Antara aku dan dia
Tuesday, December 09, 2008 | Author: hidden_fareha

"Dia nampak lain. Tak macam dulu. Adakah aku atau dia yang telah berubah?"

Persoalan demi persoalan memenuhi benak fikiranku. Aku cuba mengimbas kembali memori kami bersama. Bermula saat mengembara dan melalui suatu episod yang tak pernah ku jangka. Menangis dan bergelak tawa bersama-sama. Orang kata, hubungan kami pelik. Kata sayang, tapi selalu bergaduh, bertengkar dan bertikam lidah. Biarlah, itu cara kami meluahkan rasa. Tapi kini, semuanya itu nampak jauh. Terlalu jauh. Terlalu dingin. Kenapa?? Aku cuba berkira-kira, kata orang-orang lama, masalah ukhuwah berpunca dari masalah iman di dada. Maka, tanyalah iman. Kerna nilaian ukhuwah itu berkadar langsung dengan iman di hati kita.

Mungkin kerana imanku yang lemah.
Mungkin...

......

Maka ya Allah, aku mohon dengan amat sangat...
kembalikan aku rasa iman itu... kembalikan aku rasa iman itu...
agar aku bisa merasa manisnya ukhuwah...
antara aku dan dia.