Hujan dan payung
Wednesday, March 18, 2009 | Author: hidden_fareha

Kota Jakarta telah lama ku tinggalkan. Namun, kenangan indah disana sering sahaja menerpa di hati. Rindu benar pada kota itu. Rindu yang amat. Kota sibuk yang menjadi saksi betapa kuatnya kalian berjuang dan berkorban. Melaksanakan tugas besar kita. Rindu benar pada kalian. Masih ku ingat lagi, saat pertama kali menjejakkan kaki ke rumah itu. Dari jauh ku amati. Pasti inilah tempatnya. Al-bait, rumah kita mencurah rasa dan kasih. Setiap detik menimba pengalaman yang amat berharga. Rumah itu memberi ku perasaan yang sama. Pasti kerna azam, misi dan hati kita, persis, amat serupa. Wajah-wajah kalian umpama sinar bergemerlapan. Serasa telah lama kita bersua, walaupun itulah kali pertama...

[Kenangan Hamka'08]
***

"Mbak... mbak... bisa enggak dipayungi.. hanya tiga ribu rupiah aja mbak..."

Hujan turun membasahi bumi. Seolah-olah air mata ini mahu sahaja turut serta membasahi bumi. Anak-anak kecil itu berlegar-legar di sepanjang jalan, menawarkan payung mereka sebagai teduhan. Hatiku mula terusik. Anak-anak kecil ini bisa benar melakukan apa sahaja demi sesuap nasi. Tidak pernah terlintas sepanjang usiaku ini untuk menjadikan hukum alam, hujan umpamanya, sebagai punca rezeki. Dan mereka bersungguh-sungguh menagih simpati, walau diri dibasahi hujan yang tidak henti-henti. Tiada riak putus asa di wajah bersih milik mereka. Hanya sinaran mata yang ikhlas meminta dari masyarakat sekeliling yang memerhati.

Di sepanjang perjalanan, aku berfikir. Melihat penderitaan dan kesungguhan anak-anak itu tadi membuatkan aku merasai betapa indahnya umat ini sekiranya bersatu dan hidup di bawah naungan satu khilafah. Hidup dibawah naungan al-Quran. Punya pemimpin yang adil, seumpama nama-nama yang terakam dalam lipatan sejarah. Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Muhammad Al-Fateh, Salahuddin Al-Ayubbi, Sultan Abdul Hamid II. Memiliki amirul mukmin yang benar-benar berjiwa pemimpin dan berhati rakyat. Meletakkan ummat sebagai amanah dari Tuhan. Tentu sekali nasib anak-anak muslim ini akan terbela. Tiada lagi sifat meminta, malah tiada lagi derita. Alangkah indahnya... alangkah indahnya sekiranya dunia memahami hanya islam solusi terbaik untuk setiap bencana di muka bumi ini. Alangkah indahnya jika mereka memahami....

***

"Sharelah... apa2 pun.." pinta dari sahabatku dengan bersungguh-sungguh. Jarak masa antara Maghrib dan Isyak memberi peluang untukku berkongsi rasa. Jauh disudut hatiku untuk berkongsi ibrah melihat kisah hujan dan payung tadi.

"Nampak tak anak-anak kecil tadi?? Anak-anak yang meminta untuk berkhidmat memayungi kita demi helaian rupiah??" Soalku pendek, pembuka bicara. Kelihatan ada di antara sahabat-sahabatku mengangguk-angguk setuju.

"Bila melihat betapa anak2 kecil itu bersungguh-sungguh mencari sesuap nafkah, ana rasa malu sangat-sangat. Ana malu dengan semangat mereka. Dengan kadar kelogaman mereka. Mereka, sanggup buat apa sahaja, sehabis daya untuk mencapai matlamat mereka mencari duit. Malah dengan menggunakan hujan. Kesempitan dan desakan hidup mereka lantas membuatkan mereka very driven untuk mencapai matlamat mereka"

"Dan kemudian ana hitung-hitung kembali... Adakah kadar kesungguhan ana dalam da'wah kita seumpama itu??? Adakah kita dah lakukan sehabis daya, menggunakan apa sahaja yang kita ada semata-mata untuk mencapai matlamat da'wah kita??? Atau kita selama ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga?? Buat ala kadar...? Dan ana percaya, anak-anak ini sekiranya mereka memahami tanggungjawab ini, pasti merekalah antara yang bersungguh-sungguh menegakkan agama ini"

"Melihat anak-anak kecil itu, dan kesungguhan mereka dibasahi hujan adalah tazkirah terbaik dari Allah untuk ana...muhasabah kembali diri sepanjang mengelarkan diri sebagai seorang da'ie..."

***

Teringat pula bicara sambil-sambilan dengan seorang adik. Setelah sesi ISK disini.

"Akak, kenapa adik lihat akak2 bersungguh-sungguh untuk buat program untuk kami??? Sampai sanggup sewa tempat, bawa kami.. semualah..."

Dalam hati...
Mengimbau kembali kisah hujan dan payung di kota Jakarta....
Mengingat kembali seruan jual beli Allah, 61:11-14...
Mengenang kembali perjuangan dan kesungguhan mereka yang terdahulu....
Dan utama sekali...
Mengungkap kembali syahadah, kesaksian ini...

Adik....
Bila mana kita mahukan keputusan peperiksaan yang cemerlang, A, misalnya,
kita bersungguh-sungguh.. kita buat yang terbaik.. kita belajar siang dan malam...kita laksanakan setiap butir yang disuruh oleh pensyarah dan sebagainya...

Maka...
Bila mana kita mahu yang terbaik dan mengharapkan yang terbaik kelak dari Allah...
kenapa tidak kita bersungguh-sungguh???.. kenapa tidak kita berikan yang terbaik kepada Allah???...

"Sesungguhnya Allah itu Maha baik, dan Dia tidak menerima kecuali yang baik-baik... "[riwayat Muslim]

Berilah yang terbaik...

Itulah jawapannya...