Sudut
Tuesday, April 27, 2010 | Author: hidden_fareha


"Every cloud has a silver lining
"



***

Kata saya: Huzayfah sakit lagi...

Kata mereka: Ha, sakit lagi?? Asyik sakit aja..

***

Selalunya...
Apabila sakit dan ditimpa musibah
ia tanda lemah dan tidak berdaya

Pernah tak kita rasa....
betapa kuat dan tabahnya ia
sehingga diuji sedemikian rupa

***

Melihat sesuatu dari sudut yang berbeza






Hadiah Terindah
Tuesday, April 20, 2010 | Author: hidden_fareha


Allah Ta'ala berfirman:

"Pasti mendapatkan cinta Ku orang-orang yang saling berkorban kerana Ku
Pasti mendapatkan cinta Ku orang-orang yang saling mencintai kerana Ku
Pasti mendapatkan cinta Ku orang yang saling berkorban kerana Ku
Pasti mendapatkan cinta Ku orang yang saling membela kerana Ku"

(Riwayat Ahmad dan al-Hakim)







Jazakillahukhairan untuk hadiah terindah...
ukhuwah ini..
Dan semoga Allah sentiasa di hati....






Dan disana...
Sunday, April 18, 2010 | Author: hidden_fareha








Tempat jatuh lagikan dikenang,

Inikan pula tempat jatuh dan bangkit utk Deen ini


...Semuga terus kuat...
...Dimana pun tanah kita diletakkan...








Kadar masa
Wednesday, April 07, 2010 | Author: hidden_fareha

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku

dan dengan Islam sebagai agamaku

dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku

***

Berilah kami (Ya Allah), iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharapkan orang lain selain dari Engkau sendiri


Kembangkanlah lembayung rahmatMu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami


Jangan (Ya Allah), Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu.


Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta, (perkenankanlah)

***

Pergantungan total hanya kepada Allah semata...









Gelas: Air dan Udara
Thursday, April 01, 2010 | Author: hidden_fareha

Zuhud itu...

Apabila hati bersama Allah dan didominasikan dengan ketaatan kepadaNya...

Tidak dapat terbebas sekali melainkan hanya kepada satu cinta...


Cinta Allah atau cinta dunia



Kedua cinta ini di dalam hati ibarat air dan udara dalam gelas...

Apabila air dimasukkan ke dalam gelas, maka udara pun keluar...

Tidak akan pernah bersama...

***

Setiap orang yang akrab dengan Allah, pasti ia akan disibukkan denganNya ...
Dan tidak akan sibuk dengan selainNya...


Sedangkan keakraban dunia dengan keakraban dengan Allah ...

Tidak akan pernah bertemu...





(Bab:Zuhud, Tazkiyatun Nafs, Sa'id Hawa)