Struktur tanah
Thursday, January 28, 2010 | Author: hidden_fareha



"Semakin dalam, semakin besar batu-batu yang akan dijumpai di dalam dasar tanah..."

"Butir-butir pasir yang halus yang akan berada di permukaan tanah manakala batu-batu besar pula hanya akan didapati jauh ke dasar tanah..."


***

Terbuktilah...
Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a berhabis-habisan demi sebuah perjuangan...

(saat ketika berlakunya Perang Ahzab a.k.a Perang Khandaq)

***
Al Barra berkata:

" Semasa hari menggali parit, kami telah terhalang oleh seketul batu besar yg tidak dapat dipecahkan oleh cangkul. Lalu kami mengadu ke Rasulullah.

Baginda pun datang lalu memegang sebatang cangkul seraya berkata: "Bismillah", kemudian dipukulnya dgn satu pukulan lantas berkata:

"
Allahuakbar, aku telah dikurniakan kunci-kunci Negara Syam, demi Allah aku benar-benar dapat melihat istana-istana merahnya di saat ini."

Kemudian baginda memukul kali kedua seraya berkata:

"Allahuakbar, aku telah dianugerahkan Parsi, demi Allah aku sedang melihat istana-istana al-Mada'in yg berwarna putih itu sekarang."

Kemudian baginda memukul kali ketiga, sambil membaca "Bismillah" sehingga menyebabkan pecah saki baki batu itu serentak itu juga baginda berkata:


"Allahuakbar, aku telah dianugerahkan kunci-kunci Negeri Yaman, demi Allah sekarang ini aku sedang melihat pintu-pintu gerbang San'a dari tempatku ini."

Dari Sirah Nabawiyyah Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri.



Syam, kini Syria
Parsi, kini Iran
Yaman, kini Yemen

3 arah berbeza
Utara Timur Selatan



Dan sinar cahaya islam mula menerpa....


(Credits for my best friend fillah for this excerpt)
Memori Pantai bermisi, Auckland 2009
Suatu kenyataan....biiznillah





Susun atur
Wednesday, January 13, 2010 | Author: hidden_fareha


...Menyusun sebuah kehidupan...

...Kerna ia sebuah percaturan...

***

"Berangkatlah kamu dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui
(At-Tawbah, 9:41)


***

"Nak seribu daya, tak nak, tak perlu seribu...
cukuplah
hanya dengan satu sahaja dalih"