca, seraya bersandar pada tiang
Itu semua adalah kenikmatan, dan ampunan, kemudian kesihatan

[dipetik dari buku Menakjubkan! Potret Hidup Insan Beriman, Dr Aidh Al-Qarni]

***

"Apa erti nikmat sebenarnya buat kita?"

***

"Ridhalah dengan apa yang dibagi Allah untukmu, niscaya engkau menjadi orang yang paling kaya"

(Hadith Termizi)


Ridha itu berpuas hati dan merasa senang dengan ketentuanNya. :)



The happiness of Allah's servant





Penghargaan
Friday, October 08, 2010 | Author: hidden_fareha

Awak tahu tak, selalu lepas ym dengan awak.. mesti saya nak rakam dalam catatan saya disini.. Tak tahu kenapa... Allah yang bagi rasa tu.. (Kan Allah yang memegang hati-hati kita)..
Saya nak rakamkan tulisan awak yang terpanjang pernah awak tulis di ym (Awak, 2010)....
(^-^) Semuga lepas ni lagi panjang ea.. hehhe

***
Awak : Ooo saye nk ckp ada org pernah buat saye menangis
Saya : Kenapa?

Awak : Sebab die cerita pasal syurga

Saya : Siapa wat awak nangis?

Awak : Awak lahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Saya : Bile? Saya cite pasal apa? (lemah ingatan lah saya nie) Awak cite balik pasal syurga
kat saya...biar saya nangis pule. ( I think i need that strength)
Awak : Tak boleh-tak boleh, I need it more than you do ....Ya Allah masukkanlah saye

kesyurga dulu sebelum dia
Saya : Ya Allah masukkan lah ukhti yg kucintai keranaMu ini, ke syurgaMu dulu sebelumku.. Agar kelak.. dia dapat mendoakan aku kesyurgaMu mengikut jejaknya..sebab apa2 sahaja permintaan kita kat dalam surga Allah akan bagi kan...Kalo awk masuk dulu, insyaAllah pastu sy confirm masuk..sebab awk mesti rindu kat saya..nak saya teman awak gi terbang2..hehe
Awak : Ala yela kalah ..... dgn statement awak.
Ya Allah jadikanlah kami hamba-hamba yang mencintai kerana-Mu....masuk ke syurga-Mu saling berpimpin tangan..dalam keadaan kami tak sabar-sabar untuk melihat wajah-Mu .

***

Saya : Ceritalah pasal syurga... ceritalah..


Awak : Hari tu tadabbur 2.214. Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padalah belum sampai kepadamu cubaan seperti orang-orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan penderitaan dan diguncang sehingga rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata "Kapankah datang pertolongan Allah?" Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat. Seolah-olah dalam ayat ini Allah mempersoalkan pengorbanan dan kesabaran sahabat- sahabat terhadap ujian yg Allah timpakan kpd mereka...sedangkan kalau nak diikutkan sebelum perang khandak lagi..mereka sangat hebat tadhiyahnya... bila masa seruan hijrah, mereka sanggup meninggalkan bumi Makkah menuju ke Madinah yg mereka sendiri tidak pasti nasib dihadapannya....ada yg meninggalkan anak isteri harta,,,,keluarga dan mcm2 lg demi ketaatan mereka kpd Allah dan Rasul

Awak : Begitu juga....dalam perang2 yg sebelumnya.... namun bile dalam perang khandak

ini...perang dimana sahabat2 berhadapan dengan situasi yg lebih hebat....Allah turunkan ayat ini....seolah-olah menyatakan tak cukup lagi pengorbanan mereka.... sedangkan pada waktu itu mereka juga tengah berusaha menghadapi perang tu...menggali parit dan sebagainya...

Awak : Tapi sebenarnya sangat halusnya cara Allah...sweetnya Allah...Allah menurunkan ayat

tu untuk memberi sahabt2 semangat untuk terus lagi bertahan...mcm kite la...kadang2 tu mungkin apa yg kite buat tu dah ok...tapi murabbi kita akan kate tak cukup lagi...tambah lagi...buat lagi...dll. namun....apa yg paling menyentuh saya adalah bila ditanya... agak-agaknya soalan ini layak tak ditujukan kepada kita ?

Awak : Layakkah kita ditanya Allah.."apakah kamu mengira kamu akan masuk syurga padahal

belum sampai kepadamu cubaan......."... untuk ditujukan soalan itu pun kite sebenarnya tak layak...kerna mengorbanan yg kite buat tak cukup lagi untuk Allah bertanya tentang soalan itu berbanding sahabat2... bila difikrkan balik...kadang bila buat kerja dakwah ni (malu pulak nak ckp buat dakwah...sebab mcm tak sungguh2 je) bile mana kita diuji....cepat benar kita mengalah dengan perasaan sendiri...cepat benar memilih untuk mengundur diri....cepat benar merajuk hati...... kalau sahabat2...ujian mereka sangat hebat...sedangkan kita diuji dengan perkara-perkara kecil disekeliling kite....malunya...

Awak : Saya bce satu buku ni...pasal menunaikan janji..kisah Anas bbin Nadhir..saya jatuh hati dengan kisahnya.... Ya Allah...rasa nak menangis... Anas Nadhir jumpa rasulullah mengadu bhw dia telah berjanji untuk ke perang badar namun die tak mengotakan janjinya....lepas tu dia cakap kalaulah Allah sudi memperkenankan permintaannya pasti Allah akan menunjukkan tanda kalau tak silap saya lah...kemudian masa dlm tgh perang tu...Anas berkata kpd Saad b.Muaz "wahai Saad aku menghidu bau syuga dr celah Bukit Uhud,," kemudian selepas itu dia pun syahid. Dan yg paling best adalah ayat ni "di antara orang mukmin itu ada orang -orang yg menepati apa yg telah mereka janjikan kepada Allah. dan di antara mereka ada yg gugur dan di antara mereka ada pula yang menunggu-nunggu giliran dan mereka sedikitpun tidak mengubah apa yg telah mereka janjikan. (33:23)

Awak : Bestnye...terbayang...sahabat yg dh syahid...n ada pula yg tgh dok tunggu bila lah agaknya giliran mereka (yg tak syahid lagi)...

***

Saya ingat nak bagi hadiah@anugerah untuk pencapaian ini
Tapi saya bagi Allah ajalah yang balas \(^-^)/
Sebab hadiah dari Dia mesti lagi bessshh dari saya, kan-kan?
Jazakillahukhairan khateera awak sebab ingatkan saya pada syurga,
Revive hati dari terlekat dengan unsur duniawi..

Ya Allah, rahmatilah ukhuwah kami...



Hadiah pertama
Tuesday, October 05, 2010 | Author: hidden_fareha


Kerana tugas mereka adalah tugas kita.

Agar kelak kita menelusuri jejak-jejak mereka.

***

Hadiah pertama untuk mereka, biiznillah...

***

"Semuga Allah S.W.T menjadi matlamat utama"